Bagaimana Cara Memusnahkan Barang Sihir?

Ada orang hantar satu gambar pada saya. Katanya gambar tersebut dia jumpa diikat pada tiang bilik rumahnya.

Apakah benda tu (lihat gambar)?

Ini yang dipanggil buhul. Apakah buhul?

Dalam Surah Al-Falaq ayat keempat, Allah menggunakan perkataan Al-‘Uqad  yang bermaksud ikatan.

Dalam ilmu perubatan ruqyah, buhul ni dikenali sebagai tali ghaib ataupun antena yang menjadi penghubung diantara barang-barang sihir dengan mangsa sihir.

Melalui mentera-mentera sihir yang dibaca oleh tukang sihir, buhul (barang-barang sihir) dan juga mangsa sihir akan diikat secara ghaib.

Apakah tujuan dibaca mentera sihir?

Tujuannya ialah untuk memanggil jin-jin sihir. Sebab tu dalam mentera-mentera sihir biasanya akan ada bacaan-bacaan yang memuja ketua-ketua jin.

Jin-jin inilah yang akan membantu tukang sihir untuk menyakit mangsa sihir.

Jadi kalau jumpa barang sihir (macam dalam gambar di atas), macam mana cara nak memusnahkannya?

Alhamdulillah, Islam agama yang lengkap dan sempurna. Itulah hikmahnya Allah mengizinkan berlakunya sihir ke atas diri Rasulullah.

Supaya kita dapat belajar dari Rasulullah bagaimana untuk memusnahkan barang sihir, berlandaskan panduan wahyu.

Cara untuk memusnahkan barang sihir jika dapat dijumpai ialah dengan cara ditanamkan barang tersebut.

Ini berlandaskan kepada hadis di bawah:

Maksudnya: Aku (Aisyah) bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa tidak dibakar sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan aku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda memerintahkan para sahabat untuk menanam barang sihir tersebut. (Hadis riwayat Muslim dalam kitab As-Salam pada bab sihir, nombor hadis 5703 dan 5704)

Tetapi sebelum anda nak tanam barang sihir tu, buat dulu langkah-langkah di bawah:

Ambil segelas air dan bacakan ayat-ayat di bawah:

  • Al-Fatihah 1 kali.
  • Surah Al-Baqarah ayat 102 sekali
  • Ayat kursi 3 kali
  • Surah Yunus ayat 81 dan 82 (ayat pembatal sihir)
  • Surah Al-Ikhlas 3 kali
  • Surah Al-Falaq sekali
  • Surah An-Nas sekali
Selepas membaca ayat-ayat di atas pada air tadi, kemudian tuangkanlah air tersebut ke atas barang sihir yang anda jumpa.

InshaaAllah dengan izin Allah akan terbatalah sihir tersebut. Kemudian baru anda tanam barang sihir tersebut.

Dah beratus ringgit wang anda habis untuk membuang sihir?

Dah rasa putus asa sebab gangguan sihir masih lagi tak berkurang?

Kenapa tak cuba kaedah yang lebih mudah, praktikal dan menjimatkan kos? Klik di sini!

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!