Pernahkah anda mendengar tentang ruqyah mandiri? Mungkin pernah dan mungkin juga tidak. Jika tidak pernah, biar saya terangkan kepada anda.
Terapi ruqyah mandiri ialah suatu kaedah di mana pesakit-pesakit gangguan jin ataupun sihir melakukan rawatan ke atas diri mereka sendiri dengan kaedah-kaedah yang tertentu.
Sebenarnya terapi ruqyah mandiri ini bukanlah satu cara baru. Ianya adalah satu kaedah yang sudahpun diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara contoh ruqyah mandiri yang diajarkan oleh Nabi ialah seperti dalam hadis di bawah:
Daripada Aishah r.ha,
“Adalah Nabi s.a.w jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala, muka dan bahagian depan Baginda dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali” (Hadis riwayat Al-Bukhari 5017)
Melalui hadis di atas Nabi menunjukkan contoh bagaimana amalan melindungi diri dengan Al-Muawwizatain. Iaitu Surah Al-Falaq dan An-Nas.
Setakat pemerhatian dan kajian saya, belum ada lagi di Malaysia panduan ruqyah mandiri yang lengkap yang dihasilkan khususnya untuk pesakit-pesakit gangguan jin. Panduan yang saya hasilkan ini adalah yang pertama di Malaysia.
Di dalam ebook Panduan Terapi Ruqyah Mandiri ini, saya telah sediakan satu program khas secara langkah demi langkah untuk anda ikuti dengan mudah.
Program ini perlu anda ikuti secara konsisten selama 4 bulan. InshaaAllah ianya akan memberikan kesan kepada gangguan jin dan sihir yang mengganggu anda selama ini.
Mungkin anda tertanya-tanya apa perbezaan kaedah ruqyah mandiri dengan kaedah yang lain?
Dari segi tujuannya tidak ada beza. Semua kaedah rawatan yang pernah anda lakukan sebelum ini tujuannya adalah untuk mengeluarkan gangguan jin yang ada di dalam badan. Sama juga dengan terapi ruqyah mandiri ini.
Tetapi dari segi pendekatannya yang tak sama. Tak sama macam mana? Mari saya jelaskan.
Kalau anda guna kaedah lain (biasanya kaedah berubat secara berdepan dengan perawat ataupun menggunakan produk-produk perubatan Islam), pendekatannya ialah dengan cara mengeluarkan jin dari dalam badan.
Hanya itu sahaja.
Kalau nak dibuat analogi, kaedahnya sama macam anda makan ubat-ubatan hospital. Ubat hospital hanyalah menghilangkan penyakit sahaja. Tetapi ubat hospital tidak menguatkan sistem imun (sistem pertahanan tubuh badan untuk melawan penyakit) tubuh badan anda.
Untuk menguatkan sistem imun tubuh badan anda ialah dengan mengambil supplement (pemakanan kesihatan). Bila sistem imun anda kuat, sistem tersebut dengan sendirinya akan melawan segala serangan penyakit samada yang disebabkan oleh virus, bakteria dan sebagainya.
Jadi terapi ruqyah mandiri ini sama seperti pemakanan kesihatan yang anda ambil. Terapi ini akan menguatkan tubuh badan anda (kita biasa sebut pendinding diri) apabila ada serangan-serangan dari jin-jin yang jahat.
Sebab itulah, apabila anda mendapatkan rawatan dengan perawat, mesti selepas itu perawat akan berikan zikir-zikir tertentu untuk anda amalkan.
Apa tujuannya?
Tujuannya ialah supaya dengan pengamalan zikir-zikir tersebut secara konsisten akan dapat menguatkan diri anda dengan pendinding.
Tetapi dengan panduan ruqyah mandiri ini, anda akan belajar lebih dari sekadar mengamalkan zikir-zikir. Apa yang akan anda pelajari di dalam panduan ini dan selepas anda mengamalkannya akan menjadikan zikir-zikir yang anda amalkan sebelum ini akan lebih berkesan inshaaAllah.