Masalah berat jodoh berat ni, sebenarnya banyak faktor. Tambah di zaman sekarang. Bukan golongan perempuan je yang payah nak dapat jodoh, lelaki pun ramai (alhamdulillah saya dah bertemu jodoh saya, hihihihi).
- sering bermimpi menaiki tangga.
- sering bermimpi terjathu dari tempat tinggi.
- selalu bermimpi sesuatu yang berkaitan dengan air. Contohnya mimpi banjir, mimpi air, atau mimpi kolam dan sebagainya.
- kerap bermimpi diri sendiri berada dalam keadaan bertelanjang.
- kemudian kerap bermimpi melihat orang yang kita kenal dalam keadaan bertelanjang juga.
- kerap bermimpi dikahwinkan dengan seseorang, tetapi tidak melihat dengan siapa yang akan dinikahkan.
- dia akan kerap bermimpi lelaki yang sama tetapi tidak dikenali lelaki tersebut.
- jika sihir yang lebih teruk, mangsa akan dapat melihat lelaki yang selalu datang dalam mimpi akan berada disampingnya bahkan tidur bersamanya.
- akan terasa juga lelaki yang tidak dikenali itu mencium samada dipipi atau dibibir.
- selalu ditindih dan dapat dirasakan ada seseorang yang memeluk dari belakang.
- kaki selalu rasa kesemutan, kulit dibahagian paha menjadi berkedut secara tiba-tiba.
- dibahagian bahu dan di bawah punggung selalu rasa kejang dan ngilu.
Ada tak?
Ok, kalau ada, buat pulak langkah yang kedua.
Langkah kedua ni tujuan dia nak pastikan betul tak tanda-tanda di atas yang ada pada anda betul-betul disebabkan oleh sihir.
Langkah kedua ni mudah je, iaitu anda kena dengar bacaan ayat-ayat ruqyah. Boleh guna dua cara.
- Dengar melalui youtube (pakai data internet)
- Download dan install aplikasi dalam henset (saya rekemenkan cara ni sebab boleh dengar terus dari aplikasi dan tak pakai data internet)
Tanda kalau betul sihir, bila anda dengar ayat-ayat ruqyah, anda akan alami tindakbalas di bawah:
- Denyutan jantung makin laju.
- Badan bergegar.
- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
- Mengantuk dan menguap banyak kali.
- Batuk.
- Rasa gelisah.
- Panas di leher.
- Loya dan muntah.
Macam mana? Ada tak tindakbalas macam kat atas?
Kalau ada tu, maksudnya betullah dalam tubuh badan anda ada jin-jin sihir yang bertapak di situ.