Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Ayat-Ayat Ruqyah Boleh Memberikan Kesan Kepada Jin?

Dikemaskini pada 01/12/2023 oleh Ustaz Abdullah

Mungkin terlintas di dalam fikiran anda bagaimana ayat-ayat ruqyah yang dibacakan boleh memberikan kesan kepada jin-jin yang berada di dalam badan pesakit.

Ataupun, untuk pertanyaan yang lebih khusus lagi ialah:

“Kenapa perawat baca ada kesan, tapi yang bukan perawat baca takde kesan?

Jika persoalan di atas pernah bermain di dalam fikiran anda, inshaaAllah artikel ini akan membantu anda menjawab persoalan tersebut.

Salah Faham Tentang Rawatan Dengan Al-Quran

Ini yang tak berapa ramai nak ambil perhatian.

Ramai yang beranggapan, apabila menggunakan Al-Quran sebagai medium untuk rawatan, cukup hanya sekadar membacanya.

Sebenarnya dengan hanya membacakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata, tidaklah memberikan sebarang kesan.

Maksud tidak ada kesan di sini ialah kesan dalam rawatan. Dari segi ibadah, membaca Al-Quran memang akan mendatangkan pahala kepada pembacanya.

Tahukah anda sebenarnya ada empat faktor yang menjadi asas utama dalam rawatan dengan menggunakan Al-Quran.

Empat faktor ini bukan sahaja perlu diberikan perhatian oleh pesakit, bahkan perawat juga.

Pertama: Pergantungan Hati Yang Kuat Kepada Allah

Apakah maksudnya?

Maksudnya di sini ialah pesakit dan juga perawat perlulah meyakini dengan keyakinan yang kuat bahawa ayat-ayat Al-Quran yang dibaca adalah wasilah sahaja.

Sedangkan yang menyembuhkan ialah Allah s.w.t semata-mata.

Perkara ini sepertimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran, iaitu Surah Ar-Ra’d ayat 31 yang bermaksud:

“Dan kalaulah ada mana-mana kitab suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isikandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran adalah kitab suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukijzat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidaklah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah mengkehendaki tentulah Dia memberikan petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka), ataupun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya), sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya”

Ayat di atas adalah jelas.

Allah sebut kalau ada mana-mana kitab suci yang boleh sebabkan gunung-gunung hancur, bumi terpecah belah, dan sebagainya, tentulah kitab itu adalah Al-Quran.

Kemudian Allah kuatkan lagi dengan kenyataan bahawa Al-Quran memang mukjizat, tapi berlakunya mukjizat itu adalah dengan kehendak Allah.

Tanpa dengan kehendak Allah, Al-Quran tak mampu mendatangkan apa-apa mukjizat.

Jadi jelaslah bahawa asas utama untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan dengan menggunakan Al-Quran mestilah ada nilai ketaqwaan yang tinggi.

Begitu juga dengan pesakit.

Kalau nak menggunakan rawatan dengan Al-Quran, asas utamanya juga mesti ada ketaqwaan.

Dari ketaqwaan itulah akan datangnya rasa pergantungan yang tinggi kepada Allah.

Kedua: Asas Syariat

Kedua-duanya, iaitu perawat dan juga pesakit mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri, zahir dan batin.

Kebersihan zahir bermaksud sentiasa berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan juga besar.

Sentiasa menjaga ibadah yang telah difardhukan seperti solat dan juga menutup aurat.

Manakala kebersihan batin pula bermaksud menyucikan hati dari segala sifat-sifat mazmumah, iaitu sifat tercela.

Sombong, takbur, riak, sum’ah, ‘ujub dan sebagainya.

Setelah dikeluarkan sifat-sifat tercela dari hati, seterusnya menyuburkan pula ke dalam hati sifat-sifat mahmudah, iaitu sifat-sifat terpuji.

Seperti sabar, merendah diri, takut kepada Allah, dan juga zuhud.

Selain itu, perawat dan juga pesakit perlulah mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

Ketiga: Kesungguhan Beramal Dengan Ayat-Ayat Ruqyah

Kesungguhan perawat dan pesakit dalam mengamalkan ayat-ayat ruqyah secara istiqamah juga sangat penting.

Apabila perawat bersungguh-sungguh beramal dengan ayat-ayat ruqyah, ketika itu barulah bacaannya dapat memberikan kesan kepada jin dengan izin Allah.

Manakala pesakit pula, beramal dengan ayat-ayat ruqyah secara bersungguh-sungguh akan dapat memperkuatkan diri.

Sekaligus dapat membentengi diri dari serangan jin-jin jahat dan juga dari sihir yang dihantar.

Sebagai contoh, seseorang yang jarang-jarang mengamalkan ayat kursi untuk menghalau jin, sudah pasti tidak berkesan.

Sebab apa?

Sebab di situ tidak ada unsur tikrar (pengulangan) dan juga mudawamah (berterusan/istiqamah).

Faktor inilah yang menyebabkan bacaan perawat lebih berkesan untuk menghalau jin.

Sebab pada diri perawat ada unsur tikrar dan mudawamah, hasil dari aktiviti merawat pesakit.

Keempat: Sumber Pengambilan Ayat-Ayat Dalam Rawatan

Sumber pengambilan ayat-ayat yang digunakan dalam merawat
mestilah dari sumber yang betul dan berpengalaman.

Perkara ini berdasarkan ayat 5-6, Surah al-Fatihah.

Jika ia diambil dari sumber yang tidak betul, dari golongan al-maghdub dan al-dalin maka ayat tersebut akan menjadi sihir dan pesakit akan menerima ilmu hitam daripadanya tanpa disedari.

Individu yang didampingi jin, akan memberi kesan kepada keturunannya, sama ada sebagai saka atau juga mempengaruhi dari segi akhlak dan tingkah laku.

Ada kes di mana seorang imam bergelar al-hafiz yang mengamalkan ayat al-Quran yang diterima dari sumber yang tidak betul,menyebabkan
anaknya terjebak dalam keruntuhan akhlak.

Jelasnya, sesuatu yang masih diragui tidak boleh diamalkan kerana ia membuka ruang kepada syaitan untuk membisikkan keraguan dan sangkaan yang menyeleweng.

Kesimpulan

Oleh itu, sekiranya anda sebelum ini telahpun mendapatkan rawatan ruqyah, tetapi gangguan jin masih lagi ada, buat muhasabah semula.

Kemungkinan anda masih lagi belum melakukan keempat-empat faktor yang saya jelaskan di atas.

Oleh kerana itu, jalan untuk anda mendapatkan kesembuhan dari Allah terhalang.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Ayat-Ayat Ruqyah Boleh Memberikan Kesan Kepada Jin?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!