Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Enam Ayat Syifa?

Dikemaskini pada 26/03/2020 oleh Ustaz Abdullah

Bagi orang-orang beriman, al-Quran bukan sahaja menjadi petunjuk dan pemutus hukum dalam kehidupan, tetapi lebih dari itu, al-Quran juga berfungsi sebagai ayat syifa, atau ayat penyembuh dari sebarang penyakit. Samada penyakit jasmani mahupun rohani.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda enam ayat syifa yang boleh anda gunakan untuk merawat sebarang jenis penyakit yang dialami. Tapi sebelum itu, ada perkara paling penting yang perlu anda ingat, faham dan yakin betul-betul.

Perkara yang paling penting itu ialah anda perlu niat dan yakinkan di dalam hati bahawa yang menyembuhkan segala penyakit anda ialah Allah semata-mata, tiada yang lain. Ayat syifa yang anda amalkan hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata dan tidak mampu memberikan kesan jika tidak diizinkan Allah.

Ok, enam ayat syifa tersebut ialah:

1) Surah at-Taubah ayat 14:

وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٍ۬ مُّؤۡمِنِينَ

“…dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”

2) Surah Yunus ayat 57:

وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ

“…dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu”

3) Surah an-Nahl ayat 69:

يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ

“…(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)”

4) Surah al-Isra ayat 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…”

5) Surah asy-Syu’ara ayat 80:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”

6) Surah Fussilat ayat 44:

قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ۬‌ۖ

“…Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman…”

Perhatikan keenam-enam ayat di atas, semuanya ada perkataan “syifa” (berwarna merah) yang menjadi isyarat bahawa ayat-ayat tersebut boleh diamalkan dan akan menjadi ayat-ayat syifa (penyembuh) dengan izin Allah dari sebarang penyakit.

Bagaimana Menggunakan Ayat Ini?

Mudah sahaja untuk anda gunakan ayat-ayat syifa ini. Selain mengamalkan membacanya dengan kerap. anda boleh gunkan untuk minum dan juga mandi.

Untuk minum, sediakan segelas air mineral, kemudian bacakan ayat-ayat syifa di atas pada air mineral yang anda sediakan.

Untuk mandi pula, anda ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Sediakan 1.5 liter air mineral.
  2. Limau nipis 9 biji untuk mandi selama 3 hari.
  3. Jampikan pada air dan limau, ayat-ayat syifa di atas.
  4. Sediakan baldi kecil dan isikan separuh air paip ke dalam baldi.
  5. Kemudian masukkan 1 bahagian air mineral yang telah dijampi dengan ayat-ayat syifa tadi (sebotol air mineral 1.5 liter dibahagikan kepada 3 bahagian untuk mandi 3 hari)
  6. Kemudian ambil 3 biji limau, potong dan perahkan ke dalam separuh baldi air paip tadi. Masukkan juga kulit limau ke dalam baldi tersebut.
  7. Mandi air perahan limau itu pada bilasan yang terakhir. Waktu mandi adalah diantara selepas Asar hingga sebelum Maghrib.

Lakukan mandi air perahan limau ni selama 3 petang. InshaaAllah anda akan rasa perubahan positif pada diri anda.

Sekamat beramal dan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Apakah Enam Ayat Syifa?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!