Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin

Dikemaskini pada 09/11/2018 oleh Ustaz Abdullah

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Kita selalu mendengar, atau pernah melihat sendiri kes-kes mereka yang mengalami kerasukan jin. Persoalannya, apakah punca berlakunya gangguan jin kepada seseorang?

InshaaAllah di dalam artikel ringkas yang saya kongsikan dengan anda kali ini, akan cuba memberikan jawapannya.

Dari pengalaman saya, jin merasuki manusia adalah disebabkan 3 perkara di bawah:

1) Ada sesetengah kes, jin menyukai jika seseorang itu mengalami kerasukan. Ini kerana jin itu dapat merasai nikmat apabila berada di dalam tubuh badan seseorang. Kerasukan yang disebabkan faktor ini inshaaAllah lebih mudah untuk disembukan berbanding dua faktor lagi.

2) Kadang-kadang jin merasuki tubuh badan manusia disebabkan manusia itu sendiri telah menyakiti jin tersebut. Contohnya apabila ada manusia yang kencing di merata-rata tempat, dan kebetulan telah kencing ke atas jin itu. Ataupun jin tersebut telah disakiti dengan cara disiram air panas dan mengenai jin tersebut.

3) Dan faktor yang ketiga adalah disebabkan jin sengaja mahu mengganggu manusia. keadaannya sama seperti mana-mana manusia yang jahat yang suka mengganggu manusia lainnya tanpa sebab-musabab.

Itulah 3 faktor yang memungkinkan seseorang itu mengalami kerasukan jin. Penting di sini untuk anda elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti golongan jin seperti menyiram air panas, kencing di merata-rata tempat dan sebagainya.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Follow saya di sosial media:
3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!