Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Mampu Melihat Alam Ghaib. Kelebihan Atau Kekurangan?

ghaib

Dikemaskini pada 20/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Kerapkali saya mendengar cerita dari para pesakit saya ada sesetengah ahli keluarga mereka, atau saudara-mara mereka, ataupun rakan-rakan mereka, yang mengatakan mereka ini mempunyai kelebihan hijab terbuka. Maksud hijab terbuka itu ialah mempunyai kemampuan untuk melihat alam ghaib ataupun berinteraksi dengan makhluk ghaib.

Dari apa yang saya tahu, makhluk ghaib ini ada dua sahaja yang diceritakan di dalam Al-Quran iaitu golongan Malaikat dan juga Golongan Jin. Dalil-dalil tentang kewujudan malaikat dan jin adalah seperti berikut:

Dalil Kewujudan Malaikat

Surah Al-Baqarah ayat 30

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Surah Al-Baqarah ayat 31

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!”

Surah Al-Baqarah ayat 34

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”

Dalil Kewujudan Jin

Surah Al-An’am ayat 100

“Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): “Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan”, tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.”

Surah Al-An’am ayat 130

“Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.”

Surah Al-Hijr ayat 27

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

Surah Ar-Rahman ayat 15

“…dan Dia menciptakan jin dari nyala api.”

Jadi, berdasarkan kepada dalil-dalil yang saya kemukakan di atas, maka terbuktilah bahawa memang ada makhluk yang Allah ciptakan dalam keadaan ghaib, iaitu dalam keadaan kita tidak dapat melihatnya. Dua makhluk tersebut terdiri dari malaikat dan juga jin. Tidak ada makhluk yang lain.

Tetapi, sepanjang saya terlibat dalam bidang perubatan Islam ini, tidak ada lagi yang mengaku kepada saya bahawa mereka berinteraksi dengan malaikat. Yang ada semuanya mengaku dapat melihat jin.

Kelebihan Atau Kekurangan?

Ada dikalangan kita yang merasakan bahawa dapat melihat jin itu suatu kelebihan. Benarkah begitu? Sebenarnya, apabila seseorang itu dapat melihat jin, ianya bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan.

Mengapa saya katakan ianya adalah suatu kekurangan? Kerana itu adalah seperti barah akidah. Maksudnya ialah barah tersebut sedikit demi sedikit akan merosakkan manusia terutamnya dari sudut akidahnya.

Jika ada seseorang yang mampu menghafal Al-Quran dalam tempoh hanya 6 bulan, itu barulah dikatakan kelebihan dan disyukuri akan kelebihan tersebut.

Tetapi jika seseorang itu dapat melihat jin, perkara tersebut tidak ada di dalam Islam. Bahkan di dalam Al-Quran dengan jelas menyebut bahawa syaitan melihat kita dari suatu tempat yang kita tidak dapat melihat mereka.

Allah berfirman di dalam Surah Al-A’raf ayat 27:

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia (iblis) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Jika ianya bukan kelebihan, apa maksud jika seseorang itu dapat melihat makhluk ghaib?

Seseorang yang mengalami kemampuan dapat melihat jin bermaksud dia sebenarnya sedang mengalami gangguan dari golongan jin itu sendiri.

Gangguan itu berlaku disebabkan:

  • Ada jin sihir yang masuk ke dalam badannya bertujuan untuk menyihir.
  • Adanya jin yang diwarisi dari keturunannya samada dalam keadaan disedari atau tidak.
  • Melakukan perbuatan-perbuatan syirik yang menjadikan jin berdamping dengan dirinya.
  • Kurangnya amalan-amalan pendinding yang dicontohkan oleh Nabi yang menyebabkan jin sengaja mahu mengganggunya.
  • Tukang sihir atau bomoh yang berdamping dengan jin.

Jadi, sekiranya ada sesiapa yang mengaku kepada anda dia dapat melihat makhluk ghaib, terangkan kepadanya bahawa itu bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan dan nasihatkan kepadanya untuk mendapatkan rawatan.

Begitu juga sekiranya ada dikalangan perawat yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka mampu melihat makhluk ghaib, ketahuilah bahawa perawat itu juga mengalami gangguan. Ataupun dia sendiri berbohong kepada anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Mampu Melihat Alam Ghaib. Kelebihan Atau Kekurangan?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!