Syaitan adalah satu-satunya makhluk yang paling merbahaya bagi manusia. Ia adalah musuh yang paling nyata. Kebenciannya terhadap manusia menjadikan ia rela melakukan pelbagai cara untuk masuk ke dalam diri manusia.
Banyak ayat Al-Quran di mana Allah memperingatkan manusia berkali-kali tentang status syaitan itu sebagai musuh manusia yang terang dan nyata. Permusuhan ini sehinggalah tibanya Hari Kiamat.
Tujuan syatitan Ia melakukan perkara yang sia-sia ini adalah semata-mata untuk memastikan semua manusia berpaling dari Tuhannya. Dengan ini akan menjadikan manusia yang sesat itu menjadi temannya yang banyak di dalam neraka.
Syaitan masuk ke dalam tubuh badan manusia dengan pelbagai cara dan datang dari semua arah. Perkara ini telah dijelaskan sendiri oleh syaitan, iaitu syaitan yang bernama Iblis.
Continue reading “4 Cara Menurut Al-Quran Yang Digunakan Syaitan Untuk Masuk Dalam Badan Manusia”