Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.3)
Anggaran Masa Bacaan: 4 minit
Alhamdulillah artikel ini adalah sambungan dari dua artikel saya yang lalu di bawah tajuk yang sama. Bagi anda yang baru kali pertama sampai ke blog ini, bolehlah baca bahagian pertama dan bahagian kedua.
Untuk bahagian yang katiga ini, saya akan sambung dari sebab yang kelapan hingga kesebelas.
8) Mendatangi Makam dan Tempat Yang Dianggap Keramat
Salah satu perkara khurafat yang diamalkan oleh masyarakat kita, khususnya Melayu (saya mengatakan Melayu kerana saya orang Melayu Islam) ialah menziarahi kubur-kubur tertentu dengan meletakkan tanggapan bahawa kubur tersebut keramat.