Nak hentikan sihir pendarahan? Ikut 2 cara ni.

Anda mengalami sihir pendarahan? Apa perasaan anda kalau darah yang keluar tak henti-henti tu dapat berhenti dengan izin Allah?

Mesti seronok tak terkirakan.

Jadi dalam perkongsian kali ni saya nak kongsikan dua cara macam mana nak hentikan pendarahan yang berlaku disebabkan sihir.

CARA 1

Cara pertama ni ialah dengan menggunakan teknik tekanan pada ponit-point berkaitan sambil membacakan ayat-ayat ruqyah.

Ayat yang perlu anda bacakan ialah:

  1. Surah al-Fatihah 1 kali
  2. Surah Al-Baqarah ayat 102 samada 3, 5 atau 7 kali.
  3. Ayat kursi 3 kali
  4. 2 ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah 1 kali
  5. Ayat 81 dan 82 Surah Yunus

3 bahagian badan pesakit yang perlu anda lakukan tekanan ialah:

  • Dibahagian kepala.
  • Disepanjang tulang belakang pesakit.
  • Dibahagian pinggang dan juga sekitar rahim pesakit.
Bacalah berulang-ulangkali kelima-lima ayat di atas. Sambil membaca, anda tekankan pada 3 bahagian di badan pesakit.

Anda boleh tekan dengan menggunakan jari telunjuk, ibu jari ataupun perut tapak tangan. Tekanan juga tidak perlu dilakukan dengan kuat. 

 

Jika benarlah pesakit disihir, inshaaAllah dengan gabungan bacaan serta tekanan yang dilakukan akan menyebabkan pesakit muntah.

Jika pesakit muntah, alhamdulillah. Itu tanda sihirnya sudah keluar. Tapi jangan berhenti. Lakukan lagi cara di atas berulang-ulangkali sehinggalah pendarahan yang keluar tu berhenti.

Dan tempoh haid datang secara normal semula.

CARA 2

Cara kedua ni lebih mudah untuk dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sapukan wangian kasturi terapi ruqyah pada 32 rongga sebelum nak tidur malam.

32 rongga yang saya maksudkan ialah: 

  • 20 hujung jari tangan dan kaki (diantara kuku dan kulit)
  • disekeliling 2 lubang hidung.
  • disekeliling 2 lubang telinga.
  • pada 2 kening berdekatan dengan mata.
  • disekeliling mulut.
  • di 2 puting payudara.
  • di 2 lubang kemaluan.
  • 1 lubang pusat.
Cara melakukan sapuan ialah, mula-mula sapukan dulu wangian pada hujung jari telunjuk sebelah kanan, dan kemudian barulah disapu pada 32 rongga di atas.

 

Kuantiti minyak yang disapu juga tidak perlu terlalu banyak. 

“Antara cara 1 dan 2, yang mana lagi bagus?”. Ada orang tanya pada saya.

Yang saya galakkan ialah gabungkan kedua-dua cara di atas dan lakukanlah secara istiqamah.

Anda boleh buat cara yang pertama sebanyak 3 kali sehari. Kemudian sebelum tidur malam, anda sapukan pula wangian kasturi terapi ruqyah pada 32 rongga.

“Berkesan ke cara ni?”

Berkesan atau tidak, itu kuasa Allah. Semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Kita berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah.

Tetapi dari pengalaman pesakit saya yang amalkan cara 2 cara di atas, alhamdulillah berkesan. Tipulah kalau saya kata semua yang buat cara di atas, semuanya berkesan. 

Ada juga yang tak berkesan. 

Tapi selagi anda tak amalkan lagi dengan konsisten, mana anda nak tahu samada berkesan atau tidak pada diri anda. Betul tak?

Di bawah ni saya sertakan screenshot pesakit yang buat 2 cara di atas. Alhamdulillah berkesan.

 

Saya harap anda pun cubalah 2 cara yang saya kongsikan di atas. Yang penting amalkan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Tidak akan memberikan sebarang manfaat  apa yang saya kongsikan kalau anda langsung tak pernah amalkan. 

Saya doakan Allah berikan kesembuhan kepada anda.

Anda mengalami masalah gangguan jin dan sihir?

Dah pergi berubat banyak tempat tapi tidak ada sebarang perubahan?

Kenapa tak cuba cara yang lebih mudah, praktikal dan lebih menjimatkan kos? Klik di sini sekarang!

Kongsikan artikel ini:

Like this:

Like Loading...
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: