Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

sihir pelalau

6 Jenis Mimpi Petanda Anda Disihir

Apabila menyebut tentang mimpi, saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita pernah mengalami mimpi.

Ada yang kadang-kadang mengalami mimpi, dan ada sesetengah orang pula, hari-hari dia mengalami mimpi.

Mimpi pula, ada yang mengalami mimpi yang baik.

Ada juga selalu mengalami mimpi-mimpi yang buruk sehinggakan mimpi tersebut masih diingatinya apabila terjaga dari tidur.

Mimpi rumah lama lah, mimpi orang yang dah meninggal, dan macam-macam jenis mimpi lagi.

Oleh kerana Islam agama yang telah sempurna dan lengkap, maka tidak ada satu perkara pun yang terlepas, melainkan semuanya ada diterangkan dan ditunjukkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Begitu jugalah dengan mimpi.

Mengalami mimpi yang baik-baik tidak ada masalahnya bagi kita, tetapi bagaimana jika bermimpi yang buruk dan menakutkan.

Apatahlagi jika mimpi tersebut berlaku dengan kerap.

baca Artikel Penuh

7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Tanda-Tandanya

Di dalam Al-Quran, secara jelas Allah s.w.t ada menerangkan tentang satu sihir di mana ia dapat memisahkan, atau mencerai-beraikan hubungan antara suami dan juga isterinya. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud:

“……Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah……” (Al-Baqarah: 102)

Selain sihir pemisah yang bertujuan supaya hubungan suami isteri menjadi keruh lalu bercerai, terdapat beberapa jenis sihir lain yang dihantar kepada suami sahaja ataupun isteri sahaja ataupun kedua-duanya atas tujuan tertentu. Hubungan suami isteri yang dimaksudkan di sini adalah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Sihir jenis ini dinamakan sihir jerutan/sihir pengikat oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali.

Continue reading “7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Tanda-Tandanya”

Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?

Gangguan jin bukan sahaja berlaku kepada seseorang, tapi juga boleh berlaku kepada kediaman ataupun premis pernigaan anda.

Sebab itulah Nabi s.a.w telah memberitahu kepada kita melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah” (Hadis riwayat Muslim: 780)

Di dalam hadis di atas, ada perkara yang Nabi nak bagitahu kepada kita iaitu:

  1. Jangan biar rumah sunyi tanpa diisi dengan amal ibadah.
  2. Amalkan membaca Surah Al-Baqarah kerana syaitan akan lari dari rumah tersebut.

Berdasarkan kepada hadis di atas, maka memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jin boleh menggangu rumah ataupun premis perniagaan anda.

Jadi, di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk mengenali rumah ataupun premis perniagaan yang mengalami gangguan jin ataupun sihir.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!