Terma & Syarat Pemulangan Wang

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca semua maklumat di halaman ini. Di dalam halaman ini, saya akan menerangkan kepada anda terma & syarat yang ditetapkan sekiranya anda hendak membuat tuntutan pemulangan semua wang anda.

Sekiranya anda berasa tidak berpuas hati dan tidak merasakan apa-apa perubahan selepas menggunakan Set Bidara Ruqyah dan ingin menuntut wang anda, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Menghantar bukti anda menggunakan Set Bidara Ruqyah dan juga mengikuti Amalan Ruqyah Mandiri. Buktinya ialah anda perlu menghantar kepada saya salinan Senarai Semak Set Bidara Ruqyah dan juga Senarai Semak Amalan Ruqyah Mandiri. Kedua-dua senarai semak ini ada di dalam folder bonus yang anda akan dapat apabila membeli Set Bidara Ruqyah Ikhtiar Syifa.
  2. Anda perlulah mengamalkan Set Bidara Ruqyah dan mengikuti Amalan Ruqyah Mandiri selama 30 hari. Selepas 30 hari anda berasa tidak berpuas hati, maka boleh membuat permohonan untuk menuntut kembali wang anda.

Cara untuk menghantar salinan tersebut ialah:

  • Scan senarai semak tersebut dan hantarkan kepada saya melalui emel berikut: admin@perawatislam.com.
  • Tuliskan tajuk emel: “Permohonan Pulangan Wang”.
  • Pastikan senarai semak tersebut telah lengkap diisi sebagai bukti anda memang mengikuti setiap saranan saya ketika menggunakan Set Bidara Ruqyah dan juga Amalan Ruqyah Mandiri.

Sekiranya saya telah menerima kedua-dua salinan senarai semak tersebut dan saya berpuas hati, maka saya akan pulangkan semula wang anda 100%. Tetapi anda boleh terus menggunakan Set Bidara Ruqyah dan juga simpan kesemua bonus-bonus yang saya hadiahkan kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang terma dan syarat di atas, sila hantarkan emel kepada saya di admin@perawatislam.com.

Dikemaskini pada 6 Mac 2022.

Hakcipta Terpelihara 2022 – RahsiaRawatanSihir.com                                                                                                                          Laman Utama 

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!