Dari: Abdullah bin Idris
Perkara: Pendedahan Rahsia Kenapa Sihir Dalam Badan Tak Sembuh & Kaedah Rawatan Sebenar
Kepada: Pesakit sihir
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hai, nama saya Abdullah bin Idris dan di sini saya ada satu perkara penting yang ingin saya kongsikan dengan anda. Saya nak tanya, adakah anda merupakan salah seorang pesakit yang dah lama menderita akibat perbuatan sihir? Apakah ikhtiar yang sedang anda lakukan sekarang?
Tentu anda dah berubat dengan banyak perawat dan juga dengan pelbagai ikhtiar. Tapi malangnya, sihir yang anda alami hanya sembuh seketika sahaja. Dalam masa beberapa minggu sahaja, sihir anda akan berulang balik.
Betul tak?
Sebenarnya apa yang sedang anda alami, memang telah lama saya fikirkan. Sebab saya dah terlibat merawat pesakit sihir sejak dari tahun 2010 lagi. Dalam tempoh itu, pelbagai jenis sihir yang dihantar kepada pesakit yang telah saya rawat.
Alhamdulillah dengan izin Allah ada yang sembuh. Dan sejujurnya ada juga yang belum diberikan rezeki untuk sembuh.
Ramai pesakit yang bertanya kepada saya, kenapa sihir yang mereka alami belum sembuh.
Kalau sembuh pun sekejap sahaja, dalam sebulan dua, kesan sihir akan dirasakan balik. atau sembuh sekejap sahaja.
Disebabkan kerap diajukan soalan tersebut, saya mula melakukan pembacaan dengan lebih teliti. Saya cari ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.
Dan saya lakukan kajian. Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah saya telah memahami mengapa sihir ini susah sangat nak disembuhkan.
Dan inilah juga RAHSIA mengapa tukang sihir dapat menyihir anda berulang-ulang kali dengan mudah.
Walaupun anda telah melakukan rawatan dengan kaedah ruqyah syariyyah.
Dan sebentar lagi anda bakal mengetahui apakah rahsia tersembunyi. Yang mana setelah anda mengetahui dan memahaminya, anda akan lebih faham bagaimana sebenarnya proses sihir itu dilakukan.
Dan anda juga akan mengetahui apakah cara yang digunakan oleh tukang sihir sehingga mereka dapat mengawal (menyihir) anda dari jarak jauh.
Jadi teruskan bacaan anda.