Author: Ustaz Abdullah

Adakah Melilit Benang Hitam Pada Kanak-Kanak Amalan Syirik?

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

benanghitamAntara amalan yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam kita, ialah suka melilit benang, atau tangkal, biasanya berwarna hitam pada tangan anak-anak. Amalan ini biasanya diberikan oleh bomoh dan dilakukan jika anak tersebut menangis tak henti-henti. Kononnya nak bagi berhenti menangis. Ini biasa sangat saya lihat di pusat rawatan.

Bila ditanya kenapa pakaikan benang itu, kata mereka saja-saja pakaikan. Dari segi akal pun tak boleh terima alasan yang diberikan. Biasanya, sebelum saya mulakan rawatan, saya akan minta ibubapa supaya buka benang tersebut.

Persoalannya, adakah amalan seperti ini diharuskan atau dibolehkan oleh syarak?

Sebenarnya amalan yang saya sebutkan di atas sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang perbuatan memakai benang atau tangkal ini. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani:

Continue reading “Adakah Melilit Benang Hitam Pada Kanak-Kanak Amalan Syirik?”

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Bolehkah Manusia Melihat Makhluk Halus?

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

makhluk halusDalam artikel saya yang lalu, saya telah kongsikan dengan anda apakah hikmahnya Allah s.w.t menjadikan kita tidak dapat melihat makhluk halus yang diciptakan oleh Allah.

Maka dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula satu isu yang bagi saya agak kritikal. Mengapa saya katakan kritikal? Ini kerana perkara ini berkaitan dengan isu akidah kita. Isu tentang bolehkah manusia melihat makhluk halus?

Bila saya berhadapan dengan pesakit, sering mereka katakan pada saya yang mereka pernah berubat di tempat sekian sekian, dan perawat di sana mengatakan mereka dapat melihat makhluk halus yang ada dalam badan pesakit. Ada sesetengah perawat itu siap boleh nyatakan sekali jumlah bilangan makhluk halus tersebut. Betulkah begitu?

Continue reading “Bolehkah Manusia Melihat Makhluk Halus?”

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Mengapa Kita Tidak Boleh Melihat Makhluk Halus?

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Antara pertanyaan yang kerap kali diajukan kepada saya ialah: “Ustaz nampak apa-apa tak kat saya?”. Sebenarnya tiada seorang pun manusia normal yang boleh nampak atau melihat makhluk halus. Persoalannya di sini ialah apakah hikmah Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat kita sedangkan kita tak boleh melihat mereka?

Secara logiknya bukankah lebih baik kalau Allah jadikan kita dapat melihat makhluk halus supaya dapat mengelakkan mereka dari menyakiti kita. Sebenarnya bukan semua makhluk halus sentiasa menyakit manusia. Ini kerana, makhluk halus juga seperti kita di mana mereka adalah makhluk yang dibebankan dengan tanggungjawab, sama seperti kita.

Dikalangan mereka ada juga yang beriman dan kafir, yang bertaqwa dan fasik, yang beramal soleh dan melakukan maksiat. Golongan yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh dikalangan mereka tidak akan mengganggu dan menyakiti kita.

Continue reading “Mengapa Kita Tidak Boleh Melihat Makhluk Halus?”

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Bagaimana Mengenal Tanda Sihir, Kerasukan Atau Penyakit Ain (Bah. 2)

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

tanda sihirBagi anda yang baru sampai ke blog ini, artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini. Saya galakkan anda baca dulu artikel sebelum ini di sini.

Dalam artikel sebelum ini, saya kongsikan tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang terkena sihir, kerasukan atau penyakit ain, sebelum dibacakan ayat-ayat ruqyah padanya. Dan dalam artikel kali ini, saya akan kongsi pula tanda-tanda ketika dibacakan ruqyah.

Tanda-tanda yang akan dialami adalah seperti di bawah:

Continue reading “Bagaimana Mengenal Tanda Sihir, Kerasukan Atau Penyakit Ain (Bah. 2)”

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Bagaimana Mengenalpasti Tanda Sihir, Kerasukan atau Penyakit Ain?

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Satu yang saya rasa agak tidak betul dalam kefahaman masyarakat kita, mungkin kerana mereka tidak tahu, ialah mereka sering menyangka golongan pengamal perubatan Islam boleh mengetahui tentang alam jin. Atau lebih khusus lagi ialah mereka menyangka golongan seperti kami boleh melihat makhluk jin.

Saya tidak menyalahkan masyarakat sepenuhnya. Mereka beranggapan begitu mungkin kerana pernah berjumpa dengan bomoh, atau bomoh yang menyamar sebagai perawat Islam, dan kemudian mereka ini mengaku boleh nampak makhluk jin. Tetapi hakikatnya sebenarnya adalah tidak.

Continue reading “Bagaimana Mengenalpasti Tanda Sihir, Kerasukan atau Penyakit Ain?”

Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: