Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Hikmah Rasulullah Disihir?

rasulullah disihir

Dikemaskini pada 06/05/2020 oleh Ustaz Abdullah

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Ayat di atas menegaskan bahawa di dalam kehidupan seharian kita, tidak lain tidak bukan, Rasulullah sepatutnya kita jadikan sebagai petunjuk.

Ini kerana apabila kita menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dalam setiap lapangan kehidupan kita, barulah kita akan memperolehi keredhaan dari Allah dan akan mendapat ganjaran yang baik diakhirat.

Kemudian, bagi anda yang telah diuji oleh Allah dengan ujian terkena gangguan sihir, Rasulullah jugalah sepatutnya anda jadikan sebagai panduan untuk merawat sihir tersebut.

Rasulullah SAW adalah makhluk terbaik yang pernah diciptakan Allah juga pernah menderita akibat disihir. Tetapi Baginda SAW tidak pernah mendapatkan pertolongan dari tukang sihir, dukun, bomoh dan sebagainya. Baginda hanya berdoa memohon pertolongan kepada Allah SWT.

Allah Menyembuhkan Nabi

Setelah beberapa hari Rasulullah SAW menderita akibat sihir tersebut, lalu Allah mengirimkan kepada Baginda dua orang Malaikat sebagai perantaraan untuk menyembuhkan Baginda.

Jadi, apabila kita disihir, kita juga harus mengikut apa yang ditunjukkan oleh Nabi. Dalam ikhtiar untuk merawat penyakit yang anda alami akibat sihir, janganlah anda berjumpa dengan tukang sihir, tukang tenung, tukang tilik, dukun, bomoh dan sebagainya.

Lihatlah apa yang ditunjukkan oleh Nabi. Perkara pertama ialah berdoa kepada Allah akan memberikan pertolongan-Nya kepada anda.

Yang kedua berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan anda (merawat sihir). Dan kemudian, berubatlah dengan kaedah-kaedah yang dibenarkan Islam (Ruqyah Syar’iyyah).

Semoga dengan panduan dari Rasulullah yang anda ikuti, anda akan mendapat keredhaan dari Allah. Dan akhirnya Allah akan menyembuhkan penyakit sihir yang anda alami selama ini.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Apakah Hikmah Rasulullah Disihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!