NAK BELAJAR TEKNIK-TENIK ASAS RUQYAH MANDIRI?

Jika anda serius nak belajar, saya nak berikan ilmu-ilmu yang saya ada ni kepada anda dalam bentuk video.

Kenapa video?

Sebab anda akan lebih mudah faham dan praktikkan berbanding kalau saya ajar dalam bentuk tulisan.

Saya tegaskan di sini, saya nak bagi pada orang yang serius. Bermaksud, dah dapat video terus tengok dalam amalkan.

Yang main-main saya tak galakkan. Sebab nanti akan emel saya balik minta hantar link semula sebab emel dah hilang. 

Ada juga yang sebulan dah download tapi tengok pun belum. Alasan sibuk. 

Jadi, kalau anda memang rasa anda sibuk dan tak sempat nak praktikkan, lebih baik anda tinggalkan sahaja laman ini. Ilmu ini bukan untuk anda. Sebab ilmu tanpa amal itu sia-sia.

Sebab nanti akan buat semak je emel-emel saya dalam inbox anda.

Tapi jika anda yakin anda memang anda boleh dan bersungguh-sungguh nak praktikkan semua ilmu yang saya ajar, teruskan bacaan.

Apa Yang Akan Anda Belajar?

Anda akan diberikan akses kepada video-video berikut:

Video 1: Pengenalan Kepada Teknik Ruqyah Mandiri

Dari pemerhatian saya, masih ramai yang tak faham atau tersalah faham dengan teknik ruqyah mandiri.

Antara salah faham yang paling menyedihkan ialah ramai yang menyangka bila nak buat ruqyah mandiri, diri kena perfect, kalau masih tinggal amalan wajib, tak boleh buat ruqyah mandiri.

Inilah salah faham masyarakat yang paling sedih saya baca. 

Sebenarnya amalan wajib tu, anda memang tak boleh tinggal, tak kiralah anda nak buat ruqyah mandiri atau tidak. Dah nama pun WAJIB.

Dan sedarkah anda sebenarnya amalan-amalan wajib itu sendiri pun termasuk dalam praktik ruqyah mandiri. Kenapa? 

Anda kena tonton video ini.

Video 2: Teknik Ruqyah Mandiri Dengan Menggunakan Surah Al-Fatihah

Kenapa Surah Al-Fatihah?

Sebab saya yakin anda telah pun hafal surah ini dan dapat membacanya dengan baik. Lagipun Surah Al-Fatihah kan rukun dalam solat.

Jadi dengan teknik yang betul, saya akan tunjukkan bagaimana untuk anda kesan sihir dan dalam badan, sekaligus merawat diri dengan Surah Al-Fatihah.

Jadi, anda mesti tonton video kedua ini.

Video 3: Teknik Menarik Jin Di Dalam Badan

Anda selalu rasa benda bergerak-gerak dibahagian-bahagian tertentu? 

Selalu rasa panas-panas atau dicucuk-cucuk?

Itu mungkin tanda-tanda ada jin di dalam badan anda. Saya ajar anda bagaimana untuk menarik jin-jin tersebut dengan satu teknik mudah. DIJAMIN PATUH SYARIAH.

Tidak ada unsur syirik dan khurafat, inshaaAllah.

Jawapannya dalam video ketiga ini.

Video 4: Teknik Mengesan Gangguan Jin & Sihir Dalam Badan

Ramai yang datang mengadu kepada saya mereka telah disihir. Bila saya tanya apa tindakbalas bila diruqyah, mereka kata tak pernah diruqyah, sebab perawat hanya scan dari jarak jauh.

Sudahlah, lepas ni jangan buat lagi scan jarak jauh ni.

Saya dah sediakan video ni. Anda tonton dan praktikkan je. Sebenarnya anda sendiri boleh kesan gangguan jin dan sihir dalam badan anda.

Video 5: Belajar Buat Air Ruqyah Anda Sendiri

Tentu anda tahu kisah bagaimana Allah sembuhkan penyakit yang sekian lama dihidapi oleh Nabi Ayub.

Ya, dengan perantaraan air.

Air mempunyai kesan yang sangat besar dalam rawatan ruqyah syar'iyyah. 

Pengalaman saya dan mungkin juga anda sendiri pernah lalui, hanya dengan air pesakit sihir akan terus muntah dengan izin Allah.

Tapi ada caranya untuk buat air ruqyah. Jadi, saya ajar anda dalam video kelima ini. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah tonton, praktik dan amalkan setiap hari. Anda akan tengok perubahannya. Dan yang penting, anda buat sendiri tanpa perlu keluarkan kos yang banyak berbanding anda beli diluar.

Berapa Kos Semua Video Di Atas?

Straight to the point, semua video di atas saya nak bagi percuma je. Betul ke ni? Serius ke ni?

Ya betul. Saya tak mengharapkan wang anda bila saya kongsikan ilmu-ilmu ini.  Yang saya harapkan dari anda ialah anda amalkan dan sebarkan kepada orang lain.

Sebab inilah bekalan saya apabila saya berada di dalam kubur nanti. 

Masukkan nama dan emel anda dalam borang dibawah dan saya akan berikan akses kepada anda untuk anda tonton dan download video tersebut.

Jangan lupa untuk kongsikan laman ini kepada rakan-rakan anda.

.