Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin

Dikemaskini pada 29/12/2016 oleh Ustaz Abdullah

Ramai pesakit-pesakit saya yang mengalami gangguan jin bertanya kepada saya, mengapa mereka masih tak sembuh walaupun dah buat rawatan. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama? Di dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 sebab mengapa anda lambat sembuh.

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu menyembuhkan gangguan jin yang dialami pesakit. Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun. Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.

2) Pesakit tidak melakukan sebarang rawatan susulan. Disini pesakit hanya datang dengan sekali sahaja berjumpa perawat. Senario orang melayu di Malaysia ni bila berubat, hanya datang sekali sahaja dan minta terus sembuh. Sedangkan gangguan yang dialami ada yang dah bertahun-tahun. Perlu diingat rawatan susulan amat-amat penting, kerana jin juga bersifat “self healing”, dimana jin akan sembuh dengan sendirinya akibat serangan perawat terdahulu jika tiada rawatan susulan.

3) Pesakit suka bertukar-tukar jumpa perawat. Disini senarionya, dengan hanya sekali pergi berjumpa perawat dan pesakit pula tidak sembuh-sembuh, dengan serta merta pesakit berjumpa dengan perawat yang lain tanpa menerima rawatan susulan dari perawat terdahulu. Saya mencadangkan pesakit perlu membuat minimum tiga kali rawatan susulan pada satu-satu perawat demi mengelakkan bercampurnya kaedah-kaedah rawatan.

4) Pesakit agak malas beramal dan duduk goyang kaki kat rumah. Sejurus menerima rawatan dari perawat, pesakit perlulah beramal ayat-ayat pagar diri tiap-tiap lepas solat secara istiqomah. Ini penting bagi mengelakkan jin gangguan terdahulu memasuki semula jasad pesakit.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Follow saya di sosial media:
4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!