Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

14 Sebab Punca Gangguan Jin

tanda-tanda gangguan jin

Dikemaskini pada 25/04/2019 oleh Ustaz Abdullah

Permusuhan diantara jin dan manusia sangat berbeza keadaannya diantara permusuhan manusia dengan manusia. Ini kerana, apabila terjadinya permusuhan diantara manusia dan manusia, Islam mengajar kita agar bersabar, bahkan dianjurkan supaya berbuat baik kepada mereka yang memusuhi kita.

Apa tujuan Islam mengajar kita cara yang begitu? Ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan permusuhan dan kebencian sesama manusia. Tetapi permusuhan diantara manusia dan syaitan, cara yang dianjurkan di atas tidak akan memberikan kesan. Kesabaran dan kebaikan yang kita tunjukkan tidak akan menghilangkan rasa permusuhan dan kebencian jin terhadap manusia.

Justeru itu, cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menghadapi permusuhan diantara jin dan manusia ialah dengan sentiasa  “ber-taawudz”, iaitu memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan serta gangguan jin dan syaitan. Ini dapat dilihat dari dua firman Allah di dalam al-Quran:

“..Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta jangan perdulikan orang-orang yang bodoh. Dan jika syetan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al A’raf: 199-200)

“..Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah). Dan ucapkan, “Ya Tuhanku, aku berlindng kapada Engkau dari bisikan-bisikan syetan, dan aku berlindung kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tdak mendekatiku”. (Surah Al mukminun: 96-98.)

Oleh kerana permusuhan yang telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi, pelbagai cara dan jenis gangguan jin yang berlaku ke atas manusia. Jadi, dalam artikel saya pada kali ini, saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda apakah sebab-sebab dan punca berlakunya gangguan jin ke atas kita.

1. Faktor jin

  • jin telah jatuh cinta kepada manusia
  • jin mahu bersahabat dengan manusia kerana status manusia itu (memiliki ilmu batin atau saka)
  • dengki dengan manusia yang taat kepada agama.
  • berdendam kerana ada ahli keluarga jin dibunuh oleh manusia secara sengaja atau tidak sengaja. Contoh mudah adalah membunuh ular yang sebenarnya jelmaan jin.

2. Faktor manusia

  • menuangkan air panas ke dalam mangkuk tandas atau lubang yang didiami oleh jin.
  • mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • bersama dengan isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • tukang sihir atau bomoh
  • dengki dan khianat dengan orang lain – punca utama seseorang melakukan sihir ke atas orang lain.
  • Tidak mengawal emosi seperti sentiasa marah-marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang tinggi, lalai dan berniat jahat.
  • pengamal sihir atau amalan-amalan persilatan yang menggunakan perantara jin.
  • anak cucu yang menerima saka.

Cara Elakkan Gangguan Jin

Antara tip bagaimana mahu mengatasi gangguan jin dan syaitan dalam kehidupan seharian ialah:
1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4) Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6) Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
7) Melaungkan Azan
8) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah apabila terlupa sesuatu
9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur
Huraiannya :
1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan

Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini.“ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)

2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman

Rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu tidak dimasuki syaitan, dan terhindar dari gangguan jin (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.

Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)

3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Daripada ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah.

Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad.

6) Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

7) Melaungkan Azan

Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.

Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)

8) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah apabila terlupa sesuatu

Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur

Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya.

Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian baginda menyapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, baginda  memulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.

Semoga sama-sama kita mengamalkannya. Dan sama-samalah kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan dan gangguan jin serta syaitan. InsyaAllah.

Wangian Kasturi Ruqyah

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
14 Sebab Punca Gangguan Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!