Assalamualaikum,
Saya ringkaskan cerita dan terus kepada tujuan saya menulis di website ini.
Senang. Jimat masa anda dan masa saya.
Atas saranan yang pernah dikemukakan kepada saya, saya bercadang untuk mulakan khidmat rawatan ruqyah syariyyah ke luar Perak.
Ini adalah sesi pertama yang akan saya mulakan dan saya nak lihat samada ada sambutan atau tidak.
Jika ada sambutan, inshaaAllah khidmat rawatan ini akan saya kembangkan lagi.
Apa yang akan anda dapat dalam sesi rawatan dengan saya nanti?
Pertama: Memandangkan ini kali pertama anda mendapatkan rawatan dengan saya, saya akan mulakan dengan diagnosis terlebih dahulu.
Maksudnya saya akan cuba scan samada di dalam badan anda memang benar ada gangguan jin atau tidak.
Kedua: Sekiranya ada, saya akan mulakan proses merawat dan mengeluarkan jin yang ada dalam badan anda dengan kaedah ruqyah syariyyah.
Ketiga: Saya akan cuba mengenalpasti tempat-tempat jin duduk di dalam badan anda.
Keempat: Selepas selesai sesi rawatan, saya akan berikan konsultan tentang tahap gangguan yang anda alami, apakah jenis gangguan yang anda alami, dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada saya.