Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Tanda-Tanda Wanita Yang Terkena Sihir Penghalang Jodoh?

Dikemaskini pada 15/07/2023 oleh Ustaz Abdullah

Pernahkah ada dikalangan ahli keluarga atau kenalan anda yang mengalami masalah susah sangat hendak mendapatkan jodoh? Kata orang jodoh berat. 

Jika dia mula berkawan dengan seseorang dan mula merancang untuk mendirikan rumahtangga, pasti diakhirnya perancangan tersebut akan gagal.

Samada dia sendiri yang memutuskan hubungan, ataupun pasangannya yang meminta untuk memutuskan hubungan.

Jika ada sesiapa yang anda kenal mengalami situasi di atas, kemungkinan itu adalah ciri-ciri orang yang terkena sihir penghalang jodoh atau dikenali sebagai sihir tabwir.

Apakah Sihir Penghalang Jodoh & Ciri-Cirinya?

Sihir penghalang nikah juga dikenali dengan sihir tabwir. Mana-mana wanita yang terkena sihir ini akan menyebabkan jodohnya terhalang.

Sihir ini bukan sahaja ditujukan kepada wanita yang masih bujang, malah mereka yang sudah berumahtangga juga boleh menjadi mangsa sihir ini.

Jika yang terkena sihir ini adalah pasangan suami isteri, tanda-tandanya ialah kemungkinan akan berlaku perubahan mendadak dari segi perasaan.

Di mana suami tiba-tiba hilang perasaan sayang kepada isteri ataupun boleh jadi juga isteri yang hilang rasa sayang kepada suami.

Diantara lagi tanda-tanda mereka yang terkena sihir tabwir ini ialah:

  • sering bermimpi menaiki tangga.
  • sering bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • selalu bermimpi sesuatu yang berkaitan dengan air, contohnya seperti bermimpi banjir, laut, kolam. Atau kadang-kadang bermimpi melihat air ataupun bermimpi berada di dalam air.
  • kerap bermimpi diri sendiri berada dalam keadaan bertelanjang.
  • kemudian kerap bermimpi melihat orang yang kita kenal dalam keadaan bertelanjang juga.
  • kerap bermimpi dikahwinkan dengan seseorang, tetapi tidak melihat dengan siapa yang akan dinikahkan.
  • dia akan kerap bermimpi lelaki yang sama tetapi tidak dikenali lelaki tersebut.
  • jika sihir yang lebih teruk, mangsa akan dapat melihat lelaki yang selalu datang dalam mimpi akan berada disampingnya bahkan tidur bersamanya.
  • akan terasa juga lelaki yang tidak dikenali itu mencium samada dipipi atau dibibir. 
  • selalu ditindih dan dapat dirasakan ada seseorang yang memeluk dari belakang.
  • kaki selalu rasa kesemutan, kulit dibahagian paha menjadi berkedut secara tiba-tiba.
  • dibahagian bahu dan di bawah punggung selalu rasa kejang dan ngilu.

Bagaimana Sihir Penghalang Jodoh Dilakukan?

Sihir ini biasanya dilakukan dengan cara menyiramkan air dikawasan yang selalu menjadi laluan mangsa supaya mangsa akan melangkah air tersebut.

Dalam memastikan sihir jenis ini berjalan dengan lancar, tukang sihir akan meminta bantuan dari jin air. Dan tukang sihir akan menisbahkan nama orang yang hendak disihir itu dengan nama jin tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana tukang sihir menyeru jin yang akan menjadi perantaraannya, anda boleh baca artikel saya yang bertajuk 6 Cara Tukang Sihir Menghadirkan Jin.

Kemudian tukang sihir akan menuliskan mentera sihir di mana kertas tersebut akan dilarutkan di dalam air yang akan digunakan untuk tujuan sihir.

Selain itu, tukang sihir akan meminta barang-barang kepunyaan mangsa seperti kuku atau rambut yang akan ditumbuk dan dilarutkan ke dalam air.

Untuk menjadikan sihir tadi lebih berkesan, tukang sihir akan menulis mentera sihir dengan menggunakan barang-barang yang kotor seperti darah haid, air mani penzina, air kencing ataupun tahi.

Kemudian air tersebut akan diletakkan dikawasan yang selalu dilalui oleh mangsa supaya mangsa akan sentiasa melangkahnya.

Dengan itu, walaupun mangsa dirawat berkali-kali, sihir ini dengan mudah akan berlaku semula kerana air yang digunakan untuk melakukan sihir tersebut dilangkah.

Apabila mangsa yang hendak disihir melangkah air yang disiram tadi, maka akan berlakulah gejala-gejala di bawah kepada mangsa:

  • rasa sakit dibahagian betis, atau kadang-kadang dibahagian betis akan mengalami apa yang dipanggil mati rasa.
  • kaki akan kerap berlaku kekejangan atau cramp, disamping akan selalu rasa kesemutan.
  • Otot-otot dibahagian betis akan membengkak secara tiba-tiba dan dalam waktu yang cepat.
  • sakit dibahagian pinggang tanpa sebab.
  • kerap mengalami mimpi yang berkaitan dengan air, seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
  • apabila minum air, mangsa akan merasa susah untuk air tersebut melepasi dibahagian kerongkong.
  • sering bermimpi berjalan dalam keadaan tidak berkasut.

Bagaimana Proses Sihir Berlaku

Biasanya tukang sihir akan meminta nama mangsa serta nama ibunya, dan juga pakaian ataupun apa sahaja kepunyaan mangsa yang ada melekat dan berbau peluh mangsa.

Kemudian pada barang tersebut akan dibacakan mentera sihir dan akan ditiup buhul-buhul sihir sehingga terkena pada peluh itu. Dan apabila buhul-buhul sihir telah terkena pada peluh yang ada pada barang mangsa, akan berlakulah 7 perkara di bawah pada diri mangsa:

  1. Kepala akan menjadi sakit atau pening dan tidak hilang walaupun telah mengambil ubat.
  2. Akan menjadi banyak berfikir, sering mengelamun, dan selalu berasa resah.
  3. Mangsa akan melihat orang yang datang untuk meminangnya berwajah buruk dan menakutkan.
  4. Rasa sesak nafas yang teramat sangat didada khususnya selepas asar dan akan berlarutan hingga ke larut malam.
  5. Akan menjadi gelisah apabila hendak tidur.
  6. Rasa nyilu terutamanya dibahagian punggung hingga ke bawah.
  7. Kadang-kadang mungkin akan berlaku rasa sakit dibahagian perut tetapi tidak dapat dipastikan melalui ilmu perubatan moden.

Langkah seterusnya, tukang sihir akan mengarahkan jin yang menjadi pembantunya untuk pergi kepada mangsa dengan tujuan untuk masuk ke dalam badannya.

Jin tersebut akan masuk ke dalam tubuh badan orang yang hendak disihir itu ketika dia dalam 4 keadaan di bawah:

  1. Ketika takut yang teramat sangat.
  2. Ketika berada dalam keadaan marah.
  3. Ketika berada dalam keadaan lalai daripada berzikir.
  4. Ketika berada dalam keadaan syahwat (bernafsu).

Apabila jin telah berjaya masuk ke dalam badan mangsa, jin akan melakukan salah satu daripada 2 perkara di bawah, iaitu:

  1. Jin akan menjadikan mangsa berasa tidak selesa apabila cuba berkawan dengan mana-mana lelaki dan akan membuatkan dia nampak buruk wajah lelaki yang mahu melamar dirinya.
  2. Jika tidak berjaya cara yang pertama, jin akan melakukan cara yang kedua pula di mana jin akan melakukan sihir takhyil atau sihir khayal (halusinasi). Sihir ini akan ditujukan kepada lelaki yang hendak melamar mangsa sehingga menyebabkan lelaki tersebut membatalkan niatnya. Jika sudah bertunang, mungkin lelaki tersebut akan memutuskan tali pertunangan tanpa sebab yang munasabah.

Cara Rawatan Sihir Penghalang Jodoh

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda cara-cara untuk merawat sihir ini. Mudah-mudahan dengan izin Allah akan membatalkan sihir tersebut. Jika anda tahu sesiapa yang terkena sihir ini, bolehlah anda kongsikan dengan orang tersebut.

Atau jika anda sendiri yang mengalaminya, anda boleh lakukan langkah-langkah di bawah.

  1. Perbetulkan akidah. Ini paling penting. Jika rasa perlu, belajar dan dalami lagi ilmu tauhid. Selalu bersabar dan bertawakal kepada Allah atas segala usaha rawatan yang akan dilakukan untuk merawat sihir tersebut.
  2. Ruqyah seperti biasa. Anda boleh download senarai ayat-ayat ruqyah yang saya sediakan melalui pautan ini.
  3. Perlu juga dihancurkan barang sihir yang digunakan iaitu air yang telah disiram tadi. Caranya ialah sediakan air dalam satu bekas, kemudian campurkan dengan garam kasar dan juga cuka atau lada hitam. Kemudian masukkan 7 helai daun bidara. Rendamkan semua bahan-bahan tadi selama satu jam.
  4. Kemudian bacakan ayat-ayat ruqyah dan juga ayat pembatal sihir iaitu Surah Yunus ayat 81 dan 82. Ulang ayat Innallahha sayubthiluh sebanyak 11 kali atau lebih dan tiupkan pada air di dalam bekas tadi.
  5. Kemudian siramkan air tersebut di tempat disiramkan air sihir iaitu biasanya di depan pintu rumah atau pintu pagar. Ini kerana secara logiknya itu adalah tempat yang pasti akan dilalui oleh mangsa.
  6. Sebagai langkah berhati-hati, saya sarankan anda siramkan air yang dijampi tadi ke sekeliling rumah.
  7. Mandikan juga pesakit yang terkena sihir tadi dengan air yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah.
  8. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna.
  9. Jaga solat dan pastikan solat di awal waktu.
  10. Elakkan mendengar musik kerana muzik akan menjadikan anda lalai. Dan apabila anda lalai maka itu adalah peluang keemasan untuk jin kerana ketika itu mudah untuk mereka masuk ke dalam badan anda.
  11. Sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk terutamanya ketika hendak tidur.
  12. Sebelum tidur bacakan ayat kursi dan juga 3 qul, hembuskan ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan.
  13. Bacakan ayat-ayat ruqyah pada air dan jadikan sebagai minuman dan juga mandian.

Pastikan anda jadikan kaedah rawatan yang saya kongsikan di atas sebagai amalan seumur hidup anda. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi akan berkesan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan istiqamah, inshaaAllah.

Kesimpulan

Jika anda memang sedang mengalami dan ternyata telah terkena sihir tabwir ini, pastikan anda tidak ambil mudah perkara tersebut dengan tidak mengambil tindakan segera.

Kaedah rawatan yang saya kongsikan di atas anda boleh amalkan dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya, anda rasa tidak mampu, segeralah berjumpa dengan mana-mana perawat dan dapatkan rawatan.

Tapi pastikan niat anda betul. Ingatlah bahawa yang menyembuhkan hanyalah Allah semata-mata. Yang lain hanyalah sebagai ikhtiar sahaja. Semoga Allah memberkati usaha yang anda lakukan dan memberikan kesembuhan kepada anda, inshaaAllah.

Anda ada komen untuk artikel ini? Sebarang pandangan, pertanyaan atau komen, sila tuliskan diruangan komen yang disediakan di bawah. Saya sendiri yang akan membalas setiap komen dari anda.

Follow saya di sosial media:
Apakah Tanda-Tanda Wanita Yang Terkena Sihir Penghalang Jodoh?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!