Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan & Bagaimana Cara Mengeluarkannya?

sihir

Dikemaskini pada 27/10/2016 oleh Ustaz Abdullah

Sihir adalah satu amalan yang telah diamalkan dari zaman dahulu hingga sekarang. Islam sangat melarang umatnya mengamalkan sihir ini ataupun meminta pertolongan dari ahli sihir. Oleh kerana itulah Islam meletakkan pengamal sihir dan pelakunya sebagai kategori mereka yang melakukan kekufuran. Firman Allah di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 102:

“Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya………”

Dalam ayat di atas, kedua-dua Malaikat iaitu Harut dan Marut mengingatkan kepada Bani Israel bahawa mereka adalah cubaan kepada Bani Israel. Dan kedua Malaikat tersebut memperingatkan kepada mereka janganlah menjadi kafir dengan mempelajari ilmu sihir. Selain itu, kesan buruk dari sihir juga sangat memberikan mudharat kepada mereka yang disihir.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda, apakah sihir itu boleh dikeluarkan dan bagaimana cara untuk mengeluarkannya?

Untuk membahaskan persoalan ini, saya bawakan di sini satu hadis yang agak panjang.

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad dia berkata; saya mendengar Ibnu ‘Uyainah berkata; orang yang pertama kali menceritakan kepada kami adalah Ibnu Juraij, dia berkata; telah menceritakan kepadaku keluarga ‘Urwah dari ‘Urwah, lalu aku bertanya kepada Hisyam tentang haditsnya, maka dia menceritakannya kepada kami dari Ayahnya dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir hingga beliau berasa beliau telah mendatangi para isterinya, padahal beliau tidak mendatanginya, -Sufyan mengatakan; “Ini adalah keadaan yang paling teruk dalam sihir itu apabila ia berlaku demikian (Inilah kesan yang paling teruk berlaku kepada Nabi SAW) – kemudian beliau bersabda: “Nabi telah bangun dari tidur dan bersabda: Wahai Aisyah, tahukah engkau bahwa Allah telah memberikan jawapan kepada soalan yang telah aku tanyakan kepadaNya? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, salah seorang dari keduanya duduk dekat kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian seorang yang berada di kepalaku berkata kepada yang satunya; “Kenapa laki-laki ini?” temannya menjawab; “Terkena sihir.’ Berkata yang pertama; “Siapakah yang menyihirnya?” yang kedua menjawab; “Lubid bin Al A’sham, laki-laki dari Bani Zuraiq, seorang munafik dan menjadi sekutu orang-orang Yahudi.” Salah seorang darinya bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” temannya menjawab; “Dengan sikat dan benang yang terkeluar dari tempat tenung.” Salah seorang darinya bertanya; “Di manakah benda itu diletakkan?” temannya menjawab; “Di mayang kurma jantan yang diletakkan di bawah batu dalam sumur Dzarwan.” Aisyah berkata; “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut hingga beliau dapat mengeluarkan barang tersebut, lalu beliau bersabda: “Ini adalah sumur yang diperlihatkan padaku, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman daun inai dan seakan-akan pohon kurma yang berada ditepi telaga itu bagaikan kepala-kepala syetan.” Abu Hisyam berkata; “apakah beliau meminta barangnya dikeluarkan?” Aisyah berkata; Lalu aku bertanya; “Kenapa anda tidak hantar balik/tidak buka/sebarkan?” beliau bersabda: “, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka memberikan kesan buruk kepada mana mana orang dari peristiwa itu.” (Hadis ini anda boleh baca di dalam Sahih Bukhari, Kitab Perubatan Bab Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan. Hadis nombor 5323)

Hadis di atas menceritakan peristiwa di mana Nabi telah disihir dengan cara menggunakan sikat dan benang dan ditanam di dalam perigi. Setelah Nabi mengetahui tempat barang-barang sihir itu ditanam, Baginda pergi mengeluarkannya. Ini memberikan isyarat kepada kita bahawa sihir itu boleh diikhtiarkan untuk mengeluarkannya.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang disihir biasanya jin yang dihantar untuk menyihir akan masuk juga ke dalam tubuh badan mangsa dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada mangsa. Dengan sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah kes sihir boleh menyebabkan perubahan samada pada sikap atau tubuh badan pesakit secara tiba-tiba dan tanpa diketahui puncanya.

Contohnya macam seorang isteri yang asalnya sangat menyayangi suaminya, tiba-tiba berubah menjadi benci dan taknak melihat muka suami. Itu contoh perubahan sikap. Kalau perubahan pada tubuh badan pula, mangsa sihir yang pada asalnya sihat walafiat tanpa sebarang penyakit, tiba-tiba diserang penyakit. Dan apabila dilakukan pemeriksaan kesihatan, tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Semua yang saya sebutkan di atas menunjukkan tanda-tanda adanya jin di dalam tubuh badan mangsa sihir dengan tujuan untuk melaksanakan apa yang dikehendaki oleh pelaku sihir.

Cara Mengeluarkan Sihir

Biasanya sihir yang dihantar kepada seseorang pasti ada menggunakan barang-barang tertentu yang diikuti oleh jampi serapah. Ini bertujuan untuk memanggil jin sihir yang dijadikan pembantu (khadam) oleh tukang sihir (bomoh). Kemudian jin sihir ini pula akan memasuki tubuh badan mangsa bertujuan untuk melakukan kemudharatan seperti yang dikehendaki oleh tukang sihir.

Jadi, apabila seseorang itu disihir, biasanya tukang sihir pasti menyimpan sesuatu barang yang merupakan milik mangsa, paling mudah ialah gambar. Tujuannya untuk dilakukan pemujaan. Selain itu, ada juga kaedah di mana barang-barang sihir yang ditanam di sesuatu tempat, biasanya di kawasan kediaman mangsa.

Oleh kerana itu, mereka yang telah terkena sihir, kalau boleh usahakan agar dapat dicari kalau-kalau ada barang sihir yang ditanam. Anda boleh membaca artikel saya tentang tip mencari barang sihir. Dan selanjutnya, minta bantuan dari mana-mana pusat rawatan Islam atau pun individu yang mempelajari dan terlibat dalam bidang rawatan Islam untuk merawat mangsa sihir tadi.

Atau untuk lebih memudahkan anda, anda juga boleh mendapatkan khidmat rawatan ke rumah anda yang saya tawarkan. Untuk maklumat lanjut tentang rawatan yang saya sediakan, sila klik di sini.

Kesimpulan

Ingatlah bahawa Iblis telah berjanji di hadapan Allah bahawa akan menyesatkan seramai mungkin keturunan Adam bertujuan untuk menjadi temannya di dalam neraka nanti. Dan salah satu caranya Iblis akan menggunakan nafsu manusia sebagai alat untuk menyesatkan mereka.

Sihir biasanya adalah tindakan dari tuntutan hawa nafsu yang mendorong seseorang melakukan perbuatan tersebut. Contohnya, apabila melihat kejayaan orang lain, timbul dalam hati rasa isi hati. Dan ketika inilah, Iblis dan kuncu-kuncunya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menghasut kita agar menurut keinginan nafsu dengan menyuruh melakukan sihir.

Iblis juga akan memberikan janji-janji manis dan palsu kononnya dengan melakukan sihir akan dapat membantu seseorang mencapai hajatnya, tidak kiralah hajat apa sekalipun. Jadi, berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda mendapat manfaat selepas membaca artikel ini, apa kata anda kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda dengan klik butang di bawah.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Follow saya di sosial media:
Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan & Bagaimana Cara Mengeluarkannya?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!