surah ruqyah dan terjemahan

ayat ruqyah ayat ruqyah

Di dalam ilmu perubatan Islam, air adalah salah satu bahan terpenting yang paling banyak digunakan untuk merawat penyakit, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan gangguan jin.

Bahkan di dalam Al-Quran, lebih khususnya pada Surah Sad ayat 42, Allah menceritakan bagaimana Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s dengan perantaraan air.

ayat ruqyah mp3 ayat ruqyah mp3

Saya sering mendapat pertanyaan samada dari komen di blog, emel, whatsapp dan sebagainya, di mana mereka meminta saya untuk merawat mereka dari jauh. Ini kerana tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan dari saya.

Oleh kerana saya tidak melakukan kaedah rawatan jarak jauh, sebagai alternatif, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda kaedah bagaimana anda boleh melakukan terapi ruqyah pada diri anda sendiri (Ruqyah Mandiri) dengan menggunakan MP3 Ruqyah.

Tahukah anda bahawa kaedah ruqyah mandiri dengan menggunakan MP3 ini kadang-kadang lebih berkesan berbanding jika anda mengikuti program pengubatan ruqyah secara beramai-ramai.