Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya (Bah. 2)

Dikemaskini pada 10/01/2018 oleh Ustaz Abdullah

depressionAssalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca yang dihormati? Semoga anda diberikan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan sentiasa berada dalam naungan dan rahmat kasih sayang Allah, inshaa Allah.

Baiklah, bagi pembaca yang baru sampai ke blog ini, untuk makluman anda artikel ini adalah sambungan dari artikel yang sebelumnya, iaitu yang menjelaskan tentang masalah kemurungan.

Dalam artikel sebelum ini, saya lebih memfokuskan tentang definisi kemurungan dan apakah punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Jadi, jika anda pembaca baru, saya galakkan anda membaca terlebih dahulu artikel tersebut melalui link ini.

Dan inshaa Allah, dalam bahagian kedua ini, saya akan menghabiskan penulisan saya tentang masalah kemurungan ini di mana saya akan kongsikan perkara-perkara di bawah:

  • Kemurungan dari aspek biologi
  • Tanda-tanda kemurungan
  • Rawatan moden untuk kemurungan
  • Rawatan ke urungan menggunakan al-Quran

Kemurungan Dari Aspek Biologi

Hasil kajian yang telah dilakukan, keputusan mendapati bahawa terdapatnya perbezaan diantara mereka yang mengalami masalah kemurungan dan juga mereka yang tidak pernah mengalami masalah tersebut. Antara perbezaannya ialah saiz apa yang dikenali sebagai “hippocampus” dikalangan pesakit kemurungan akan lebih kecil saiznya berbanding bukan pesakit kemurungan.

Hippocampus ialah satu bahagian kecil di dalam otak yang sangat penting di mana fungsinya untuk menyimpan memori manusia. Saiz “hippocampus” yang kecil juga bermaksud kurangnya reseptor hormon serotonin.

Serotonin yang terdapat dalam otak manusia adalah berfungsi sebagai ubat penenang semulajadi. Oleh sebab itulah, kebanyakan ubat utama yang akan diberikan untuk masalah kemurungan ialah ubat yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah hormon serotonin ini di dalam otak.

Tanda-Tanda Kemurungan

Selalunya, tanda-tanda kemurungan ini hanyalah dapat dikesan apabila sudah berada pada tahap yang agak kritikal di mana ketika ini boleh dikatakan kehidupan pengidapnya sudah musnah. Pada ketika ini, mood mereka akan berada pada tahap yang sangat rendah.

Mereka juga ketika ini sudah lagi tidak berminat untuk melakukan semua aktiviti yang mereka minati sebelum mengidap kemurungan. Malah ketika ini juga mereka lebih suka menyendiri di dalam bilik ataupun menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari.

Jika anda ada ahli keluarga yang mengalami kemurungan, anda juga akan dapati yang mereka tidak lagi mengambil berat terhadap diri mereka sendiri. Contohnya mereka tidak mahu mandi, menukar pakaian dan mengemas diri.

Pesakit kemurungan juga mudah untuk berasa cemas tanpa sebab (anxiety), berasa tidak selesa apabila berada dikhalayak ramai, mudah rasa nak marah, cepat rasa bersalah, sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan merasakan tidak berupaya untuk mengubah keadaan diri mereka.

Selain itu, mereka juga akan mengalami penurunan atau pertambahan berat badan, selalu sakit-sakit badan, selera makan juga akan meningkat atau menurun dan juga akan sentiasa berasa penat. Jika ketika ini mereka tidak diberikan bantuan dan sokongan, mereka mungkin akan menjadi lebih kritikal di mana cenderung untuk mencederakan diri malah boleh sampai ke tahap membunuh diri.

Rawatan Moden Untuk Kemurungan

Berdasarkan maklumat dari Persatuan Psikiatri Malaysia atau MPA, sekiranya rawatan dan bantuan yang sewajarnya diberikan, hampir 85% pesakit kemurungan dapat dipulihkan dari masalah tersebut. Selepas mereka ini disahkan mengalami kemurungan, antara rawatan yang akan diberikan ialah:

  • sesi kaunseling
  • terapi
  • pengambilan ubat anti kemurungan sepanjang hayat

Penting untuk diberikan perhatian di sini, walaupun rawatan di atas telah diberikan, bantuan dan sokongan dari ahli keluarga dan rakan baik juga sangat diperlukan. Selalulah memantau keadaan mereka. Dengan cara ini, mereka akan merasakan yang diri mereka masih disayangi dan diperlukan.

Rawatan Kemurungan Menggunakan al-Quran

Sepanjang lima tahun saya terlibat dalam bidang rawatan Islam, banyak juga kes-kes kemurungan yang datang ke tempat saya melakukan rawatan.

Seperti rawatan untuk kes gangguan makhluk halus, pesakit kemurungan juga akan dirawat dengan kaedah yang sama iaitu memperdengarkan ayat-ayat ruqyah. Tujuannya untuk pastikan terlebih dahulu, apakah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Selepas diruqyah, dan ternyata tiada unsur-unsur gangguan ketika proses rawatan, pesakit akan diberikan beberapa potongan ayat-ayat al-Quran di bawah untuk tujuan diamalkan.

  1. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32.
  2. Surah Taha ayat 120 hingga 135.
  3. Surah Az Zumar ayat 59 hingga 75.
  4. Surah an-Nahl ayat 81 hingga 89.

Selepas ayat-ayat di atas telah diamalkan secara konisten setiap hari dan telah sebati, bolehlah ayat tersebut dibacakan pada air untuk dijadikan minuman dan boleh juga dijadikan mandian.

Tetapi, pesakit perlulah meletakkan keyakinan di dalam diri bahawa yang menyembuhkan hanyalah Allah semata-mata dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha dan berdoa kepada Allah.

Kesimpulan yang boleh saya buat berdasarkan pengalaman saya, masalah kemurungan sebenarnya lebih berkait rapat dengan masalah yang terlalu difikirkan yang akhirnya menyebabkan otak terlalu tertekan. Tetapi, tidak dinafikan jika masalah ini dibiarkan, ianya boleh mengundang gangguan dari makhluk halus yang akan memburukkan lagi keadaan.

Untuk rawatan, saya sangat menggalakkan supaya pesakit kemurungan diberikan rawatan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah, iaitu kaedah rawatan al-Quran dan juga kaedah rawatan moden. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kesembuhan apabila kita bersungguh-sungguh dalam proses rawatan.

Kredit info: Pusat Rawatan Islam al-Hidayah

Follow saya di sosial media:
Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya (Bah. 2)
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!