Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Mengembalikan Sihir?

kembalikan sihir

Dikemaskini pada 04/10/2018 oleh Ustaz Abdullah

Ramai yang bertanyakan pada saya bagaimana caranya kita nak kembalikan sihir kepada tukang sihir. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda caranya.

Cara ini bagus digunakan oleh mereka yang selalu berulang kali disihir.

Sediakan air, paling sedikit satu cebok yang mana ianya sudah dicampur dengan satu genggam garam. Kemudian lakukan solat hajat dua rakaat, dan berdoa pada Allah dengan doa di bawah ini:

“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu dengan wasilah air ini. Jika ada sihir yang hendak mengganggu kami, baik dari golongan jin atau racun sihir, kembalikanlah semuanya kepada sipenyihir dengan kekuatan berlipat kali ganda yang seketika diterima oleh mereka sehinggalah mereka mendapatkan azab Dari-Mu ya Allah”

Kemudian masukkan tangan kanan anda ke dalam air yang sudah dicampur dengan garam tadi. Sebelum memasukkan ke air, hendaklah diawali dengan membaca selawat dan Surah an-Nahl ayat 126 sebanyak mungkin sampai hati merasa cukup.

Setiap beberapa kali ulangan bacaan, tiupkan ke air tersebut lalu diselang-seli dengan doa di bawah ini:

“Dengan izin-Mu ya Allah, semua bentuk sihir yang hendak menyerang kami, baik dari bangsa jin atau racun sihir, semuanya berbalik kembali pada penyihirnya dengan kekuatan berlipat kali ganda yang seketika diterima mereka sampai hancur lebur”

Setelah itu, bacalah surah dan ayat di bawah ini:

  1. Surah al-Fatihah.
  2. Surah al-Mukminun ayat 115.
  3. Surah asy-Syuara ayat 130.
  4. Surah al-Anfaal ayat 17.
  5. Surah al-Hasyr ayat 21.
  6. Surah al-Ankabut ayat 57.
  7. Surah al-Ikhlas.
  8. Surah al-Falaq.
  9. Surah an-Nas.

Baca ayat-ayat di atas dengan khusyuk sambil beberapa ayat dihembuskan ke dalam air yang sudah dicampur garam tadi.

Setelah itu, kelilingi halaman rumah sambil membawa air tersebut dan dipercikkan secukupnya. Begitu juga bahagian di dalam rumah terutama di bahagian pintu dan tingkap.

Lakukan amalan ini setiap menjelang subuh dan selepas maghrib, paling kurang amalkan selama dua minggu. InshaaAllah sekiranya ada sesiapa yang menghantar sihir kepada anda, sihir tersebut akan dikembalikan kepada tukang sihir dengan izin Allah.

Selain itu, mereka yang menderita akibat sihir juga harus mandi dengan menggunakan air bercampur garam tadi yang sudah dibacakan ayat-ayat di atas. Mandinya adalah lebih utama dilakukan di luar bilik mandi.

Paling kurang mandi sehari sekali dengan air tersebut. Jadi, sebelum membacakan untuk penjagaan rumah, lebih baik siapkan air dan garam secukupnya untuk dipakai mandi oleh orang yang sedang menderita sihir tersebut.

Kredit artikel: kabarmakkah.com

Adakah Anda Sudah Lama Menderita Akibat Sihir?

Inginkah anda tahu rahsia bagaimana anda boleh merawat sihir dengan mudah, praktikal dan paling penting berkesan hanya dengan menggunakan wangian kasturi? Klik di sini untuk ketahui rahsianya!

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah

Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mengembalikan Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!