5 Bentuk Kemusyrikin Yang Mungkin Anda Lakukan
Syirik adalah perosak iman paling berbahaya. Sebab itulah Allah s.w.t telah meletakkannya sebagai suatu perbuatan kezaliman yang paling besar sekali. Firman Allah:
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar,” (QS. Lukman [31] : 13)
Nabi s.a.w pula telah bersabda yang bermaksud:
“Inginkah aku beritahu tentang dosa besar yang paling besar? Yaitu memperserkutukan Allah,” (HR. Muslim).
“Sesungguhnya orang-orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun,” (QS. Al-Maidah [5] : 72)
Continue reading “5 Bentuk Kemusyrikin Yang Mungkin Anda Lakukan”
Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?
Bila tibanya bulan Ramadhan, antara persoalan paling banyak ditanya oleh pesakit-pesakit saya ialah betulkah masih ada gangguan jin dalam bulan Ramadhan?
Persoalan mereka berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”
Adakah anda juga mempunyai persoalan di atas? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda jawapan berkaitan dengan persoalan tersebut.
Continue reading “Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?”Bolehkah Manusia Melihat Makhluk Halus?
Dalam artikel saya yang lalu, saya telah kongsikan dengan anda apakah hikmahnya Allah s.w.t menjadikan kita tidak dapat melihat makhluk halus yang diciptakan oleh Allah.
Maka dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula satu isu yang bagi saya agak kritikal.
Mengapa saya katakan kritikal?
Ini kerana perkara ini berkaitan dengan isu akidah kita.
Isu tentang bolehkah manusia melihat makhluk halus?
Bila saya berhadapan dengan pesakit, sering mereka katakan pada saya bahawa mereka pernah berubat di tempat sekian sekian, dan perawat di sana mengatakan mereka dapat melihat makhluk halus yang ada dalam badan pesakit.
Ada sesetengah perawat itu siap boleh beritahu sekali jumlah bilangan makhluk halus tersebut.
Betulkah begitu?
InshaaAllah, di dalam artikel ini saya akan kongsikan dengan anda berdasarkan kepada dalil-dalil yang ada.
Baca Selanjutnya