tanda tanda kena santau

tanda sihir tanda sihir

Di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Falaq ayat keempat, Allah memerintahkan kepada kita supaya memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan ahli sihir wanita yang meniup pada buhul-buhul. Ataupun disebut juga dengan simpulan-simpulan.

Maksud ayatnya seperti di bawah:

“Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)”

Apabila saya kongsikan tentang buhul ini di facebook saya, saya mendapat soalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan buhul (simpulan-simpulan) itu?

Dan bagaimana ianya digunakan oleh ahli sihir yang menghantar sihir kepada mangsanya?

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang buhul ini.

tanda-tanda sihir tanda-tanda sihir

Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.

Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.