Dikemaskini pada 08/07/2020 oleh Ustaz Abdullah
Adakah anda tertanya-tanya mengapa rawatan ruqyah yang telah anda lakukan sebelum ini, tidak menunjukkan sebarang perubahan?
Jadi sebelum saya nak kongsikan dengan anda, faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab rawatan ruqyah tidak memberikan kesan, mari saya kongsikan dengan anda satu kisah.
Kisah ini bukanlah sebuah kisah rekaan, bahkan ianya ada di dalam kitab hadis Bukhari dan Muslim.
Dan mungkin anda sendiri sudah pernah mendengar kisah ini. Ianya adalah kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang telah meruqyah seseorang yang telah disengat kala jengking atau dipatuk ular berbisa dengan hanya menggunakan Surah Al-Fatihah.
Hadis Ruqyah Dengan Al-Fatihah
Hadis yang menceritakan tentang sahabat yang meruqyah dengan hanya membacakan Surah Al-Fatihah adalah seperti di bawah:
Dari Abu Sa’id Al Khudri, bahwa ada sekelompok sahabat Rasulullah s.a.w dahulu berada dalam safar (perjalanan jauh), lalu melewati suatu kampung Arab.
Kala itu, mereka meminta untuk dijamu, namun penduduk kampung tersebut enggan untuk menjamu.
Penduduk kampung tersebut lantas berkata pada para sahabat, “Apakah di antara kamu ada yang boleh meruqyah (melakukan pengubatan dengan membaca ayat-ayat Al Qur’an) kerana pembesar kampung tersebut tersengat binatang atau terserang demam.”
Di antara para sahabat kemudian berkata, “Iya ada.”
Lalu ia pun mendatangi pembesar tersebut dan ia meruqyahnya dengan membaca surat Al Fatihah.
Akhirnya, pembesar tersebut sembuh. Lalu yang membacakan ruqyah tadi diberikan seekor kambing, namun ia enggan menerimanya -dan disebutkan-, ia mau menerima sampai kisah tadi diceritakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Lalu ia mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan kisahnya tadi pada beliau.
Ia berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidaklah meruqyah kecuali dengan membaca surat Al Fatihah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas tersenyum dan berkata, “Bagaimana engkau bisa tahu Al Fatihah adalah ruqyah (artinya: bisa digunakan untuk meruqyah)?” Baginda pun bersabda, “Ambil kambing tersebut dari mereka dan potongkan untukku sebagiannya bersama kalian.” (HR. Bukhari no. 5736 dan Muslim no. 2201).
Sebenarnya hadis di atas telah digunakan hujah dalam beberapa perkara iaitu:
- keharusan mengambil upah apabila meruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran.
- keharusan orang Islam meruqyah orang bukan Islam.
- kelebihan Surah Al-Baqarah.
Pengajaran Dari Hadis Di Atas
Diantara persoalan yang boleh diajukan kepada diri kita sendiri ialah, mengapa sahabat Nabi meruqyah hanya dengan membaca Surah Al-Fatihah, Allah berikan kesembuhan?
Mengapa kita yang dah diruqyah dengan pelbagai ayat-ayat Al-Quran, dan dah banyak wang yang dikeluarkan untuk tujuan rawatan tersebut, masih lagi Allah tidak berikan kesembuhan?
Mengapa?
Apakah Surah Al-Fatihah yang dibaca oleh sahabat Nabi Abu Said Al-Khudri itu berbeza dengan Surah Al-Fatihah yang anda atau perawat baca?
Sudah tentu sama sahajakan.
Jadi yang sebenarnya masalahnya bukan pada ayat yang dibaca, tetapi masalahnya pada perkara-perkara lain.
Apakah perkara-perkara lain tersebut?
Inilah yang saya nak kongsikan dengan anda.
Perkara Yang Menghalang Kesembuhan
Saya akan sentuh perkara-perkara yang besar sahaja. Antaranya:
Pertama: Niat Tak Betul
Niat penting. Nabi ada bersabda kepada kita berkaitan dengan persoalan niat ini.
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Persoalan niat sangat penting kerana ia adalah perkara paling pokok dalam agama.
Sehinggakan para ulama berpendapat bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam tidak akan mendapat pahala, melainkan dengan niat.
Jadi kembali kepada topik perbincangan kita. Apakah niat anda apabila melakukan rawatan?
Perbetulkan balik niat anda apabila hendak melakukan rawatan. Niatkanlah kerana Allah.
Niatkan anda melakukan rawatan supaya apabila sembuh dari gangguan jin atau sihir, mudah untuk anda melaksanakan amal ibadah.
Kedua: Fahaman Akidah Yang Salah
Apa yang saya maksudkan dengan kefahaman akidah di sini? Jangan salah faham. Saya bukan nak kata yang akidah anda tak betul.
Kadang-kadang bila kita dalam keadaan yang terlalu sakit, fikiran kita akan jadi bercelaru. Kita akan jadi runsing.
Ketika ini akidah kita akan sedikit tersasar dari landasan yang betul. Ertinya di sini ialah, apabila anda melakukan rawatan, kena letakkan dalam hati bahawa segala rawatan yang anda lakukan adalah ikhtiar semata-mata.
Luruskan semula akidah anda dengan menyatakan dalam hati bahawa yang menyembuhkan anda ialah Allah semata-mata.
Sekiranya anda melakukan rawatan dan masih juga belum sembuh, yakinkan di dalam hati bahawa Allah masih belum mengizinkan anda sembuh.
Ketiga: Tidak Sabar
Saya faham. Bila dah lama sakit disebabkan gangguan jin atau sihir, bila buat rawatan mestilah dengan harapan nak sembuhkan.
Tapi masalahnya apa yang saya perhatikan ialah, nak sembuh segera. Tidak ada kesabaran.
Kalau boleh, lepas sekali rawat, nak terus sembuh dan taknak jin masuk balik dalam badan.
Sebab tu sangat sedikit pesakit yang datang berubat dengan saya, akan datang buat rawatan susulan.
Biasanya lepas rawatan saya akan follow up pesakit saya. Saya akan tanya apakah perubahan yang mereka rasa. Hakikatnya memang ada perubahan.
Sebab itu saya nasihatkan supaya datang buat rawatan susulan sebab dah ada perubahan. Itu bermaksud rawatan yang dilakukan serasi.
Cumanya nak keluarkan jin di dalam badan bukanlah satu perkara yang mudah.
Keempat: Tidak Ada Ruqyah Mandiri
Untuk mengeluarkan jin dalam badan, ianya bukanlah tugas perawat sahaja. Ianya juga adalah tanggungjawab pihak pesakit sendiri.
Bahkan peranan yang dimainkan oleh pesakit lebih besar dari perawat. Usaha pesakit merawat dirinya sendiri inilah yang dipanggil sebagai ruqyah mandiri.
Mengapa saya kata begitu?
Ini kerana tugas perawat hanyalah mengeluarkan jin yang ada dalam badan sahaja.
Sedangkan tugas pesakit itu sendiri ialah menghalang jin dari masuk semula ke dalam badan.
Selain itu, untuk membina pendinding diri juga merupakan tugas pesakit, bukan tugas perawat.
Tetapi perkara ni pesakit tak faham. Bila buat rawatan pesakit rasa tidak ada perubahan, pesakit salahkan perawat dan cari perawat lain.
Sebab itu ada pesakit yang bagitau saya yang dia dah pusing satu Malaysia untuk cari perawat yang mampu buang semua jin dalam badan.
Percayalah, jika inilah cara anda, anda hanya akan membuang masa dan buang duit anda sahaja.
Kesimpulan
Semoga empat perkara yang menjadi faktor rawatan ruqyah tidak berkesan, yang saya kongsika di atas memberikan manfaat kepada anda.
Jika ada salah satu daripadanya anda lakukan, segerlah buat perubahan. Mudah-mudahan selepas ini anda akan diberikan kesembuhan oleh Allah.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?
Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!