Ok, macam mana nak buat dengan ayat-ayat di atas?
Pertama sekali anda baca ketiga-tiga ayat di atas terlebih dahulu pada segelas air. Ingat ye, setiap satu ayat di atas dibaca sebanyak 7 kali.
Ini bilangan yang dicadangkan. Kalau anda nak kurang, boleh baca 5 atau 3 kali. Kalau nak lebih, boleh baca 9 atau 11 kali.
Pastikan ketika membaca pada air tu, dekatkan mulut anda pada permukaan gelas. Tujuannya supaya bacaan terus masuk ke dalam air.
Selesai baca pada air, anda bacakan pula ketiga-tiga ayat di atas pada telinga pesakit.
Sama juga. Bacaannya hendaklah sebanyak tujuh kali untuk setiap satu ayat.
Apabila anda bacakan ketiga-tiga ayat di atas, kemungkinan pesakit akan mengalami keadaan di bawah:
- Menjerit/menangis dengan kuat.
- Muntah mengeluarkan lendir.
Jika berlaku keadaan di atas, maka betullah pesakit telah disihir. Jangan berhenti, teruskan bacaan sehinggalah pesakit pengsan.
Dan ulangi cara di atas setiap hari hinggalah jin-jin sihir telah keluar semuanya dari badan pesakit.
Bagaimana nak tahu jin-jin sihir di dalam badan pesakit telah keluar semua?
Tandanya ialah apabila rasa sakit pada diri pesakit akibat sihir semakin berkurangan. Dan apabila pesakit diruqyah, dia tidak lagi menjerit/menangis dan muntah.
Untuk rawatan pula, mudah sahaja. Air yang telah diruqyah tadi diberikan kepada pesakit untuk diminum setiap hari.
Saya menggalakkan supaya pesakit minum air yang diruqyahkan dengan ayat-ayat di atas sebanyak tiga kali sehari.
Mudahkan cara yang saya kongsikan di atas. Saya harap anda dapat mengamalkannya. Dan kalau anda rasa cara yang saya kongsikan di atas bermanfaat, tolong kongsikan dengan rakan-rakan anda ye.