Kata orang tua dulu-dulu, perkahwinan ni ibarat sebuah kapal ditengah-tengah lautan. Tidak akan terlepas dari dipukul ombak dan badai.
Begitulah juga rumahtangga.
Takkan terlepas dari pelbagai ujian dan ragam.
Jika tak dicari jalan penyelesaian yang terbaik, rumahtangga boleh berakhir dengan perceraian.
Diantara ujian-ujian yang boleh berlaku dalam rumahtangga ialah sihir yang ditujukan kepada pasangan.
Dalam artikel ni, saya fokuskan pada suami yang disihir.
Sebab banyak isteri-isteri yang call saya minta pandangan, cara, macam mana nak rawat suami kena sihir.
Tapi apa yang saya perhatikan, alasan-alasan yang diberikan apabila mereka kata suami disihir ni, kadang-kadang tak berapa tepat.
Contohnya, bila saya tanya kenapa kata suami disihir?
Antara jawapannya ialah mereka kata suami ada perempuan lain dan asyik ikut je kata perempuan tu.
Ada juga yang kata, dah pergi jumpa perawat. Perawat guna gambar dan nama, dari situ nampak memang betul suami kena sihir.
Contoh-contoh yang saya bagi di atas ni, belum lagi boleh dikatakan suami kena sihir. Jadi sebab tu saya tulis artikel ni.
Saya nak kongsikan kaedah yang lebih praktikal dan lebih mesra isteri gitu 🙂
Ok, sebagai isteri, mesti anda akan perasan sebarang perubahan yang berlaku pada diri suami anda.
Jadi macam mana anda nak tahu perubahan tu disebabkan sihir atau tak?
Anda buat langkah-langkah yang saya tunjukkan di bawah.
Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah perhatikan pada suami ada tak gejala-gejala di bawah:
Buat secara kerap. Dan kalau boleh usahakan cari air zam-zam yang asli ye. Sekarang banyak yang tiruan.
Dan pastikan masa anda jampi air tu, dekatkan air ke mulut anda.
Ayat-ayat yang perlu dibaca pada air ialah:
Jadi, air ruqyah di atas perlulah diberikan suami minum secara kerap kerana dikhuatiri sisa-sisa sihir masih ada dan takut juga sihir dihantar berulang-ulang kali.
Dan sebaiknya juga, bawalah suami berjumpa perawat ruqyah untuk dirawat suami.
Anda dah lama menjadi mangsa sihir? Sihir pun tak habis-habis kerana dihantar berulang-ulang kali?
Dah puas berubat dan dah banyak duit habis?