Perhatian: Adakah gangguan jin dan sihir yang anda alami masih belum hilang?
Akhirnya, anda telah menemui penyelesaian untuk gangguan jin dan sihir dengan kaedah ruqyah syar’iyyah yang terbukti berkesan!
Assalamualaikum sahabat yang dihormati,
Nama saya Abdullah bin Idris. Setakat penulisan ini, alhamdulillah saya telah berada dalam bidang perubatan ruqyah syar’iyyah selama hampir 14 tahun. Di sini saya ada perkara penting yang hendak saya sampaikan kepada anda. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberikan jalan kepada anda dan akhirnya anda di sini, sedang membaca tulisan yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Dan saya juga bersyukur kepada Allah kerana Dia jugalah yang memberikan peluang kepada saya untuk membantu anda dengan sedikit ilmu dan pengalaman.
Sahabat, sebelum saya pergi lebih jauh, saya nak tanya kepada anda, adakah anda sedang mengalami gejala-gejala di bawah?
Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang ada tanda-tanda di atas. Ramai pesakit yang saya rawat sebelum ini memang mempunyai tanda-tanda di atas. Sebenarnya dengan adanya tanda-tanda di ataslah, akan lebih memudahkan proses rawatan. Anda tahu kenapa?
Sebabnya tanda-tanda di atas isyarat pertama sekali yang menunjukkan kemungkinan wujudnya gangguan jin di dalam tubuh badan anda. Tanda-tanda di atas jugalah telah memberikan saya idea untuk mencipta satu teknik rawatan.
Bagaimana saya menemui teknik ini?
Sebenarnya bukan mudah untuk saya dapatkan teknik ini. Ianya adalah pengalaman saya selama 13 tahun di dalam bidang perubatan ruqyah syar’iyyah.
Jadi bagaimana teknik ini dapat membantu anda?
Apabila anda mendapatkan sesi rawatan dengan saya, inilah teknik yang akan saya gunakan ketika merawat anda.
Melalui teknik ini, anda akan melalui 5 tahap sesi rawatan iaitu;
Tahap pertama ini adalah tahap yang kritikal. Kalau silap langkah, maka langkah-langkah seterusnya juga akan silap. Pada tahap yang pertama ini, apa yang saya akan lakukan ialah mengesan dua perkara iaitu:
Penafian: Teknik yang saya gunakan ini dijamin tiada unsur syirik dan khurafat.
Mungkin anda tertanya-tanya, macam mana saya boleh tahu kedudukan jin yang berada di dalam tubuh badan anda.
Ingat lagi tak saya sebut pasal tanda-tanda gangguan jin di atas? Pernak tak anda fikir kenapa orang yang ada gangguan jin, akan wujud tanda-tanda tertentu? Khususnya yang saya senaraikan di atas.
Selain menandakan ada jin di dalam badan, tanda-tanda yang wujud itu juga menunjukkan di mana kedudukan jin tersebut. Walaupun saya tak jamin ianya 100% tepat, tetapi hasil daripada pemerhatian dan pengalaman saya, saya yakin 70% adalah tepat.
Sebab dari kesemua pesakit yang saya rawat (jumlahnya mungkin beribu sejak 2010), apabila saya aplikasikan teknik pada tahap 1 ini, kebanyakannya positif, bermaksud memang ada jin di tempat tersebut.
Setelah mengenalpasti apakah anda ada gangguan jin atau tidak, dan di mana jin itu duduk dalam tubuh badan anda, maka dalam tahap kedua ini, kita akan sama-sama mengenalpasti apakah jenis gangguan jin yang anda hadapi.
Sihir, saka, jin asyiq, ataupun yang sebenarnya anda tidaklah mengalami sebarang gangguan jin.
Bagaimana proses mendiagnosis ini dilakukan?
Iaitu melihat kepada tindakbalas yang akan anda tunjukkan ketika di dalam proses ruqyah. Dari pengalaman saya, setiap tindakbalas menunjukkan jenis-jenis gangguan yang berbeza, walaupun ada beberapa keadaan yang hampir sama.
Sebab itulah proses mendiagnosis ini memerlukan perawat mempunyai pengalaman yang banyak.
Kerana apabila berhadapan dengan dengan pesakit yang ramai, perawat akan berjumpa dengan macam-macam kes gangguan jin yang tentunya akan menunjukkan pelbagai tindakbalas.
Setelah kita mengetahui apakah jenis gangguan jin yang dialami, seterusnya pada tahap ketiga, saya akan menndiagnosis pula, seteruk mana gangguan jin yang anda hadapi.
Sama seperti rawatan di hospital, apabila doktor dapat mendiagnosis apakah penyakit anda, katakanlah buah pinggang, keterukan penyakit buah pinggang anda berada ditahap berapa.
Begitulah juga dengan penyakit gangguan jin. Katalah anda menghadapi gangguan jin yang berpunca daripada sihir, seteruk mana tahap sihir yang dihantar kepada anda.
Penting untuk dipastikan tahap gangguan ini. Kerana dari situ, dapatlah dianggarkan berapa lama tempoh rawatan yang perlu dilakukan untuk setiap sesi, berapa kali pulak sesi rawatan susulan yang diperlukan, apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk gangguan ditahap tersebut, dan sebagainya.
Faktor-faktor ini juga akan mempengaruhi proses kesembuhan dalam rawatan ruqyah.
Tahap 4 juga merupakan satu tahap yang sangat kritikal terutamanya bagi pesakit. Kerana ianya melibatkan komitmen. Pesakit perlu datang untuk mendapatkan rawatan susulan dan dari pengalaman saya, tahap inilah banyak sangat pesakit yang gagal.
Salah satu sebab paling utama kenapa pentingnya rawatan susulan ialah, perawat perlu tahu adakah sesi rawatan yang dilakukan sebelum ini berkesan. Jika tidak berkesan, maka perawat akan menggunakan kaedah lain yang dirasakan sesuai kepada pesakit.
Kebanyakan pesakit apabila tidak merasai kesan seperti yang diharapkan, mereka terus membuat rumusan bahawa perawat tidak bagus, cara tak betul, dan sebagainya.
Tetapi anda sedar tak, apabila anda banyak bertukar-tukar perawat, perbuatan itu hanyalah akan membazirkan masa dan wang anda. Dan lebih teruk, ia akan menyebabkan gangguan jin yang anda alami akan lebih teruk kalau perawat yang merawat anda juga ada menggunakan bantuan jin di dalam rawatan mereka.
Tahap kelima ini pun ramai pesakit yang gagal. Ulang di sini bermaksud anda perlu konsisten untuk mengulangi rawatan susulan. Kenapa rawatan susulan penting?
Sampai bila anda sepatutnya melakukan rawatan susulan? Nasihat dari saya, anda sepatutnya mendapatkan rawatan susulan sehinggalah tiada lagi tindakbalas yang berlaku apabila anda diruqyah.
Mungkin sebelum ini anda tak pernah tahu dan tak pernah didedahkan tentang tahap-tahap di atas kan.
Sekarang saya akan jelaskan dengan lebih terperinci bagaimana 5 tahap rawatan ruqyah di atas dapat membantu merawat gangguan jin dan sihir yang anda alami.
Tapi sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya.
Nama saya Abdullah bin Idris. Saya merupakan seorang perawat yang berpengalaman dalam bidang ruqyah syar’iyyah selama 13 tahun iaitu sejak dari tahun 2010. Saya berkongsikan ilmu dan pengalaman saya di blog perawatislam.com.
Dalam tempoh 13 tahun berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit yang mempunyai pelbagai jenis gangguan jin dan sihir, alhamdulillah dengan izin Allah pelbagai ilmu yang saya dapat di mana ianya takkan dapat kalau hanya belajar secara teori semata-mata.
Oleh sebab itu, dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, inshaaAllah saya yakin dapat membantu anda sepertimana saya telah bantu ramai pesakit-pesakit lain dengan izin Allah.
Lihat review yang diberikan oleh pesakit-pesakit saya di Google.
Berikut adalah 5 manfaat yang mungkin dialami oleh pesakit setelah melalui 5 peringkat rawatan ruqyah yang anda terangkan: