Tag Archives: tanda saka

17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.

Published / by Ustaz Abdullah Idris / Leave a Comment

Antara perkara yang paling disukai oleh syaitan ialah apabila ada manusia yang menyeru golongan mereka (jin dan syaitan) untuk dijadikan pendamping. Bukan sekadar itu, golongan jin dan syaitan ini dijadikan tempat oleh sebahagian manusia untuk meminta pertolongan. Ini kerana Iblis laknatullah telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran:

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sebagai sesat, pasti aku akan jadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (Surah al-Hijr ayat 39)

Saka adalah satu perbuatan yang banyak diamalkan oleh masyarakat terdahulu, khususnya masyarakat Melayu. Istilah saka adalah merujuk kepada segolongan manusia yang mengadakan perjanjian dengan golongan jin untuk membantu golongan manusia tersebut melaksanakan segala impiannya.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...