Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bolehkah Mengamalkan Ilmu Yang Diperolehi Melalui Mimpi?

ilmu mimpi

Dikemaskini pada 21/01/2019 oleh Ustaz Abdullah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tidak tinggal dari Nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”

Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi para Nabi dan Rasul. Mimpi mereka adalah benar kerana ianya termasuk dalam wahyu, sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.

Ok, mungkin ada dikalangan pembaca yang mengajukan soalan, “Bagaimana kalau kita bermimpi didatangi dengan seorang lelaki yang alim, dan dia menyuruh kita berbuat perkara-perkara yang baik seperti jangan meninggalkan solat, selalu berzikir dan membaca al-Quran, dan sebagainya, adakah kita boleh mengamalkan apa yang disuruh?”. Ada tak soalan begini terlintas di pemikiran anda?

Berdasarkan kepada mimpi di atas, secara zahirnya ia sesuatu yang sepatutnya diikuti kerana mimpi itu merujuk kepada meminta agar anda melakukan semua perkara yang memang disyariatkan oleh agama. Tetapi, persoalannya adakah sebelum ini anda tidak pernah mendengar tentang perkara yang dianjurkan dan digalakkan oleh agama itu? Jika pernah, mengapa apabila disuruh oleh orang alim dalam mimpi itu baru anda ingin melakukannya?

Dan siapakah pula yang mendatangi anda di dalam mimpi itu, adakah ianya insan sebenar atau syaitan yang menyerupai orang yang anda jumpa di dalam mimpi tersebut? Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan samada arahan dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis dan syaitan semata-mata.

Oleh kerana itu, apabila anda mentaati arahan yang disuruh oleh lelaki dalam mimpi anda itu, dikhuatiri anda akan terjatuh dalam bahaya risiko yang besar, iaitu anda melakukan ibadah bukan kerana Allah tetapi kerana syaitan. Sekiranya ditakdirkan orang yang hadir di dalam mimpi itu adalah jelmaan makhluk halus, atau qarin, atau apa saja namanya yang sengaja hendak mempengaruhi anda untuk melakukan ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana mimpi.

Dan jika di dalam mimpi itu, orang alim tersebut menjanjikan habuan dunia, contohnya akan mendapatkan ilmu yang penuh di dada, ditakuti juga anda melakukan amalan yang disuruh itu untuk mendapatkan keuntungan dunia semata-mata, maka anda telah melakukan syirik kepada Allah. Nauzubillah Min Zalik. Jika anda mempunyai minat begitu mendalam untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, lakukanlah kerana Allah, bukannya kerana mimpi atau sebagainya.

Berkenaan ilmu pengetahuan, secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebar dan mempelajari ilmu. Firman Allah di dalam surah an-Nahl, ayat 43:

“Kami tidak mengutus Rasul sebelum mu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”

Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr (sila rujuk al-Quran), iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu daripada tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.

Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Kesimpulannya, janganlah sekali-kali mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang anda temui di dalam mimpi itu. Dan jangan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang mengaku mempunyai kelebihan ilmu yang dipelajari hanya melalui mimpi.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Bolehkah Mengamalkan Ilmu Yang Diperolehi Melalui Mimpi?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!