Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

sihir

4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian,

Apa khabar? Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca artikel-artikel yang saya kongsikan di blog ini.

Sepanjang saya merawat pesakit-pesakit gangguan jin dengan menggunakan al-Quran, saya sering diajukan persoalan seperti di bawah:

“Ustaz, betulke ada orang boleh tahu siapa yang hantar sihir kat kita?”

“Ustaz, saya berubat kat satu tempat ni, keluar paku, kaca dan macam-macam benda dari badan saya. Betulke rawatan macam tu ustaz?”

Itu dua contoh soalan yang saya selalu kena jawab. Tetapi saya taknak jawab secara terus soalan di atas. Saya taknak kata rawatan tu tak betul. Terserah pada kita samada nak percaya apakah rawatan sebegitu benar-benar bertepatan dengan syarak atau tidak.

Tapi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan empat perkara paling asas, bagaimana nak membezakan dintara mukjizat, karamah dan juga sihir.

Continue reading “4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir”

Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga. Saya alhamdulillah sihat-sihat je. Takde ke mana-mana ke dengan keluarga?

Di Ipoh, khususnya Manjoi ni, jerebu agak kuat. Jadi saya dan keluarga tidaklah ke mana-mana. Takut pulak nanti menjejaskan kesihatan diri dan anak-anak terutamanya. Jadi saya ambil kesempatan siapkan artikel.

Lagipun agak lama dah saya tak update blog ni dengan artikel baru. Mungkin ada pembaca yang tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari saya.

Beberapa hari yang lepas, ada pesakit yang datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang susuk. Jadi, dalam artikel kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang susuk. Tapi artikel yang saya nak kongsikan tentang susuk ni bukan berkaitan dengan jamu susuk dara tu ye 🙂

Continue reading “Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?”

Wujudkah Sihir Pemisah & Bagaimana Melawannya?

Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi fokus utama sihir ini ialah memisahkan suami isteri.

Dalil yang membenarkan wujudnya sihir pemisah ini ialah:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah ayat 102)

Continue reading “Wujudkah Sihir Pemisah & Bagaimana Melawannya?”

Tip Mencari Barang Sihir

sihir
perbuatan sihir menjatuhkan kita ke lembah kesyirikan

Dalam artikel saya yang lepas bertajuk “4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar”, saya ada kongsikan bahawa salah satu caranya ialah barang sihir itu ditanam selepas ianya dipuja oleh bomoh-bomoh. Jika anda belum membaca artikel tu, saya sarankan untuk anda baca dulu artikel tersebut.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula tip bagaimana nak kesan barang yang ditanam tersebut dan apa yang perlu dilakukan jika barang yang ditanam itu berjaya dijumpai.

Continue reading “Tip Mencari Barang Sihir”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!