tanda tanda ada jin dalam badan

Bagaimana Mengenal Gangguan Jin Di Dalam Atau Luar Badan?

Anggaran Masa Bacaan: 9 minit

Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah sama seperti manusia. Mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak.

Oleh kerana mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak, ini bermaksud jin adalah sama seperti manusia. Mereka mempunyai akal dan nafsu.

Mereka ada yang Islam dan kafir. Yang Islam pula, ada yang beriman dan bertaqwa, yang fasik dan munafik.

Baca Selanjutnya

Ini Dia Ayat Pembatal Sihir Yang Mesti Anda Amalkan

Anggaran Masa Bacaan: 7 minit

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk melindungi diri dari gangguan jin dan juga perbuatan sihir yang dihantar tanpa kita sedari.

Perkara ini penting sebenarnya untuk anda ambil tahu.

Sebab itu kita tengok banyak hadis-hadis Nabi yang mengajarkan kepada kita doa-doa yang sepatutnya kita amalkan, contohnya seperti doa pendinding diri, doa masuk tandas, doa penolak sihir, amalan sebelum tidur, amalan untuk mengelakkan gangguan jin dalam rumah dan sebagainya.

Ini semua menunjukkan yang Islam sangat menitikberatkan soal perlindungan diri dari makhluk halus.

Jadi sebelum saya nak kongsikan dengan anda cara untuk melindungi diri dari gangguan jin dan sihir, anda kena tahu dulu tanda-tanda seseorang yang sedang mengalami gangguan jin atau sihir.

Teruskan membaca

Amalan Yang Boleh Menyebabkan Gangguan Jin.

Anggaran Masa Bacaan: 7 minitAmalan yang dapat mengundang berlakunya gangguan jin, yang mungkin masyarakat kita tak sedar ialah amalan-amalan kebatinan di dalam ilmu persilatan.

Saya tidak menafikan di sini bahawa ilmu persilatan adalah salah satu warisan bangsa Melayu yang sangat berharga di dalam bidang seni pertahanan diri.

Saya juga tidak menafikan, dari silatlah telah lahirnya pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah berani ketika mempertahankan Tanah Melayu dari ancaman penjajah suatu ketika dulu.

Dan dengan seni silatlah juga berjaya melahirkan individu-individu yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan mentalnya. Dan bukankah Islam sangat menyukai umatnya kuat?

Continue reading “Amalan Yang Boleh Menyebabkan Gangguan Jin.”

8 Cara Mengusir Jin Dari Rumah

Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah disiang harinya kita melakukan segala tugasan harian. Oleh kerana itu, tidak ada apa yang akan dicari di dalam rumah melainkan ketenangan dan kebahagiaan.

Tidak ada guna banglo mewah bertingkat-tingkat, tetapi apabila duduk di dalamnya, langsung tidak dapat ketenangan.

Tetapi, biarlah rumah yang kita diami itu, walaupun sederhana tetapi apabila berada di dalam rumah tersebut, hati menjadi tenang.

Diantara salah satu faktor yang menyebabkan ketenangan di dalam rumah hilang ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin dan syaitan.

Baca Selanjutnya

Petanda Jelas Gangguan Jin Saka

Anggaran Masa Bacaan: 2 minitDiantara jenis gangguan yang banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu khususnya ialah gangguan jin saka. Walaupun gangguan jin saka ini dah popular dikalangan kita, tetapi saya masih ada menerima pertanyaan di mana ada yang masih tak tahu apa itu gangguan jin saka.

Dalam artikel yang agak ringkas kali ini, saya nak kongsikan dengan anda tentang apakah yang dmaksudkan dengan jin saka?

Apakah tanda tanda gangguan jin saka? Dan inshaaAllah saya akan kongsikan juga bagaimana merawat gangguan jin saka ini.

Continue reading “Petanda Jelas Gangguan Jin Saka”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!