Dikemaskini pada 09/07/2019 oleh Ustaz Abdullah
Rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah disiang harinya kita melakukan segala tugasan harian. Oleh kerana itu, tidak ada apa yang akan dicari di dalam rumah melainkan ketenangan dan kebahagiaan.
Tidak ada guna banglo mewah bertingkat-tingkat, tetapi apabila duduk di dalamnya, langsung tidak dapat ketenangan.
Tetapi, biarlah rumah yang kita diami itu, walaupun sederhana tetapi apabila berada di dalam rumah tersebut, hati menjadi tenang.
Diantara salah satu faktor yang menyebabkan ketenangan di dalam rumah hilang ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin dan syaitan.
Bagaimana nak tenang, sekiranya kita yang tinggal di dalam rumah itu kadang-kadang terlihat kelibat atau lembaga yang melintas.
Kadang-kadang di dalam rumah dengan tiba-tiba, tak tahu puncanya dari mana terbau seperti bau kemenyan atau setanggi.
Jadi, apabila berada di dalam rumah yang sebegini, mustahil hati akan tenang. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
InshaaAllah di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 8 cara yang boleh anda lakukan untuk mengusir jin yang mengganggu rumah anda.
Dua Langkah
Sekiranya di rumah sudah zahirnya gejala-gejala gangguan jin, ada dua langkah yang perlu anda lakukan.
Pertama, pengubatan.
Maksud saya di sini apabila telah zahirnya kepada anda dan ahli keluarga, gejala-gejala gangguan jin, anda perlulah mengusir jin itu terlebih dahulu.
Inilah yang saya maksudkan dengan pengubatan. Tetapi, apakah gejala-gejala jika rumah ada gangguan jin?
Dari penglaman saya, rumah yang mengalami gangguan jin akan adanya gejala-gejala di bawah:
- Makanan cepat basi.
- Sering terdengar bunyi guli jatuh.
- Sering dengar bunyi perabot ditarik orang.
- Sering perasan kelibat atau lembaga melintas.
- Rasa meremang bulu roma apabila berada di dalam rumah.
Jika adanya gejala di atas di dalam rumah anda, langkah yang paling baik untuk dilakukan untuk mengusir jin tersebut ialah dengan membaca Surah Al-Baqarah penuh.
Ini berdasarkan kepada hadis dari Au Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan akan melarikan diri dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah di dalamnya” (Hadis Riwayat Muslim 780, At-Tirmidzi 2877)
Siapa Yang Membaca?
Jika berdasarkan kepada hadis di atas berbunyi “…dibacakan Surah Al-Baqarah di dalamnya” , ia menunjukkan tidaklah semestinya tuan rumah membacanya (walaupun sangat digalakkan).
Mungkin anda boleh panggil peruqyah untuk tolong membacakan Surah Al-Baqarah, sekaligus boleh minta bantuan dari peruqyah untuk memagar rumah anda (dengan kaedah yang betul).
Kedua, tindakan pencegahan.
Biasanya langkah kedua (paling penting) ini ramai yang gagal untuk lakukan. Mengapa saya katakan begitu?
Kerana langkah ini adalah langkah yang perlu dilakukan sepanjang anda tinggal di rumah tersebut. Anda perlu istiqamah melakukannya.
Ada 8 langkah yang akan saya kongsikan dengan anda.
1) Rajin membaca Al-Quran dan perbanyakkan melakukan ibadah di rumah.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Jangan jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah di dalamnya.” (Hadis Riwayat Muslim 780 dan Hadis Riwayat At-Tirmidzi 2877)
Dalam hadis di atas Nabi SAW membuat perbandingan diantara rumah dan juga kubur.
Mengapa kubur?
Kubur adalah tempat yang tidak boleh dijadikan tempat beribadah. Kalau dalam filem Melayu, tempat-tempat yang seram, berhantu, mesti dikaitkan dengan kawasan kubur.
Jadi, begitulah keadaannya apabila rumah yang dibiarkan tanpa ada pengisian ibadah di dalamnya. Maka akan datanglah jin dan syaitan menghuni rumah tersebut bersama-sama dengan ahli rumah.
Dari sudut lain juga, apa yang boleh kita faham bahawa hadis di atas ialah bagi mereka yang masih belum mahir membaca Al-Quran, hendaklah belajar dengan segera.
Kerana dengan kebolehan membaca Al-Quran, dapatlah kita mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Nabi SAW iaitu membaca Surah Al-Baqarah di dalam rumah kita.
Mustahil kita nak suruh orang lain yang bacakan untuk kita.
2) Jangan pedulikan segala bentuk gangguan
Saya sering diceritakan oleh pesakit-pesakit saya bahawa rumah mereka sering perasan seperti kelibat seseorang, kadang-kadang dengar sesuatu di atas siling dan sebagainya.
Walau apa pun bentuk gangguan yang datang, antara cara yang berkesan ialah jangan dilayan segala gangguan tersebut.
Sebab sekiranya dilayan, jin yang mengganggu akan terus menerus melakukan gangguan kepada anda. Jika gangguan tersebut tidak dilayan, inshaaAllah lambat laun jin yang mengganggu akan menjadi bosan.
Dari Abul Malih, dari seseorang, dia berkata: “Aku pernah diboncengi oleh Rasulullah SAW, lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Lalu aku pun mengatakan, “Celakalah syaitan”. Tetapi Nabi SAW melarang. “Janganlah kamu ucapkan ‘celakalah syaitan”, karena jika kamu mengucapkan demikian, syaitan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi karena kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, syaitan akan semakin kecil sampai-sampai dia akan seperti lalat.” (HR. Ahmad 5:95 dan Abu Daud 4982 dan dishahihkan al-Albani)
Jadi apa nak dilakukan jika berlaku gangguan?
Caranya ialah anda memohon dan berdoalah meminta perlindungan kepada Allah SWT.
3) Baca doa masuk rumah
Salah satu amalan yang mudah, tetapi kebanyakan dari kita mengabaikannya ialah memulakan sesuatu dengan dengan doa da zikir.
Salah satunya ialah apabila kita masuk ke dalam rumah. Apabila hendak masuk ke rumah, mulai dengan membaca doa dan ucapkan salam.
Walaupun nampak mudah, tetapi fadhilatnya besar inshaaAllah. Tak percaya? Cuba amalkan.
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi SAW telah bersabda: “Apabila ada orang yang masuk rumah, kemudian dia mengingat Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka setan akan mengatakan (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingat Allah (bismillah dan jangan lupa ucapkan salam) ketika masuk, maka setan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)
4. Baca doa ketika hendak makan
Membaca basmalah ketika hendak makan, menjadi penghalang kepada syaitan untuk makan bersama-sama dengan anda. Hadis dari Jabir di atas menegaskan hal ini.
Tapi apabila dia tidak mengingat Allah ketika masuk maka setan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’. Dan jika dia tidak mengingat Allah ketika makan maka setan akan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap dan makan malam’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)
5. Baca doa ketika tutup pintu
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan banyak panduan agar kita tidak diganggu oleh syaitan. Salah satunya:
“Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah. Karena syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).” (HR. Bukhari 3304, Muslim 2012 dan yang lainnya)
Sekali lagi, hanya dengan membaca: Bismillah..
6. Berdoa ketika keluar rumah
Satu doa ketika keluar rumah. Ringkas, mudah dihafal, tapi khasiatnya besar:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
Dalam hadis dinyatakan, siapa yang keluar rumah kemudian dia membaca doa di atas, maka disampaikan kepadanya: Kamu diberi petunjuk, dicukupi dan dilindungi. Maka syaitan kemudian berteriak:
كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ
“Bagaimana kamu mampu mengganggu orang yang sudah diberi hidayah, dicukupi, dan dilindungi.” (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426 dan dishahihkan al-Albani)
7. Jauhkan rumah anda dari gambar makhluk bernyawa
Siapa sangka, ternyata gambar makhluk bernyawa boleh menjadi sebab jin dan syaitan semakin betah di rumah kita.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar.” (HR. Bukhari 3224, Nasai 5348 dan yang lainnya)
Ketika malaikat penebar rahmat tidak memasuki rumah anda, di saat itulah makhluk lain, yang juga tidak kelihatan, akan menggantikan posisi mereka. Foto keluarga, gambar binatang dan sebagainya mungkin akan membuatkan rumah anda nampak indah bagi syaitan.
8. Jauhkan rumah anda dari alunan muzik
Banyak orang tidak sedar, ternyata suara ini berbahaya. Nabi SAW menyebutnya mizmarus syaithan (muzik syaitan). Nabi SAW mencontohkan salah satunya, loceng.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
فِي الْجَرَسِ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ
Nabi SAW berkata tentang loceng: muzik syaitan. (HR. Abu Daud 2556)
Di dalam masa yang sama, malaikat penebar rahmat menghindari rumah yang dipenuhi dengan alunan muzik.
Dari Ummu Salamah radhiallahu ‘anha, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan menyertai rombongan yang di sana ada locengnya.” (HR. Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 1001)
Kita telah memahami, terjadi sikap berlawanan diantara malaikat penebar rahmat dengan syaitan pembangkang. Apabila salah satunya tiada, maka yang lainnya akan datang.
Maksudnya apabila dirumah anda tiada Malaikat pembawa rahmat, maka syaitanlah yang masuk ke dalam rumah anda. Dan begitulah yang terjadi sebaliknya.
Kesimpulan
Oleh itu, jadikanlah rumah anda seperti taman-taman malaikat penebar rahmat, bukan tempat berehatnya syaitan.
Hiasi rumah anda dengan berbagai ketaatan dan amal ibadah. Agar yang menemani anda dan memenuhi ruang rumah anda juga terdiri dari makhluk yang baik dan dirahmati.
Hiasi rumah anda dengan bacaan Al-quran, solat-solat sunat, majis-majlis ilmu dan jemput jiran-jiran anda datang, dan banyak lagi akitiviti yang boleh anda fikirkan.
Sumber Rujukan: Cara Mengusir Jin Dari Rumah
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Follow saya di sosial media: