Anda sedang menjalani rawatan ruqyah?

Teruskan membaca atau anda akan menyesal seumur hidup kerana abaikan maklumat dalam website ini!!!

Dari: Abdullah bin Idris
Kepada: Pesakit gangguan jin dan sihir.
Perkara: Bagaimana cara yang betul dan berkesan untuk menghalang gangguan jin dan sihir berulang.

Cuba bayangkan selepas ini urusan rawatan anda menjadi lebih mudah.

Anda tak perlu lagi dah nak berjumpa perawat setiap minggu atau setiap bulan. Anda tak perlu nak round satu Malaysia untuk cari perawat yang dapat rawat masalah gangguan jin dan sihir yang dah lama anda alami.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah ikut sahaja langkah demi langkah teknik ruqyah mandiri yang saya akan ajarkan kepada anda.

Assalamualaikum,

Adakah sebelum ni anda dah habis banyak wang sebab nak rawat gangguan jin atau sihir yang menyeksakan hidup anda?

Dah merata-rata pusat rawatan anda pergi dapatkan rawatan. Tau je ada perawat yang bagus, mesti anda akan usahakan untuk dapatkan rawatan dari perawat tersebut.

Tapi apa yang anda harapkan masih juga belum tercapai. Kesembuhan yang diharap-harapkan masih juga belum kunjung tiba.

Anda pun mula tertanya-tanya.

Apa masalahnya? Di mana silapnya?

Jika anda sekarang berada dalam situasi macam saya ceritakan di atas, inshaaAllah, penemuan anda dengan website saya ini, bakal memberikan perubahan dalam hidup anda.

Adakah anda ingin:

Saya pasti anda ingin lakukan satu atau dua perkara di atas. Ataupun mungkin anda ingin lakukan kesemuanya.

Jika tidak, pasti anda TIDAK akan membaca sampai ke perenggan ini, betul tak?

Sekarang, dengar apa yang ingin saya sampaikan. Dengar dengan teliti.

Segala-galanya yang mahu saya sampaikan di dalam laman web ini adalah mustahak. Ya, sangat mustahak.

Kerana sebentar lagi, saya akan tunjukkan kepada anda satu cara, di mana dengan cara ini akan menjadikan proses rawatan anda menjadi lebih lancar dan berkesan.

Kalau sebelum ini, selepas rawatan, paling lama anda mampu bertahan dari gangguan, mungkin dalam seminggu. Paling lama dua minggu.

Selepas itu badan anda akan mula rasa tak selesa. Gejala-gejala gangguan jin atau sihir mula rasa balik.

Sebab apa?

Sebab rawatan yang anda lakukan hanyalah untuk mengeluarkan jin dari badan sahaja.

Tetapi bukan untuk menghalang jin daripada masuk semula  dan mengganggu anda.

Sebab itulah anda memerlukan satu kaedah yang bukan sahaja mampu mengeluarkan jin yang mengganggu anda, bahkan dapat ‘protect’ diri anda dari serangan jin , inshaaAllah.

Ya, saya di sini mahu membantu anda.

Untuk makluman jika anda belum tahu, saya sudah terlibat di dalam bidang perubatan ruqyah syariyyah sejak dari 2010 lagi.

9 tahun yang lepas.

Alhamdulillah, dalam tempoh yang boleh dikatakan panjang tu, Allah izinkan saya bantu ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin dan sihir.

Walaupun saya dapat membantu pesakit-pesakit gangguan jin, masih ada satu perkara yang belum dapat memuaskan hati saya.

Perkara tersebut ialah apabila pesakit yang saya rawat sebelum ini, akan telefon saya semula dan mengadu sakit balik. Gangguan jin atau sihir yang mereka alami datang menyerang kembali.

Tidak kiralah samada pesakit tu berubat dengan saya ataupun dengan perawat lain. Masalahnya tetap sama, iaitu gangguan jin yang kembali berulang. Walaupun mereka dah amalkan zikir-zikir yang saya bagi pada mereka.

Ada sesetengah pesakit yang menceritakan pada saya bahawa kadang-kadang mereka dah rasa putus asa nak teruskan rawatan.

Iyelah, wang dah banyak habis untuk tujuan berubat. Tapi gangguan jin pulih sekejap sahaja. Selang dua atau tiga minggu, datang balik. Mesti anda pun alami masalah yang sama kan.

Disebabkan banyak pesakit mengadu masalah yang sama kepada saya, maka menjadi tanggungjawab saya untuk cuba bantu mereka.

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah saya dipertemukan dengan satu program yang inshaaAllah saya yakin dapat membantu anda yang mempunyai masalah gangguan jin berulang.

Dalam usaha saya mencari teknik yang berkesan untuk membantu pesakit-pesakit saya, saya telah terjumpa dengan satu program.

Saya mula membaca dengan penuh minat. Dari situ barulah saya mula faham bagaimana teknik sebenar untuk merawat pesakit yang mengalami gangguan jin ni. Tak cukup kalau setakat amalkan zikir-zikir sahaja.

Dan saya juga telah faham mengapa tanpa mengaplikasikan program ni, gangguan jin akan berulang kembali. 

Saya sangat teruja!

Untuk melihat sendiri keberkesanan kaedah ini, saya telah mengajarkan program ini kepada beberapa orang pesakit saya. Dan hasilnya cukup memberangsangkan.

Mereka tidak perlu lagi datang berjumpa dengan saya dengan kerap untuk mendapatkan rawatan.

Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah ikut sahaja langkah-langkah yang telah saya ajarkan dalam program tersebut.

Jadi, kini tiba masanya untuk saya dedahkan pula kepada anda strategi hebat dan berkesan ini.

Memperkenalkan; Panduan Terapi Ruqyah Mandiri

(PENTING: Produk ini adalah dalam format pdf (ebook). Ianya bukan buku fizikal. Anda akan diberikan pautan untuk anda memuat turun produk melalui emel. Oleh itu, pastikan anda mengisi alamat emel yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang)


Apakah Terapi Ruqyah Mandiri?

Pernahkah anda mendengar tentang ruqyah mandiri? Mungkin pernah dan mungkin juga tidak.  Jika tidak pernah, biar saya terangkan kepada anda.

Terapi ruqyah mandiri ialah suatu kaedah di mana pesakit-pesakit gangguan jin ataupun sihir melakukan rawatan ke atas diri mereka sendiri dengan kaedah-kaedah yang tertentu.

Sebenarnya terapi ruqyah mandiri ini bukanlah satu cara baru. Ianya adalah satu kaedah yang sudahpun diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara contoh ruqyah mandiri yang diajarkan oleh Nabi ialah seperti dalam hadis di bawah:

Daripada Aishah r.ha,

“Adalah Nabi s.a.w jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala, muka dan bahagian depan Baginda dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali” (Hadis riwayat Al-Bukhari 5017)

Melalui hadis di atas Nabi menunjukkan contoh bagaimana amalan melindungi diri dengan Al-Muawwizatain. Iaitu Surah Al-Falaq dan An-Nas.

Setakat pemerhatian dan kajian saya, belum ada lagi di Malaysia panduan ruqyah mandiri yang lengkap yang dihasilkan khususnya untuk pesakit-pesakit gangguan jin. Panduan yang saya hasilkan ini adalah yang pertama di Malaysia.

Di dalam ebook Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini, saya telah sediakan satu program khas secara langkah demi langkah untuk anda ikuti dengan mudah.

Program ini perlu anda ikuti secara konsisten selama 4 bulan. InshaaAllah ianya akan memberikan kesan kepada gangguan jin dan sihir yang mengganggu anda selama ini.

Mungkin anda tertanya-tanya apa perbezaan kaedah ruqyah mandiri dengan kaedah yang lain?

Dari segi tujuannya tidak ada beza. Semua kaedah rawatan yang pernah anda lakukan sebelum ini tujuannya adalah untuk mengeluarkan gangguan jin yang ada di dalam badan. Sama juga dengan terapi ruqyah mandiri ini.

Tetapi dari segi pendekatannya yang tak sama. Tak sama macam mana? Mari saya jelaskan.

Kalau anda guna kaedah lain (biasanya kaedah berubat secara berdepan dengan perawat ataupun menggunakan produk-produk perubatan Islam), pendekatannya ialah dengan cara mengeluarkan jin dari dalam badan.

Hanya itu sahaja.

Kalau nak dibuat analogi, kaedahnya sama macam anda makan ubat-ubatan hospital. Ubat hospital hanyalah menghilangkan penyakit sahaja. Tetapi ubat hospital tidak menguatkan sistem imun (sistem pertahanan tubuh badan untuk melawan penyakit) tubuh badan anda.

Untuk menguatkan sistem imun tubuh badan anda ialah dengan mengambil supplement (pemakanan kesihatan). Bila sistem imun anda kuat, sistem tersebut dengan sendirinya akan melawan segala serangan penyakit samada yang disebabkan oleh virus, bakteria dan sebagainya.

Jadi terapi ruqyah mandiri ini sama seperti pemakanan kesihatan yang anda ambil. Terapi ini akan menguatkan tubuh badan anda (kita biasa sebut pendinding diri) apabila ada serangan-serangan dari jin-jin yang jahat.

Sebab itulah, apabila anda mendapatkan rawatan dengan perawat, mesti selepas itu perawat akan berikan zikir-zikir tertentu untuk anda amalkan.

Apa tujuannya?

Tujuannya ialah supaya dengan pengamalan zikir-zikir tersebut secara konsisten akan dapat menguatkan diri anda dengan pendinding.

Tetapi dengan panduan ruqyah mandiri ini, anda akan belajar lebih dari sekadar mengamalkan zikir-zikir. Apa yang akan anda pelajari di dalam panduan ini dan selepas anda mengamalkannya akan menjadikan zikir-zikir yang anda amalkan sebelum ini akan lebih berkesan inshaaAllah.

Kesilapan Pesakit Gangguan Jin
Dan Sihir

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya nak jelaskan kepada anda beberapa kesalahan dan salah faham yang berlaku dikalangan pesakit-pesakit gangguan jin dan sihir.

Kesilapan-kesilapan inilah yang menyebabkan gangguan yang mereka alami tidak sembuh-sembuh ataupun baik sekejap, kemudian akan berulang kembali.

Ini kesilapan pertama yang paling banyak dilakukan. Mereka menganggap bahawa rawatan untuk gangguan jin dan sihir ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja akan terus baik.

Pesakit yang beranggapan beginilah yang biasanya akan round satu Malaysia untuk cari perawat terbaik yang mana hanya sekali rawat, dia akan terus sembuh.

Jika tak sembuh lepas sekali rawat, pesakit ini akan menganggap perawat tadi bukanlah perawat yang bagus.

Pesakit jenis begini pula, dalam mindset mereka ialah tugas mengeluarkan jin dari badan adalah tugas perawat semata-mata.

Mereka tidak perlu lakukan apa-apa. Apa yang perlu mereka lakukan ialah datang berjumpa perawat untuk dapatkan rawatan sahaja.

Kebanyakan pesakit jenis begini, mereka konsisten untuk teruskan rawatan dengan perawat, tetapi mereka tidak ada inisiatif sendiri.

Jenis pesakit begini, perawat bagilah apa sahaja amalan zikir, mereka tidak akan amalkan sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, diantara syarat apabila anda menggunakan kaedah ruqyah syar’iyyah untuk merawat gangguan jin dan sihir ialah, anda mestilah meyakini bahawa yang menyembuhkan adalah Allah, sedangkan ayat-ayat yang dibaca hanya wasilah (alat) sahaja.

Apabila syarat ini tidak difahami dengan betul, itulah yang menyebabkan ada sesetengah pesakit meremehkan ayat-ayat atau surah yang pendek dan ringkas.

Sebagai contoh, ada sesetengah pesakit apabila dinasihatkan supaya mengamalkan surah Al-Falaq dan An-Nas, mereka akan menganggap kedua surah tersebut tak cukup power untuk mengeluarkan jin dari badan mereka.

Mereka menganggap gangguan jin dalam badan mereka adalah gangguan jin tahap yang kuat, jadi perlukan ayat yang lebih panjang. Mereka anggap, lebih panjang ayat itu, ianya akan lebih power.

Dengar macam lawakkan, tetapi memang itulah hakikatnya.

Pesakit jenis begini adalah pesakit yang jenis rajin berzikir. Setiap kali berjumpa dengan perawat yang berbeza, mereka akan tanya soalan yang sama iaitu,

“Ustaz ada tak apa-apa zikir untuk saya amalkan?”

Salahkah kalau rajin berzikir ini?

Jawapannya tidak salah. Bagus apabila anda banyak berzikir. Tetapi anda kena faham bahawa untuk merawat gangguan jin dan sihir, bukan zikir semata.

Rawatan ruqyah adalah gabungan daripada:

  1. Memperkemaskan akidah.
  2. Penjagaan ibadah fardhu terutamanya solat.
  3. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
  4. Memperbanyakkan zikir dan doa yang ma’thur.
  5. Mengamalkan pemakanan sunnah secara konsisten.

Apakah Yang Akan Saya Belajar Dari Panduan Ini?

Perkara-perkara yang akan anda belajar dari Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini ialah:

Biasa kalau lepas anda buat rawatan, perawat hanya akan berikan senarai zikir-zikir ataupun ayat-ayat Al-Quran untuk anda amalkan. Biasanya itu sahaja. Macam mana saya tahu?

Sebab saya pun buat begitu. Jadi saya tak salahkan perawat.

Bukan mudah nak terangkan bagaimana nak lakukan terapi ruqyah mandiri. Bukan hanya dapat disampaikan secara lisan sahaja. 

Bukan itu sahaja, bahkan anda sendiri sebagai pesakit pun tak dapat nak ingat satu per satu kalau hanya disampaikan secara lisan sahaja. Betul tak?

Anda tentu perlukan satu panduan bertulis supaya mudah untuk anda ikut satu demi satu secara tersusun. Maka panduan ini untuk anda.

Kalau di atas anda akan belajar tentang apakah amalan-amalan yang terlibat dalam terapi ruqyah mandiri, perkara seterusnya yang anda perlu tahu ialah bagaimana nak lakukan amalan-amalan tersebut?

Bila nak lakukannya?

Yang mana nak dilakukan dulu dan yang mana yang perlu dikemudiankan?

Ini semua persoalan-persoalan yang akan saya jawab dalam panduan ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah ikuti sahaja langkah demi langkah yag telah saya tunjukkan di dalam panduan ini.

Mudahkan?

Saya faham, apabila jin mengganggu dalam badan, nak buat terapi ruqyah mandiri ini bukan mudah. Macam-macam cabaran. Macam-macam halangan.

Tapi, nak taknak anda perlu berdepan juga dengan halangan dan cabaran tersebut.

Sebab anda hanya ada dua pilihan sahaja iaitu:

  • anda berdepan dengan halangan tersebut dan inshaaAllah lambat laun gangguan jin akan berkurangan.
  • anda mengalah dengan halangan tersebut dan gangguan jin akan kekal dalam badan anda dan ianya akan semakin kronik.

Pilihan ditangan anda.

Jadi, modul ini saya susun untuk memudahkan anda. Ianya disusun dengan sistematik dari tahap yang mudah (bulan pertama) hingga pada tahap yang susah (bulan keempat).

Apabila anda berjaya sampai pada tahap keempat, inshaaAllah ketika itu tahap gangguan anda akan semakin berkurangan.

Lepas dah buat sampai tahap keempat, masuk bulan seterusnya apa pula yang saya nak buat?

Soalan yang baik.

Tahap keempat adalah tahap tertinggi yang akan anda capai dalam program ini. Jadi teruskan sahaja tahap keempat ini dalam bulan-bulan seterusnya.

Biasanya kalau anda tanya pada perawat, apakah amalan yang perlu diamalkan?

Perawat akan bagitahu secara umum sahaja. Saya tahu anda akan blur dengan jawapan tersebut. Sebab perawat tak bagitahu yang mana nak buat dulu, yang mana nak buat kemudian.

Saya tak salahkan perawat, sebab nak bagitahu sepintas lalu macam itu sahaja bukan mudah. 

Jadi dengan adanya panduan ruqyah mandiri ini, anda tidak akan blur lagi. Sebab anda dah nampak dengan jelas apa yang perlu anda lakukan dahulu dan apa yang anda perlu lakukan kemudian.

Apakah Manfaat Yang Saya Akan Dapat Bila Mengikuti Program Terapi Ruqyah Mandiri?

Apabila anda mengamalkan dengan bersungguh-sungguh apa yang saya ajarkan di dalam panduan ini, anda akan mendapat manfaat di bawah:

Siapakah Yang Sesuai Memiliki Panduan Terapi Ruqyah Mandiri Ini?

Memang saya sediakan panduan ini khas untuk mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa, semua pesakit gangguan jin mesti dapatkan panduan ini.

Tetapi saya juga sedar bahawa tidak semua pesakit sesuai untuk mengikuti program-program yang telah saya susun.

Ini kerana, pesakit-pesakit gangguan jin dan sihir ini juga ada macam-macam ragam. Jadi, jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, maka anda sesuai untuk mendapatkan Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini dan mengamalkan semua program di dalamnya.

Nak elakkan dari gangguan jin dari berulang, atau nak elakkan serangan sihir, anda perlu membina kekuatan dalaman.

Berita sedihnya, kekuatan dalaman tersebut tak dapat jika anda hanya pergi mendapatkan rawatan dengan perawat semata-mata.

Jadi, jika anda serius nak bina kekuatan dalaman, maka terapi ruqyah mandiri ini sesuai untuk anda.

Tak dinafikan apabila anda mendapatkan rawatan dengan perawat, mesti ada kos yang perlu dikeluarkan.

Jadi, jika rawatan dilakukan dengan kerap, sampai satu masa anda akan tidak mampu lagi untuk menampung kos rawatan.

Jadi, kaedah terapi ruqyah mandiri adalah jalan penyelesaian untuk masalah anda. Dan panduan yang saya sediakan ini, akan menunjukkan cara-cara melakukan terapi ruqyah mandiri dengan betul kepada anda.

Semua orang nak sembuh dari masalah gangguan jin, apatahlagi sihir. Tetapi tak semua orang yang mempunyai semangat yang kuat.

Ini kerana program ini bukanlah satu kaedah yang sekali buat terus sembuh. Ianya adalah program yang mesti dilakukan secara istiqamah dan berterusan.

Jika anda tak sanggup untuk ikuti program dalam panduan ini, maaf ianya bukan untuk anda.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, program yang saya susun dalam panduan ini adalah amalan-amalan yang mempunyai fadhilat yang besar di dalam Islam.

Dan ia juga adalah amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, untuk melaksanakannya anda memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Terapi ruqyah mandiri bukan sekadar hanya mengamalkan zikir, membaca Al-Quran, menunaikan ibadah wajib dan sunat sahaja.

Tetapi ia juga memerlukan anda melakukan perubahan. Perubahan yang bagaimana?

Perubahan dari yang tidak baik kepada yang baik. Daripada yang baik kepada yang lebih baik.

Sebagai contoh, katakanlah dulu anda tidak solat, jadi anda kena sanggup untuk kembali menunaikan solat.

Kalau sebelum ini anda sudah menunaikan solat, tapi bukan diawal waktu, jadi anda kena ubah untuk solat diawal waktu.

Walaupun ianya adalah perubahan yang baik, tapi tidak semua orang sanggup atau mampu melakukan perubahan tersebut.

Program ini saya susun secara bertahap. Bermula dari bulan pertama (tahap mudah) hingga bulan keempat (tahap susah).

Susah bagaimana yang saya maksudkan?

Susah di sini bermaksud setiap bulan ada amalan-amalan baru yang akan ditambah. Saya buat secara berperingkat supaya anda dapat ikuti program ini tanpa rasa terbeban.

Siapa Yang Tidak Sesuai Untuk Mendapatkan Panduan Ini?

Walaupun saya sangat yakin bahawa panduan ini akan dapat membantu anda, tetapi saya tidak nafikan juga yang panduan ini bukanlah sesuai untuk dimiliki oleh semua orang.

Tetapi bukanlah kerana kaedah yang saya kongsikan dalam panduan ini tidak bagus, tetapi adalah disebabkan sikap orang tersebut.

Oleh kerana itu, jika anda mempunyai sikap di bawah, maaf, terus terang saya katakan bahawa panduan ini sangat tidak sesuai untuk anda amalkan.

Jika anda sudah pun mengamalkan kaedah yang mampu melawan gangguan jin atau sihir, maka panduan ini tidak sesuai untuk anda.

Teruslah beramal dengan kaedah yang sedang anda lakukan sekarang. Cuma pastikan ianya kaedah yang mengikut syarak.

Program ini mengambil masa untuk menampakkan kesan. Dan ianya perlulah dilakukan secara konsisten (berterusan).

Oleh itu, jika anda rasa diri anda tak mampu untuk konsisten, maka panduan ini juga tidak sesuai untuk anda.

Hakikatnya bagi orang yang tidak ada gangguan jin pun perlukan kesabaran untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.

Apatahlagi jika anda yang sedang mengalami gangguan jin dan sihir. Kesabaran yang tinggi lebih diperlukan.

 

Semua orang nak sembuh, tapi berapa ramai pula yang betul-betul sanggup untuk menempuh segala halangan untuk mencapai kesembuhan tersebut.

Sama keadaannya seperti orang yang nak kurus. Keinginan untuk kurus itu ada, tetapi semangat yang kuat dan padu itu tidak ada.

Jadi, apabila datang sedikit halangan dan cabaran, keinginan tersebut akan kalah. Sebab itulah semangat yang jitu, kuat dan padu sangat diperlukan untuk menjalankan program terapi ruqyah mandiri ini.

Pemikiran yang positif juga sangat penting jika anda mahu melakukan cara-cara yang saya ajarkan di dalam panduan ini.

Tetapi kalau anda awal-awal lagi sudah ada pemikiran di bawah, maka anda dengan mudahnya akan tewas dengan pemikiran negatif tersebut.

Akhirnya anda hanya akan membazirkan wang apabila membeli panduan ini.

Antara contoh pemikiran negatif yang saya maksudkan ialah:

“Betulkah panduan ni boleh membantu?”

“Ish, aku mana ada masa nak buat semua amalan-amalan ni”

“Aku dah berubat merata-rata dah, macam-macam cara dah, tak ok juga. Entah-entah panduan ni pun sama juga”

Kalau anda awal-awal lagi sudah ada pemikiran di atas, saya tegaskan sekali lagi, JANGAN BAZIRKAN wang anda untuk dapatkan panduan ini.

Sebab apa?

Sebab jika awal-awal lagi anda sudah mempunyai pemikiran negatif, nanti bila nak praktikkan segala cara yang saya ajar, lagi banyak pemikiran negatif yang akan dibisikkan oleh syaitan.

Apa Kata Mereka Yang Sudah Membaca Panduan Ini?

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Testimoni 9

Berapakah Jumlah Yang Perlu Saya Keluarkan Untuk Dapatkan Panduan Ini?

Anda kena faham sekali lagi bahawa panduan yang saya sediakan ini adalah satu bentuk program terapi ruqyah mandiri yang telah saya susun secara teratur.

Bila saya sebut program, anda kena sedar bahawa ianya adalah satu program praktikal yang perlu anda lakukan secara amali. Ianya bukan panduan yang hanya untuk dibaca sahaja.

Anda perlu baca dan buat.  Dan program ini akan berjalan selama 4 bulan. Ya 4 bulan.

Kalau anda ikuti program diluar selama 4 bulan, berapa agaknya kos yang perlu anda keluarkan? Anda boleh jawab sendirikan.

Tapi saya bersusah-payah sediakan program ini adalah semata-mata untuk membantu anda. Saya rasa bersalah jika tidak cuba membantu pesakit yang selalu mengadu kepada saya. 

Mereka selalu mengadu yang gangguan jin atau sihir yang mereka alami akan berulang. Hanya baik sekejap sahaja.

Jadi dengan program yang saya hasilkan dalam panduan ini, anda boleh lakukan sendiri terapi ruqyah mandiri tanpa perlu melibatkan kos yang tinggi.

Jadi setelah mengambil kira tenaga, masa, otak yang saya ‘perah’ untuk siapkan program ini, nilai yang saya letakkan untuk Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini ialah…

RM150 SAHAJA!!!

Tapi, memandangkan sekarang ini kita semua masih lagi berdepan dengan pandemik covid-19, dan mungkin anda masih lagi berada dalam masalah kewangan, saya faham RM150 itu adalah nilai yang tinggi. 

Atas kesedaran itu, saya juga ingin menjadi salah seorang yang dapat membantu meringankan beban anda, apatahlagi anda pula sedang berdepan  dengan masalah gangguan jin dan juga sihir.

Oleh itu, untuk memastikan anda mampu untuk memiliki dan mengamalkan kaedah ruqyah mandiri dengan betul, sekaligus merawat gangguan jin dan sihir yang sedang anda alami, saya akan memberikan kepada anda diskaun potongan harga sebanyak 40%.

Dengan diskaun sebanyak 40%, pelaburan yang perlu anda keluarkan untuk belajar ilmu yang bernilai ini hanyalah…

Ya, hanya RM90 sahaja.

Tapi nanti dulu. Saya ada hadiah lagi nak bagi pada anda.

Untuk memastikan pelaburan ilmu yang anda keluarkan benar-benar berbaloi, saya akan hadiahkan 6 Bonus Istimewa kepada anda secara PERCUMA.

Ini Dia Bonus-Bonus Istimewa Tersebut

 

BONUS 1: Panduan Amalan Pemakanan Sunnah Untuk Rawatan Gangguan Jin & Sihir (Bernilai RM35)

Di dalam panduan ini, anda akan mempelajari bagaimana cara yang betul menggunakan pemakanan sunnah sebagai rawatan alternatif untuk merawat gangguan jin dan sihir.

Panduan ini boleh digabungkan penggunaannya bersama-sama dengan program ruqyah mandiri (modul utama).

 

BONUS 2: Checklist 4 Bulan Program Ruqyah Mandiri (Bernilai RM25)

Ini adalah bahagian yang penting. Dengan checklist yang saya sediakan, anda boleh lakukan check and balance semua aktiviti yang sudah anda lakukan dan yang akan anda lakukan.

Dengan checklist ini juga anda boleh memantau perkembangan rawatan ruqyah mandiri yang anda lakukan.

 

BONUS 3: Panduan Teknik Untuk Mencari Barang Sihir (Bernilai RM35)

Melalui panduan ini, anda akan belajar pula bagaimana cara untuk mencari barang sihir.

Sepertimana yang kita tahu, cara terbaik untuk merawat sihir ialah dengan mencari barang sihir dan memusnahkannya.

 

BONUS 4: Langkah Demi Langkah Cara Hasilkan Air Ruqyah Anda Sendiri (Bernilai RM25)

Tahukah anda bahawa air yang diruqyah sendiri oleh peminumnya adalah lebih baik dari orang lain?

Di dalam panduan ini saya akan ajar kepada anda langkah demi langkah untuk hasilkan air ruqyah anda sendiri.

 

BONUS 5: Support Group Telegram (Bernilai RM100)

Anda akan dimasukkan ke dalam group support telegram. Dalam group ini, anda boleh tanya sebarang soalan berkaitan dengan Panduan Terapi Ruqyah Mandiri.

Jadi anda tidak perlu risau jika ada sebarang pertanyaan. Oh ya, group ini saya sendiri yang kendalikan ye, bukan admin lain.

 

BONUS 6: Support Group Melalui Fb Live (Bernilai RM100)

Selain daripada group support melalui telegram, saya juga menyediakan group support melalui facebook.

Melalui facebook group ini juga, saya akan buat facebook live secara berkala dengan anda.

Jadi, melalui facebook live, kita sama-sama akan berbincang tentang segala persoalan yang ingin anda ajukan.

Jaminan Khas Untuk Anda

Sekiranya dalam tempoh 30 hari selepas anda mengamalkan apa yang saya ajarkan dalam panduan ini, tapi masih tidak ada sebarang perubahan walaupun sedikit, dan anda rasa tidak berbaloi memiliki panduan ini, maklumkan kepada saya dan saya akan pulangkan 100% wang anda.

Saya Nak Dapatkan Panduan Ini? Bagaimana Caranya?

Dapatkan Panduan Terapi Ruqyah Mandiri Sekarang!

(PENTING: Produk ini adalah dalam format pdf (ebook). Ianya bukan buku fizikal. Anda akan diberikan pautan untuk anda memuat turun produk melalui emel. Oleh itu, pastikan anda mengisi alamat emel yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang)

Soal Jawab Popular

Ruqyah mandiri adalah suatu kaedah terapi di mana pesakit gangguan jin atau sihir akan gunakan untuk merawat diri mereka sendiri.

Jadi, Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini adalah panduan yang akan mengajarkan langkah demi langkah untuk melakukan terapi ruqyah mandiri dengan betul.

Anda perlu lakukan langkah demi langkah yang saya ajar dalam modul utama. Ianya mengandungi program terapi ruqyah mandiri selama 4 bulan.

Apabila anda telah berjaya habis sehingga bulan keempat, bermakna anda telah berjaya mencapai tahap paling tinggi dalam program tersebut.

Untuk bulan kelima dan seterusnya, anda terus lakukan amalan yang sama seperti anda lakukan dalam bulan keempat.

Anda kena faham, program terapi ruqyah mandiri ini hakikatnya adalah program untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dari situlah anda akan mendapat kekuatan spiritual untuk melawan gangguan jin dan sihir. 

Maka, program ini seharusnya menjadi rutin anda sehingga akhir hayat.

Tidak perlu. Melainkan jika anda praktikkan apa yang saya ajar dalam panduan amalan pemakanan sunnah.

Anda perlu keluarkan sedikit wang untuk membeli madu, minyak zaitun dan habbatus sauda. Tetapi, anggaplah wang yang anda keluarkan itu sebagai satu jihad. 

Saya sangat menggalakkan supaya anda mempraktikkan amalan pemakanan sunnah yng diajarkan dan gabungkan bersama modul utama.

Saya ada sediakan group support di telegram. Anda boleh bertanya apa sahaja melalui group tersebut.

Boleh, takde masalah. Bahkan lebih digalakkan. Rawatan dengan perawat membantu untuk mengeluarkan jin. Terapi ruqyah mandiri menguatkan pendinding diri dan menghalang jin dari masuk semula.

Penafian: Segala cara yang dikongsikan di dalam panduan ini adalah berdasarkan pembacaan, pembelajaran dan pengalaman penulis sendiri merawat pesakit-pesakit gangguan jin dan sihir. Di mana cara-cara yang ditunjukkan di dalam panduan ini telah disyorkan kepada mereka.

Walaubagaimanapun, kesan perubahan yang dialami oleh setiap individu yang mengamalkan apa yang dikongsikan dalam panduan ini kemungkinan akan berbeza diantara satu sama lain, bergantung pada tahap gangguan yang sedang dihadapi dan juga kesungguhan individu tersebut mengamalkannya.

Copyright © 2020 l PerawatIslam.com l Dikuasakan oleh Netkl.com

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!