ruqyah syariah

jampi jampi

Sejak kebelakangan ini, kaedah rawatan alternatif untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi, terutamanya yang melibatkan makhluk halus semakin mendapat sambutan masyarakat. Antara kaedah yang tak dapat dipisahkan dalam rawatan alternatif, antaranya menggunakan jampi serapah. Persoalannya, apakah jampi serapah ini dibolehkan agama?

Amalan perubatan dengan menggunakan jampi, khususnya di dalam bahasa Arab dikenali sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan. Galakan ini merujuk kepada peristiwa di mana ketika Baginda Rasulullah s.a.w sakit, Jibril turun menemui Baginda dan menawarkan kepada Baginda untuk dijampi. Nabi bersetuju dan jampi Jibril itu dikenali sebagai Ruqyah Jibril.

Post thumbnail

Terdapat berbagai cara sihir yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :

1) Menanam barang-barang sihir

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini, orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya.

ruqyah syar'iyyah ruqyah syar'iyyah

Sebelum saya menulis lebih jauh tentang kaedah dalam rawatan Islam ini, saya rasa lebih baik jika kita mengenali terlebih dahulu dengan lebih lanjut tentang kaedah rawatan Ruqyah Syariah ini.

Apakah peranannya? Dari mana sumber ambilan kaedah rawatan ini? Dan paling penting bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah rawatan ini, terutamanya dalam membantu merawat penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti sihir, saka, pukau dan sebagainya.

Ruqyah Syariah terdiri dari dua perkataan, iaitu Ruqyah dan juga Syariah. Ruqyah bermaksud jampi, dan syariah pula bermaksud hukum-hakam dan perundangan dalam tatacara hidup berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.