Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah
Sejak kebelakangan ini, kaedah rawatan alternatif untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi, terutamanya yang melibatkan makhluk halus semakin mendapat sambutan masyarakat. Antara kaedah yang tak dapat dipisahkan dalam rawatan alternatif, antaranya menggunakan jampi serapah. Persoalannya, apakah jampi serapah ini dibolehkan agama?
Amalan perubatan dengan menggunakan jampi, khususnya di dalam bahasa Arab dikenali sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan. Galakan ini merujuk kepada peristiwa di mana ketika Baginda Rasulullah s.a.w sakit, Jibril turun menemui Baginda dan menawarkan kepada Baginda untuk dijampi. Nabi bersetuju dan jampi Jibril itu dikenali sebagai Ruqyah Jibril.
Itu kalau menggunakan jampi di dalam Bahasa Arab. Kalau selain dari Bahasa Arab bagaimana. Apakah ianya dibolehkan?
Jampi di dalam bahasa selain dari Bahasa Arab, contohnya dalam Bahasa Melayu, Bahasa Jawa, Bahasa Inggeris dan sebagainya, diharuskan oleh agama tetapi perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Bacaan tersebut diketahui maknanya.
- Di dalam lafaz bacaan tiada mengandungi unsur syirik kepada Allah.
Oleh itu, sekiranya jampi di dalam bahasa selain bahasa Arab memenuhi syarat-syarat di atas, maka ketika itu ianya diharuskan untuk digunakan dalam rawatan.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran surah al-Isra ayat 82:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Oleh itu maka ulama bersependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharuskan, kadang-kadang digalakkan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:
Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.
Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak.
Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.
Oleh itu, jika sudah ternyata al-Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?
Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.
Sumber rujukan: Darus Syifa
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: