Selamat datang ke laman web PerawatIslam.com. Nama saya Abdullah bin Idris. Laman web ini adalah berkaitan dengan topik ilmu perubatan ruqyah syar’iyyah.
Melalui laman web ini, saya akan kongsikan dengan anda artikel-artikel tentang yang lebih mendalam tentang alam jin dan gangguannya, sihir, cara mengenalinya dan bagaimana kaedah rawatannya.
Dan pelbagai lagi topik-topik artikel yang berkaitan dengan ilmu perubatan ruqyah syar’iyyah.
Saya berharap dengan kunjungan anda ke laman web ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda tentang perubatan ruqyah syar’iyyah.
Alhamdulillah, setelah 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang perubatan ruqyah syar’iyyah, banyak pengalaman yang telah saya dapat apabila berdepan dengan pelbagai jenis ragam pesakit.
Bukan itu saja, banyak juga luahan yang saya terima dari pesakit.
Ada yang menyesal sebab habis berbelas ribu untuk rawatan buang saka kononnya. Ada yang rumahtangga disebabkan sihir yang dilakukan sendiri oleh perawat yang menyamar.
Dan pelbagai lagi luahan yang saya terima. Jadi, izinkan saya membantu anda dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang Allah berikan kepada saya.
Semua informasi yang disediakan di dalam laman web ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, termasuklah nasihat yang berkaitan dengan penyakit klinikal. Anda tidak boleh menganggapnya sebagai pengganti kepada nasihat doktor. Sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mencuba apa yang saya sarankan.
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku disebabkan informasi yang anda gunakan di dalam laman web ini.