Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya

Dikemaskini pada 19/10/2018 oleh Ustaz Abdullah

Pernahkah anda mendengar adanya golongan jin yang mencintai seorang manusia? Golongan jin ini dipanggil jin asyiq. Gangguan jin asyiq ini boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya disebabkan kelalaian manusia itu sendiri.

Gangguan jin asyiq ada bermacam-macam jenis. Ada jin yang jatuh cinta dengan seseorang manusia itu dalam tempoh masa yang sekejap sahaja. Tetapi ada juga yang jatuh cinta dengan seseorang sejak dari manusia itu kecil lagi. Gangguan jin asyiq yang berlaku sejak dari kecil lagi adalah gangguan yang sangat sukar untuk dirawat.

Ini kerana perasaan cinta jin itu kepada manusia sudah terlalu mendalam dan sukar untuk dipisahkan. Keadaan ini berlaku disebabkan jin telah selalu melihat manusia yang dicintainya itu. Melihat kebaikannya, apatahlagi jika jin selalu melihat manusia itu selalu berbogel dalam keadaan tidak membaca sebarang doa perlindungan.

Sebab itulah Islam mengajar kita supaya dalam keadaan apa sekalipun perlulah kita melazimi diri dengan memulakan membaca doa.

Faktor Jin Mencintai Manusia

Diantara fakktor-faktor yang merisikokan seseorang manusia itu dicintai oleh jin ialah:

  1. Jin yang disebabkan oleh faktor keturunan. Dalam masyarakat Melayu dikenali sebagai gangguan saka.
  2. Jin kerapkali melihat manusia itu bertelanjang dengan tanpa membaca apa-apa doa. Sebab itu, di dalam Islam kita digalakkan sebaiknya berpakaian dalam apa keadaan sekalipun, sehingga bersetubuh dengan isteri pun sebaiknya tidak bertelanjang.
  3. Jin yang didapati setelah mempelajari ilmu kebatinan, contohnya seperti ilmu kebal dan yang seumpamanya.

Apabila jin telah mempunyai perasaan cinta kepada seseorang itu, jin tersebut akan cuba melakukan sedaya upaya agar manusia yang dicintainya tidak berkahwin dengan manusia yang lain. Ini kerana, jin seperti juga manusia, mereka mempunyai perasaan cemburu.

Ini dikuatkan dengan kenyataan Ibnu Taimiyah di dalam An-Nubuwwat halaman 399 dengan katanya:

“Jin terkadang jatuh cinta kepada manusia, sebagaimana manusia jatuh cinta dengan manusia yang lain. Sepertimana lelaki mencintai wanita, dan juga seperti wanita mencintai lelaki”

Tanda-Tanda Gangguan Jin Asyiq

Selalu saya ingatkan kepada pesakit-pesakit saya, ataupun kepada mereka yang bertanya kepada saya, apabila seorang manusia mengalami gangguan jin, pasti akan berlakunya gejala-gejala. Begitulah juga denga gangguan jin asyiq ini. Gejala-gejala khusus yang akan berlaku kepada seseorang yang mengalami gangguan jin asyiq ialah:

  1. Sering mimpi bersetubuh tetapi mimpinya berbeza dengan mimpi yang disebabkan oleh akil baligh (bagi lelaki), mimpi disebabkan terangsang dan juga sebagainya.
  2. Bezanya ialah mimpi bersetubuh yang berpunca dari gangguan jin asyiq ialah mimpinya akan berlaku dengan kerap (hampir setiap malam), berlaku dalam tempoh yang lama, dan mereka yang mengalaminya akan rasa seperti bukan mimpi, tetapi ianya berlaku dengan betul.
  3. Ini kerana apabila bangun dari tidur, anda akan merasa letih, dan juga lemas, tetapi dalam masa yang sama anda seolah-olah merasa puas.
  4. Merasakan adanya bayangan seseorang disebelah anda, terutamanya apabila anda mula hendak tidur.
  5. Tiada keinginan untuk berkahwin.
  6. Jika berkahwin juga, anda akan kehilangan keinginan untuk bersetubuh dengan pasangan anda.
  7. Jika berlaku juga persetubuhan, anda akan melakukannya dalam keadaan terpaksa hanya kerana tanggungjawab, tanpa ada rasa kerelaan bahkan anda akan merasa suatu beban untuk malayani pasangan anda.
  8. Selepas melakukan persetubuhan anda akan berasa sedih, dada menjadi sempit dan hilang rasa ghairah.
  9. Susah bertemu jodoh kerana jin telah mengganggu perhubungan anda.
  10. Apabila mula hendak tidur, anda akan mula didatangi oleh seseorang dan akan merogol anda. Saya pernah merawat seorang pesakit wanita. Dia mengatakan ketika permulaan, dia cuba untuk melawan tetapi tidak mampu. Lama-kelamaan hilang rasa untuk melawan, diganti dengan perasaan keghairahan yang tinggi (ketagih) untuk bersetubuh.
  11. Lebih suka menyendiri.
  12. Menjadi tertarik dengan tubuh badan sendiri apabila melihatnya dihadapan cermin dalam keadaan bertelanjang.
  13. Rasa benci yang membuak-buka kepada pasangan sejenis. Jika pesakitnya wanita, dia akan benci memandang lelaki, dan begitu juga sebaliknya.
  14. Pesakit juga akan mengalami mimpi mempunyai anak dengan orang lain dan mimpi itu berlaku dengan kerap.

Cara Elakkan Gangguan Jin Asyiq

Sebagai ikhtiar supaya kita semua selamat dari gangguan jin asyiq ini, saya menasihatkan anda beberapa perkara di bawah:

  • Selalulah melazimkan diri anda supaya memulakan apa sahaja aktiviti dengan membaca doa terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dengan menyebut Bismillah. Terutamanya apabila anda hendak menanggalkan pakaian anda (bertelanjang) atau masuk ke dalam bilik air/tandas.
  • Lazimkan juga untuk membaca doa sebelum keluar rumah dan juga apabila hendak masuk ke dalam rumah.
  • Selalulah berwangian, terutamanya wangian kasturi. Lebih baik jika telah diruqyah.
  • Banyakkan berzikir kepada Allah dan selalulah memohon perlindungan kepada-Nya.
  • Bagi yang sudah berpasangan, atau yang dalam proses mendapatkan jodoh, jika anda sudah menemui pasangan yang sesuai, nasihatkanlah kepada mereka agar bersabar dengan gangguan jin asyiq yang sedang mengganggu anda. Nasihatkan juga kepada mereka agar melakukan perkara-perkara di atas.

Mudah-mudahan dengan melakukan amalan-amalan di atas, dan mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan selamatkan kita semua dari gangguan jin asyiq ini, inshaaAllah.

tanda sihir

 

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Follow saya di sosial media:
Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!