Bolehkah Mengamalkan Ilmu Yang Diperolehi Melalui Mimpi?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Tidak tinggal dari Nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi para Nabi dan Rasul. Mimpi mereka adalah benar kerana ianya termasuk dalam wahyu, sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.
Ok, mungkin ada dikalangan pembaca yang mengajukan soalan, “Bagaimana kalau kita bermimpi didatangi dengan seorang lelaki yang alim, dan dia menyuruh kita berbuat perkara-perkara yang baik seperti jangan meninggalkan solat, selalu berzikir dan membaca al-Quran, dan sebagainya, adakah kita boleh mengamalkan apa yang disuruh?”. Ada tak soalan begini terlintas di pemikiran anda?
Continue reading “Bolehkah Mengamalkan Ilmu Yang Diperolehi Melalui Mimpi?”Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya (Bah. 2)
Anggaran Masa Bacaan: 3 minit
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca yang dihormati? Semoga anda diberikan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan sentiasa berada dalam naungan dan rahmat kasih sayang Allah, inshaa Allah.
Baiklah, bagi pembaca yang baru sampai ke blog ini, untuk makluman anda artikel ini adalah sambungan dari artikel yang sebelumnya, iaitu yang menjelaskan tentang masalah kemurungan.
Dalam artikel sebelum ini, saya lebih memfokuskan tentang definisi kemurungan dan apakah punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Jadi, jika anda pembaca baru, saya galakkan anda membaca terlebih dahulu artikel tersebut melalui link ini.
Continue reading “Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya (Bah. 2)”
Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya?
Anggaran Masa Bacaan: 3 minit
Apakah anda pernah mengalami kemurungan?
Saya sendiri pernah merawat beberapa pesakit yang datang ke pusat rawatan kerana mengalami kemurungan. Persoalannya, apakah kemurungan berpunca dari gangguan?
Punca Kemurungan
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan klinikal. Ianya boleh berpunca dari faktor luaran seperti berlakunya kehilangan yang besar, contohnya kematian suami ataupun kematian seseorang yang sangat disayangi.
Continue reading “Apakah Kemurungan Berpunca Dari Gangguan Makhluk Halus & Rawatannya?”
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Ruqyah Syar’iyyah?
Sebelum saya berkongsi dengan lebih mendalam tentang kaedah dalam rawatan Islam ini, saya rasa lebih baik jika anda mengenali terlebih dahulu dengan lebih lanjut tentang kaedah ruqyah syar’iyyah ini.
Apakah peranannya? Dari mana sumber ambilan kaedah rawatan ini? Dan paling penting bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah rawatan ini, terutamanya dalam membantu merawat penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti sihir, saka, pukau dan sebagainya.
Sebab dengan mengetahui perkara-perkara asas, anda akan lebih mudah untuk faham apabila dijelaskan tentang perkara-perkara yang lebih mendalam dalam rawatan ini.
Selain itu, anda juga tidak akan mudah tertipu apabila ada perawat-perawat lain yang mempraktikkan kaedah yang meragukan kemudian mengaku bahawa kaedah itu adalah ruqyah syar’iyyah.
Continue reading “Apa Yang Dimaksudkan Dengan Ruqyah Syar’iyyah?”