Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

8 Teknik Berkesan Mentadabbur Al-Quran (Bah.2)

al quran

Dikemaskini pada 08/05/2017 oleh Ustaz Abdullah

Jika anda baru kali pertama sampai ke blog saya, untuk makluman, ini adalah artikel sambungan dari artikel yang pertama bertajuk “8 Teknik Berkesan Mentadabbur Al-Quran (bah. 1)”. Untuk membaca artikel tersebut, sila klik di sini.

Dalam artikel kali ini, saya akan sambung teknik yang keempat untuk memudahkan anda mentadabbur Al-Quran.

Gunakan Sumber Rujukan Yang Mudah Difahami

Sekiranya anda ingin mencari satu sumber rujukan apabila anda ingin mentadabbur Al-Quran, saya mencadangkan agar anda menggunakan Tafsir Ibnu Katsir. Antara kelebihan kitab Tafsir Ibnu Katsir ialah:

  • Adalah tafsir yang paling masyhur yang memberikan perhatian terhadap apa yang telah diberikan oleh mufassir salaf dan menjelaskan makna-makna dan hukumnya.
  • Perhatian yang sangat besar dengan penafsiran antara Al-quran dengan Al-quran.
  • Merupakan tafsir yang paling banyak memuat atau memaparkan ayat-ayat yang bersesuaian maknanya, kemudian diikuti dengan penafsiran ayat dengan hadist marfu’ yang ada persamaan dengan ayat yang sedang ditafsirkan serta menjelaskan apa yang dijadikan hujah dari ayat tersebut. Kemudian diikuti pula dengan atsar para sahabat dan pendapat tabiin dan ulama’ salaf.
  • Disertakan selalu peringatan akan cerita-cerita Israilliyat yang tertolak (mungkar) yang banyak tersebar di dalam tafsir-tafsir bil ma’tsur. Baik peringatan itu secara umum atau terperinci.
  • Bersandar pada riwayat-riwayat dari sabda Nabi S.A.W para sahabat dan tabiin.

Cara menggunakan sumber rujukan Tafsir Ibnu Katsir ini ialah, sebagai contoh jika kita menjumpai ayat di mana Allah menceritakan tentang perbandingan kebangkitan manusia dari alam kubur, sama seperti hujan yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan dari dalam tanah.

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, maka bukalah Tafsir Ibnu Katsir dan baca penjelasannya sehingga kita memahami apa yang ingin Allah sampaikan dalam ayat yang sedang kita tadabbur. Begitulah juga langkah yang anda lakukan apabila anda ingin mengetahui ayat-ayat lain.

Mengaitkan Ayat Yang Sebelum Dan Sesudahnya

Cara lain yang boleh anda lakukan untuk mentadabbur Al-Quran ialah dengan mengaitkan ayat yang sedang kita baca dengan ayat yang sebelum dan sesudahnya.

Sebagai contoh katakanlah kita sedang membaca ayat 9 dari Surah Qaf di mana di dalam ayat tersebut Allah menceritakan tentang faedah air hujan yang Allah turunkan dari langit. Terjemahan ayatnya seperti di bawah:

“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai”

Berdasarkan ayat di atas kita sedar akan faedah hujan yang Allah turunkan menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok tanaman dan juga biji-bijian yang boleh dituai dan dimanfaatkan hasilnya.

Sekarang lihat pula ayat yang ke 11 dari Surah Qaf yang bermaksud:

“(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula)”

Apabila anda merenung ayat yang ke 11 ini, Allah jelaskan dengan lebih mendalam lagi tentang manfaat air hujan yang Allah turunkan di mana ia dapat menghidupkan tanah yang telah mati, dan akhir sekali Allah menyedarkan kita bahawa air hujan yang menghidupkan tanah yang mati itu adalah perumpamaan bagaimana Allah membangkitkan kita yang telah mati ini apabila sampai masa yang ditentukan (Hari Akhirat).

Subhanallah! Lihatlah kelebihan apabila kita mentadabbur Al-Quran. Dengan air hujan sahaja dapat mengingatkan kita tentang hari kita dibangkitkan di padang Mahsyar nanti untuk dihitung amalan kita.

Mentadabbur Ayat Yang Diulang-Ulang

Jika anda perasan, anda tentu sedar di dalam Al-Quran banyak ayat yang sama yang diulang-ulang. Adakah ianya kebetulan? Sudah tentu tidak. Tentu ada pengajaran yang Allah nak sampaikan kepada kita.

Sebagai contoh, cuba anda buka terjemah Al-Quran sekarang, dan buka Surah Al-Qamar ayat 17, 22, 32, 40. Ayat-ayat ini adalah ayat yang diulang.

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Apa yang anda sedar tentang ayat-ayat yang diulang ini? Ya, selepas ayat-ayat yang diulang ini, Allah menceritakan tentang kaum-kaum terdahulu di mana mereka ini telah menderhaka kepada Allah dan mengingkari Rasul yang telah diutuskan kepada mereka.

Allah menceritakan tentang kehancuran kaum Aad, kaum Tsamud, dan juga kaum Nabi Lut. Pengajaran yang dapat kita ambil apabila kita mentadabbur ayat-ayat ini ialah, apabila kita tidak mahu mengambil peringatan dan pengajaran yang telah Allah permudahkan di dalam Al-Quran, maka kita akan dibinasakan Allah sepertimana Allah binasakan kaum Aad, kaum Tsamud dan juga kaum Nabi Lut.

Memerhatikan Urutan Ayat Dan Perkataan Di Dalam Al-Quran

Cara ini pun tidak kurang pentingnya apabila anda mentadabbur Al-Quran. Sedarlah bahawa ayat-ayat dan perkataan yang berurutan di dalam Al-Quran adalah bukan kebetulan. Ianya ada pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil.

Sebagai contoh ayat 43 dan 44 dari Surah An-Najm:

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (43) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan; (44)”

Jika anda perhatikan kedua-dua ayat di atas berurutan, bahkan di dalam setiap ayat itu juga berurutan. Berurutan bagaimana yang saya maksudkan?

Urutan yang pertama ialah, kedua-dua ayat di atas menceritakan tentang apa yang dialami di dalam kehidupan manusia. Kehidupan manusia tidak lepas dari menangis, ketawa, hidup dan mati. Dan urutan yang kedua, kedua-dua ayat tersebut juga menceritakan tentang pertentangan yang diantara keduanya.

Bila kita deretkan ayat 43 dan 44 di atas, ianya akan menjadi seperti di bawah:

Allah lah yang menjadikan seseorang itu ketawa atau menangis. Dan Allah lah juga menjadikan seseorang itu hidup atau mati.

Untuk mengetahui makna yang lebih mendalam, sila buka Kitab Tafsir Ibnu Katsir dan gunakan point yang kelima (Mengaitkan Dengan Ayat Sebelum Dan Sesudahnya). Atau jika anda tiada Tafsir Ibu Katsir, boleh baca melalui Ibnu Katsir Online di sini. InshaaAllah anda akan memahami dengan lebih mendalam apa yang hendak disampaikan.

Berikan Perhatian Yang Lebih Pada Kisah Di Dalam Al-Quran

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa sepertiga daripada ayat-ayat Al-Quran adalah mengandungi ayat-ayat berbentuk penceritaan tentang kisah-kisah umat terdahulu. Oleh kerana itu, anda juga perlu memberikan lebih perhatian pada ayat-ayat begini kerana darinya kita dapat mengambil hikmah pengajaran.

Perhatikan dengan teliti pada kata-kata yang digunakan, gaya bahasa yang digunakan, tokoh-tokoh yang digunakan dan sebagainya. Ada sesetengah tokoh yang diceritakan di dalam Al-Quran yang Allah tidak sebutkan namanya, tetapi mempunyai tahap keimanan dan keberanian yang dahsyat. Kerana itulah sebenarnya yang Allah nak sampaikan kepada kita di dalam sesuatu kisah itu.

Sebagai contoh sepertimana kisah yang Allah ceritakan di dalam Surah Al-Mukminun ayat 28 hingga 35. Sila buka terjemahan dan lihat kisah yang diceritakan di dalam Surah dan ayat yang saya sebutkan.

Itulah 8 cara yang berkesan untuk mentadabbur al-Qur’an, walaupun sebenarnya masih banyak cara-cara yang lain, namun setidaknya 8 cara di atas, jika anda praktikkan dengan bersungguh-sungguh, sudah dapat membantu anda dalam memahami makna ayat Al-Qur’an. Semoga dengan ini, kita dapat menjadi hamba yang lebih takut, merasa diawasi, dan mendekatkan diri kepada Allah, inshaaAllah.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
8 Teknik Berkesan Mentadabbur Al-Quran (Bah.2)
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!