Cara Nak Rawat Sihir Pendarahan

Ada seorang wanita (saya namakan puan Y) whatsapp pada saya dan ceritakan masalahnya. Dia mengalami pendarahan yang keluar setiap hari.

Ubat dah makan.

Tapi masih juga keluar darah.

Jadi dia nak tahu, adakah dia kena sihir pendarahan?

Adakah anda mengalami masalah yang sama macam puan Y? Jika ya, perkongsian saya ni untuk anda.

Macam mana nak kenal sihir pendarahan?

Untuk mengenali sihir (apa saja jenis sihir), anda kena perhatikan dua tanda, iaitu:

  1. Tanda umum.
  2. Tanda khusus.
Apa yang dikata tanda umum?

Tanda umum ialah tanda-tanda gangguan yang akan dialami oleh seseorang tu tak kiralah apa je jenis gangguan.


Samada gangguan sihir ke, saka ke, jin asyiq ke, semua akan ada tanda-tanda umum ni. Tanda-tanda umum ni ialah:
 
  • Susah tidur malam tanpa sebab.
  • Sering terjaga waktu malam tanpa sebab.
  • Selalu mimpi menakutkan.
  • Selalu mimpi melihat makhluk halus.
  • Selalu mimpi melihat binatang.
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Selalu mimpi ditempat kotor.
  • Selalu mimpi kawasan perkuburan.
  • Selalu mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • Selalu rasa berdebar-debar, takut, gelisah tanpa sebab.
  • Sakit belakang tanpa sebab.
  • Rasa berat nak buat ibadah seperti solat dan membaca Al-Quran.
  • Cepat nak marah tanpa sebab.
  • Cepat lupa.
Tanda-tanda khusus pulak ialah tanda yang akan dialami berdasarkan kepada jenis-jenis gangguan.

 

Tengoklah, kalau anda kena sihir pendarahan, tandanya ialah anda akan mengalami pendarahan yang banyak.

Walaupun tempoh period anda sepatutnya dah habis.

Kalau sihir pemisah pula, tanda yang anda akan alami ialah tiba-tiba jadi benci pada pasangan. Atau tiba-tiba ada je sebab-sebab yang remeh yang akan buatkan anda bergaduh dengan pasangan.

Faham tak?

“Maksudnya orang yang kena sihir ni akan ada pada dia 2 jenis tanda? Iaitu tanda umum dan tanda khusus? Macam tu ke ustaz?”

“Ye betul. Itulah maksud saya”

Ok, sekarang anda dah faham macam mana nak kenal sihir pendarahan kan.

Jadi macam mana pulak nak rawat sihir pendarahan ni?

Caranya mudah je. Cuba amalkan 2 langkah di bawah.

1. Anda baca sendiri atau dengar bacaan ruqyah samada melalui mp3, youtube dan sebagainya. Sambil baca atau dengar tu, anda tepuk-tepuk pada bahagian pinggang sambil berdoa pada Allah untuk menghancurkan jin-jin sihir yang menghantar sihir kepada anda.

2. Sediakan segelas air dan bacakan ayat-ayat di bawah pada air tersebut (dekatkan permukaan gelas ke mulut anda).

  •  Surah Al-Fatihah 1 kali.
  • Ayat kursi 3 kali.
  • Surah Al-‘Araf ayat 117 hingga 122.
  • Surah Yunus ayat 81 dan 82.
  • Surah Taha ayat 69.
Selesai baca ayat-ayat di atas, ludahkan sedikit ke dalam air tadi dan minum. Amalkan 3 kali sehari dan lakukan sehinggalah tanda-tanda sihir pada diri anda dah hilang.
 

Inilah cara yang boleh anda lakukan untuk rawat sihir pendarahan. Semoga bermanfaat. 

Jangan lupa untuk kongsikan cara ni dengan orang lain ye. 

 

Dapatkan RAHSIA Bagaimana Anda Boleh Rawat Sihir Walaupun Ketika Anda Sedang Tidur! Klik di sini untuk ketahui caranya!!!.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!