Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Malas Beribadah? Tanda Penyakit Munafik

munafik

Dikemaskini pada 10/05/2017 oleh Ustaz Abdullah

Adakah anda berasa berat untuk melakukan ibadah kepada Allah? Jika ya, awaslah kerana itu adalah tanda bahawa hati anda sudah terkena punyakit munafik. InshaaAllah artikel saya kali ini akan membincangkan persoalan ini.

Ketika Allah SWT menceritakan di dalam Al-Quran kisah orang-orang munafik yang akan keluar berperang bersama dengan Nabi SAW, Allah menjelaskan bahawa Allah tidak suka mereka menyertai Nabi di dalam peperangan. Lalu Allah SWT pun menjadikan hati mereka merasa berat untuk keluar berperang.

Kisah ini Allah rakamkan di dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 46 yang bermaksud:

“Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya, tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkan-Nya semangat mereka dan dikatakan (oleh syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang tinggal” (Surah At-Taubah ayat 46)

Tentu peristiwa yang Allah ceritakan dalam ayat di atas mempunyai pengajaran yang patut kita renung dan fikirkan. Mengapa demikian?

Ini kerana sekiranya seseorang itu dijadikan berat dan malas untuk melakukan ketaatan, berat untuk melakukan ibadah, itu tandanya di dalam hatinya telah bercambah sifat munafik.

Dalam ayat di atas, Allah menjadikan hati-hati orang munafik terasa berat untuk keluar berperang bersama-sama dengan Nabi SAW dan para sahabat Baginda.

Sedangkan perintah keluar berperang itu adalah arahan Allah dan sesiapa yang melakukannya bermakna mentaati perintah Allah.

Selain itu, orang-orang munafik juga sangat berat hatinya untuk melakukan solat berjemaah. Ini berdasarkan sabda dari Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat yang paling berat bagi golongan munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh” (HR. Ibnu Majah no.656, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah)

Bahkan bagi orang-orang munafik, semua solat berjemaah itu berat untuk dilakukan, terutamanya solat Subuh dan solat Isyak.

Sekali lagi buat renungan untuk kita bersama. Adakah selama ini kita dijadikan berat untuk melakukan ibadah kepada Allah? Apakah selama ini kita dijadikan malas untuk melakukan ketaatan demi ketaatan kepada Allah?

Jika ya, perkara ini adalah perkara yang perlu kita risau dan bimbangkan. Sudah tentu kita semua tidak ingin dijadikan Allah berat dan malas untuk melakukan ibadah dan kebaikan. Kerana ianya petanda bahawa hati kita telah dicampak dengan penyakit munafik.

Oleh kerana itu, tidak ada jalan lain melainkan kita mesti berusaha bersungguh-sungguh agar hati kita ini tidak merasa malas untuk melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah.

Tetapi bagaimana caranya?

Pertama, kita selalulah berdoa kepada Allah agar memberikan kita kekuatan dan semangat untuk sentiasa melakukan ibadah dan kebaikan. Diantara doa yang diajarkan Rasulullah SAW ialah: allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot wa tarkal mungkaroot wa hubbal masaakin wa an taghfiro lii wa tarhama nii wa tatuuba ‘alaiyya/ (Ya Allah aku minta kepada engkau, agar aku bisa melakukan kebaikan, dan agar aku bisa meninggalkan kemaksiatan, dan berikan aku rasa cinta kepada orang-orang miskin, dan semoga Engkau mengampuni aku, merahmati aku dan menerima taubatku). (HR. At Tirmidzi no. 3235, ia berkata: “hasan shahih”).

Sebagai seorang Muslim, sudah tentu anda tidak mahu diri anda menjadi seorang yang malas melakukan kebaikan. Maka sudah sepatutnya lah kita berdoa kepada Allah supaya Allah menolong kita dalam melakukan ketaatan.

Kedua, setelah berdoa, kita mestilah selalu berusaha untuk mengambil tahu sebab-sebab yang boleh membuatkan kita bersemangat untuk melakukan ketaatan. Sebagai contoh, dengan membaca dan mengetahui tentang keutamaan sesuatu amalan, seperti ganjaran syurga yang Allah akan beri sekiranya kita melakukan sesuatu amalan, itu akan dapat menaikkan semangat kita untuk melakukan amal saleh.

Ketiga, apabila kita telah berusaha melakukan ketaatan kepada Allah, sudah tentu kita juga berharap akan diberikan kekuatan untuk mengekalkan ketaatan yang telah kita lakukan itu. Jadi caranya ialah kita mesti berusaha sentiasa berada didalam kalangan orang-orang yang saleh dan berbuat kebaikan juga. Carilah rakan-rakan yang sentiasa berusaha melakukan ketaatan. Hadirilah dan duduklah di dalam majlis-majlis ilmu kerana apabila kita melihat rakan-rakan kita berlumba melakukan ketaatan dan kebaikan, sudah tentu kita juga akan turut sama bersemangat melakukan kebaikan.

Allah menjadikan hati seseorang itu berat dan malas disebabkan juga maksiat yang sentiasa dia lakukan. Imam Ibnu Qayyim rahimahullah taala menyebutkan beberapa kesan buruk dari perbuatan dosa ialah dosa akan menjadikan seseorang hamba itu merasa berat dan malas untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Sehingga dosa itu menjadikan dia berat untuk melakukan amal saleh, menjadikannya dihatinya tumbuh titik hitam, dan akhirnya cahaya iman yang dapat memberikan semangat untuk beribadah semakin pudar sedikit demi sedikit.

Demikianlah juga dengan orang-orang munafik. Disebabkan dosa-dosa yang ada di dalam hati mereka, kerana keraguan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, akhirnya Allah jadikan hati mereka berat untuk melakukan ketaatan demi ketaatan.

Allah jadikan hati mereka berat untuk melakukan kebaikan. Kerana itu, marilah kita sama-sama mulai sekarang agar berusaha untuk meninggalkan maksiat yang kita lakukan setiap hari. Kerana maksiat itu menyebabkan dosa, dan dosa akan menjadikan hati kita berat untuk mengamalkan segala ibadah yang diperintahkan Allah kepada kita.

Seseorang akibat perbuatan maksiatnya, seringkali membuat ia tidak mampu untuk melakukan solat tahajud, berat hatinya untuk bangun di waktu malam. Seseorang akibat perbuatan maksiatnya, lisannya kelu untuk berdzikir kepada Allah.

Bahkan hatinya tidak merasakan lagi kenikmatan di saat ia mengucapkan “Subhaanallah, walhamdulillah, laailaaha illallah, allahu akbar”. Hatinya tak bergetar ketika disebutkan ayat-ayat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Padahal ciri seorang mukmin disebutkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal” (QS. Al Anfal: 2).

Tapi akibat maksiat, ketika kita menyebut nama Allah, hati kita tidak merasakan takut kepada Allah. Akibat maksiat juga, ketika mendengar ayat-ayat Allah tidak bertambah keimanan kita. Bahkan terkadang kita merasa gersang ketika mendengarkan ayat-ayatnya. Kita tidak berasa bimbang jika kita termasuk orang-orang yang tidak diinginkan oleh Allah untuk berbuat kebaikan.

Wallahi ayat ini membuat kita merinding dan takut sekali. Maka jangan sampai kita termasuk orang-orang yang tidak diinginkan oleh Allah untuk berbuat kebaikan. Padahal diantara tanda bahwa seseorang itu diinginkan oleh Allah kebaikan padanya adalah dijadikan ia semangat berbuat ketaatan.

Ia pun semangat untuk menuntut ilmu Allah sebagai sumber dari amalan shalih. Bukankah Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah jadikan ia faqih dalam agama” (HR. Bukhari – Muslim).

Kata Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah, berarti orang yang tidak diinginkan kebaikan oleh Allah dalam agama tandanya adalah ia malas untuk menuntut ilmu agama, dijadikan hatinya berat. Sehingga untuk berjalan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu, ia merasa berat hatinya.

Maka, marilah kita mohon kepada Allah agar Allah memberikan kita kekuatan untuk sentiasa berbuat ketaatan, kita memohon kepada Allah agar termasuk orang-orang yang bersemangat dan berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan.

Kredit: Muslim.or.id

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
Malas Beribadah? Tanda Penyakit Munafik
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!