Selepas membaca ebook saya yang bertajuk “5 Jenis Sihir Yang Ditujukan Khusus Kepada Isteri”, ada yang kongsi dengan saya apa yang mereka alami.
Tapi yang berkongsi cerita dengan saya ni seorang suami. Namanya Encik R.
Dalam perkongsian tersebut, Encik R ada mengaku bahawa dia mungkin terkena sihir penghilang rasa. Jadi apabila bersama dengan isteri, ghairah untuk melakukan persetubuhan takde.
Akibatnya perhubungan akan jadi hambar.
Bahaya kalau keadaan macam ni berterusan. Sebab lama-kelamaan akan meningkatkan risiko berlakunya masalah dalam rumahtangga.
Akhirnya akan berlakulah perceraian. Takde sape yang nak rumahtangganya musnah kan, betul tak?
Yang menjadi masalahnya ialah, encik R tak tahu, hilang rasa untuk bersama tu disebabkan sihir atau pun disebabkan oleh masalah lain.
Saya yakin, masalah macam ni bukan Encik R saja yang alami, mesti orang lain pun alami masalah yang sama.
Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan macam mana nak buat untuk nak pastikan samada apa yang anda alami tu disebabkan sihir atau tak.
Caranya mudah je. Saya kongsikan dua cara.
Cara Pertama: Dengar Ayat Ruqyah
Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya perlu mendengar bacaan ayat-ayat ruqyah sahaja.
Sebaiknya dengarlah bacaan tersebut dengan menggunakan earphone. Ketika dengar, anda tak perlu ikut bacaan ayat-ayat ruqyah yang anda dengar tu, dengar secara santai je.
Kalau betul ada sihir, apa yang akan berlaku?
Kalau betullah dalam badan anda ada sihir, akan ada tindakbalas yang akan berlaku. Dari pengalaman saya, biasanya anda akan muntah bila dengar ayat-ayat ruqyah.
Kalau tidak muntah pun, akan ada tindakbalas iaitu:
Cara yang kedua ni pun sama. Apabila anda minum, jika ada sihir dalam badan, inshaaAllah anda akan muntah juga.
Saya harap dengan dua cara yang saya kongsikan dengan anda ni akan dapat membantu anda untuk mengesan, betul atau tidak di dalam badan anda ada sihir.
Selamat beramal dan saya doakan agar Allah permudahkan urusan anda.
Risau rumahtangga yang telah lama anda bina musnah dalam sekelip mata akibat kejahatan sihir? Klik di sini sekarang juga untuk penyelesaiannya!