Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)
Cara mengamalkannya: Selepas membaca Al-Muawwizatain, tiupkan ke tapak tangan anda, dan kemudian sapu ke seluruh tubuh anda, bermula dari atas hingga ke bawah. Ulangi sebanyak tiga kali.
Hadis: Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, beliau telah berkata, “Setelah turunnya kedua surah ini (Al-Muawwizatain), Rasulullah s.a.w melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan wirid untuk membentengi diri dari pandangan buruk jin mahupun manusia”. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Faedah mengamalkannya:
Ini adalah kaedah yang baik sebagai amalan perlindungan. Ini kerana ia bukan sahaja melindungi diri dari jin di luar, bahkan juga dari gangguan jin yang di dalam (dengan izin Allah).
Amalan ini juga sepatutnya dilakukan oleh mereka yang selalu mengalami mimpi yang buruk atau menakutkan.
Bagi mereka yang mengalami gangguan jin asyiq, juga harus mengamalkan doa ini. Dengan cara yang ditunjukkan di atas, inshaaAllah kedua surah ini akan membentuk perlindungan yang tidak dapat ditembusi oleh jin.
Sebelum saya mengakhiri perkongsian ni, bagaimana dengan persoalan yang saya ajukan di atas?
Adakah anda mampu untuk melakukannya secara istiqamah?
Hakikatnya semuanya bergantung pada diri anda sendiri. Ingatlah bahawa, dalam Islam amalan yang sedikit tetapi istiqamah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi dilakukan hanya sekali-sekala.
Semoga kita semua dapat beristiqamah.