rumah hantu

alam ghaib alam ghaib

Di dalam artikel-artikel saya yang lepas, saya ada menulis satu artikel tentang bagaimana caranya sihir dihantar kepada mangsa.

Salah satu diantaranya ialah dengan cara ditanam barang-barang sihir itu. Bagaimana barang sihir itu berfungsi?

Barang-barang yang digunakan untuk tujuan menyihir itu akan ditanam ditempat-tempat yang dilalui oleh mangsa contohnya seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan dan sebagainya.

Sekarang anda dah tahu bagaimana cara sihir itu dihantar kepada mangsakan. Jadi, saya nak bincangkan satu persoalan di sini iaitu, adakah perawat tahu di mana barang-barang sihir tersebut di tanam?

rumah jin rumah jin

Selain dari mengganggu manusia, jin juga suka mengganggu kediaman manusia. Saya kerap didatangi oleh mereka-mereka yang minta saya agar memagar rumah mereka. Adakah kediaman anda diganggu oleh jin? Mari kenali 10 jenis rumah yang disukai jin.

1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering  walau pun pada musim kemarau.

Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin. Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.