Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?

Dikemaskini pada 12/05/2019 oleh Ustaz Abdullah

gangguan jin

Bila tibanya bulan Ramadhan, antara persoalan paling banyak ditanya oleh pesakit-pesakit saya ialah betulkah masih ada gangguan jin dalam bulan Ramadhan?

Persoalan mereka berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”

Adakah anda juga mempunyai persoalan di atas? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda jawapan berkaitan dengan persoalan tersebut.

Pandangan Ulama

Sebenarnya ulama’-ulama’ Islam telah memberi beberapa pandangan. Sebahagian ulama’ berpegang dengan zahir nas dengan mengatakan memang pada hakikatnya syaitan dibelenggu. Mereka mengambil sikap berdiam diri (tawaquf) terhadap persoalan berlakunya kerasukan syaitan pada bulan Ramadhan.

Sebahagian ulama’ pula mentakwilkan ungkapan syaitan dibelenggu dengan makna majaz iaitu bahasa kiasan bukannya hakikat. Ia mengambarkan kesulitan syaitan untuk mengoda dan menganggu anak adam dalam keadaan mereka berpuasa seolah-olah syaitan dibelenggu pada bulan tersebut. Hal ini dapat difahami melalui hadis nabi “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa).”

Pandangan ketiga mengatakan bahawa memang benar syaitan dibelenggu, namun bukan semuanya. Syaitan yang kuat-kuat sahaja yang dibelenggu dikalangan ketua-ketua mereka. Ini berdasarkan riwayat yang lain yang menggunakan lafaz “Maradatul Syayatin” atau “Maradatul Jin” yang bermaksud syaitan-syaitan yang kuat . Pandangan ini telah dipersetujui oleh Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam kitabnya “Wiqayatul Insan Minal Jin Wassyayatin”.

Melalui pengalaman saya secara peribadi, saya lebih cenderung kepada pendapat ini. Pendapat ini sekaligus menjawab persoalan berlakunya kerasukan dan gangguan jin di dalam bulan Ramadhan dimana syaitan-syaitan yang merasuk tersebut adalah syaitan-syaitan kecil.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!