Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

4 Cara Menurut Al-Quran Yang Digunakan Syaitan Untuk Masuk Dalam Badan Manusia

syaitan

Dikemaskini pada 03/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Syaitan adalah satu-satunya makhluk yang paling merbahaya bagi manusia. Ia adalah musuh yang paling nyata. Kebenciannya terhadap manusia menjadikan ia rela melakukan pelbagai cara untuk masuk ke dalam diri manusia.

Banyak ayat Al-Quran di mana Allah memperingatkan manusia berkali-kali tentang status syaitan itu sebagai musuh manusia yang terang dan nyata. Permusuhan ini sehinggalah tibanya Hari Kiamat.

Tujuan syatitan Ia melakukan perkara yang sia-sia ini adalah semata-mata untuk memastikan semua manusia berpaling dari Tuhannya. Dengan ini akan menjadikan manusia yang sesat itu menjadi temannya yang banyak di dalam neraka.

Syaitan masuk ke dalam tubuh badan manusia dengan pelbagai cara dan datang dari semua arah. Perkara ini telah dijelaskan sendiri oleh syaitan, iaitu syaitan yang bernama Iblis.

Sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran:

“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi manusia dari jalan-Mu yang lurus. Aku pasti akan mendatangi mereka dari depan, belakang, kanan dan kiri mereka. Sehingga Engkau tidak mendapati kebanyakan manusia bersyukur”. (Al-Quran, Surah Al-A’raf ayat 16 hingga 17)

Menurut Al Hakam bin Utaibah bahawa yang dimaksudkan dengan dari depan adalah dunia, dari belakang adalah akhirat, dari kanan adalah kebaikan, dan dari kiri adalah keburukan. 

Walaupun Al Hakam telah memberikan tafsiran untuk untuk empat kata tersebut, tafsirannya masih memerlukan penjelasan, kerana ayat tersebut mengandungi makna yang jauh lebih luas. Maka, yang dimaksudkan dengan:

1) Mendatangi mereka dari hadapan ialah syaitan akan sentiasa menggunakan kehidupan manusia dalam urusan dunia yang terlihat jelas untuk melupakan mereka terhadap urusan yang masih ghaib, iaitu kehidupan akhirat dan kehidupan dunia dipandang tidak ada kaitan dengan akhirat.

2) Mendatangi mereka dari belakang, iaitu menggunakan amalan ukhrawi untuk kepentingan dunia. Al-Quran adalah pembimbing yang mengarahkan semua kehidupan manusia agar menjadi amal ibadah  demi kepentingan akhirat.

Namun dengan belajar dari pengalaman yang sudah jutaan tahun, maka Iblis terus menerus membisik dan mengarahkan manusia agar menggunakan al-Quran untuk kepentingan dunia. Syaitan juga mengarahkan orang yang suka beribadah agar menjadikan ibadahnya untuk kepentingan dunia pula.

Bahkan dia juga menanamkan ke dalam hati manusia keangkuhan tersembunyi, iaitu meyakini bahwa keajaiban-keajaiban yang dialaminya, contohnya kebolehan melihat makhluk halus, adalah bukti ketakwaan dirinya kepada Allah. Jika sudah muncul keangkuhan, maka desakan menuju kemusyrikan semakin kuat dan jalan kesesatan di hadapannya semakin terbuka lebar.

3. Dengan kebaikan. Amal kebaikan yang dikerjakan seorang hamba pun tidak lepas dari godaan syaitan. Syaitan berupaya menggunakan amal kebaikan seorang hamba sebagai jalan menuju keangkuhan. Dia berbisik kepada orang yang beramal kebaikan agar memandang dirinya sebagai orang yang lebih utama dan mulia, bahkan lebih dari itu merasa diri sebagai orang suci dari dosa.

Sebagai contoh, pada suatu hari, seorang perawat ruqyah ditanya, “Ustaz, mengapa bacaan ustaz sangat berpengaruh bagi pesakit yang terkena gangguan, sementara bacaan orang lain tidak? Padahal, orang lain pun mampu membaca apa yang ustaz baca?” Dengan yakin dia menjawab, “Oh, itu urusan ketakwaan.”

Contoh lain pula, seorang yang mengaku sufi mengaku bahawa dia telah mampu membela diri dengan kekuatan ghaib. Ketika seorang pemuda berkata, “Ustaz tolong ajarkan padaku agar aku memiliki bekal untuk berjihad.” Dia berkata kepada pemuda itu, “Kamu belum sampai kepada maqam yang kami capai.”

Bahkan, dari kalangan mereka, ada yang lebih parah lagi, iaitu mengaku lebih mulia daripada nabi dan malaikat.

4. Dengan keburukan. Ketika seorang hamba mendapat satu musibah atau menghadapi kesulitan, maka syaitan akan terus berusaha untuk menanamkan keresahan, kegelisahan, hingga kehilangan kewarasan dalam sikap dan ucapan yang akhirnya keluar kata-kata kufur dan syirik.

Di samping itu, juga sangat mungkin syaitan membisikkan ke dalam hati seorang hamba tadi agar mengatasi masalah dengan cara yang melanggar syariat, seperti mengatasi penyakit dengan menggunakan dukun atau mengatasi kemiskinan dengan mencuri atau merompak.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3
butang-download
Follow saya di sosial media:
4 Cara Menurut Al-Quran Yang Digunakan Syaitan Untuk Masuk Dalam Badan Manusia
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!