Ramai yang bertanya pada saya soalan di bawah:
“Ustaz, macam mana saya nak tau saya ni kena sihir atau tak?”
Saya tak rasa pelik bila ada yang tanya soalan di atas. Sebab, sihir ni dilakukan secara ghaib dan menggunakan pula bantuan jin.
Jadi, kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya apa yang berlaku pada kita tu adalah sihir.
Keadaan ini jugalah yang berlaku pada Rasulullah s.a.w apabila Baginda disihir oleh Labid Al-A’sam.
Pada awalnya Baginda sendiri tidak tahu apa yang berlaku, sehinggalah selepas Baginda bermunajat kepada Allah, berdoa memohon pertolongan, Allah kirimkan dua Malaikat untuk mengkhabarkan apa yang berlaku ke atas diri Nabi.
Untuk memahami keadaan ini, mari kita membaca hadis tentang Nabi disihir.
Diriwayatkan daripada Siti Aisyah RA, telah berkata:
“Rasulullah SAW telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A‘sam sehingga baginda berasa khayal melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya. Hinggalah pada suatu hari atau suatu malam ketika berada di sisiku baginda berdoa dan terus berdoa. Kemudian Nabi SAW: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah SWT telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”. Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labid bin al-A‘sam. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam telaga Dharwan”. Maka Rasulullah SAW mendatangi telaga itu bersama dengan beberapa orang sahabat baginda. (Setelah kembali) Nabi SAW berkata: “Wahai ‘Aishah, telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditimbus bahan-bahan sihir dalam telaga itu”.
Jadi, Rasulullah sendiri boleh terkena sihir, apatahlagi kita ni.
Jadi sangat penting untuk anda tahu macam mana cara yang betul untuk kenal keadaan apabila anda disihir.
Dan apa yang akan saya kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman saya.
Untuk pengetahuan anda, untuk mengenal sihir, anda perlu perhatikan dua jenis tanda pada diri anda.
Apakah maksud tanda-tanda umum?
Maksudnya ialah apa je jenis gangguan yang berlaku kepada anda, pasti akan ada tanda-tanda di bawah.
Tanda-tanda tersebut ialah:
Selepas anda dah kenalpasti tanda-tanda umum di atas, kena tengok pula tanda-tanda khusus.
Tanda-tanda khusus ialah tanda-tanda yang menandakan apakah jenis sihir yang dihantar.
Sebagai contoh, katakanlah pada diri anda ada tanda-tanda di bawah:
Tanda-tanda di atas menunjukkan tanda sihir yang membuatkan anda tidak bermaya.
Ringkasnya apabila lengkap pada diri anda 2 jenis tanda, iaitu tanda umum dan tanda khusus, itulah tanda yang anda telah disihir oleh seseorang.
Saya harap perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.